klik Nuffnang

Thursday, June 7, 2012

Cream Puff inti Cream Custard




Assalammualaikum semua.
Sebelum bercerita ttg entry hari ni nak kongsi ttg cuaca di sini yg semakin panas,belah pagipun dah 26'C...kalau tgh hari lagi berbahang. Subuh pula semakin awal, pukul 3.09 pg, syuruk 4.53...pukul 5.00 dah terang skrg. Maghrib semakin lewat, pukul 6.55 ptg.
Berbalik kpd kisah entry hari ni.....nak kongsi xtvt di dapur pada ptg Jumaat lepas....mama merajinkan diri buat Cream puff. Buat utk mkn sendiri dan juga utk pot luck ke rumah kawan yg ada menjemput dinner di rumahnya bersama rakan2 Msia yg lain. Dalam fikir2 nak bawa apa....terlintas nak buat cream puff sbb dah lama tak mkn.Lagipun di sini tak ada org jual cream puff, jadi nak makan mmg kena buat sendiri.


Cream puff mmg lama betul tak buat.....padahal mudah bahannya dan cara membuatpun tak lah susah sgt. Pernah buat dulu...ada entry ulang tayang cream puff disini dan buat inti jagung. Tapi kali ni mencuba buat inti cream kastad pula. Dan kedua2 inti...inti jagung dan cream kastad mama suka. Untuk mudah rujukan letak semula resepi puff dan inti jagung, juga cream kastad spt di bawah, boleh pilih nak buat init mana. t.kasih byk2 buat empunya resepi .Byk dpt sbb buat kecil sikit saiznya...cukuplah utk mkn dan bawa potluck. Kalau buat inti cream kastad, buat 2 adunan baru cukup utk puff ni.Cuma bila bakar kena pastikan bhg dlm puff betul2 masak....sbb kdg2 nampak permukaan atas puff dah masak/kuning tp bila belah dlm masih lembik...tak masak...kena pastikan masa dan suhu oven betul.

Cream Puff
Sumber ; Zaliana@Myr
oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )- dpt dlm 38 biji
125 gm self raising flour @ tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur

Bahan-bahan untuk inti jagung
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastad
5 sudu besar gula

Cara-cara
Cara-cara untuk puff
1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.
Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.- bila masuk tepung perlahankan api, guna api yg paling kecil,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk, nampak tepung tu dah jadi doh , terus padam api dan angkat. Sejukkan.
2.Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
- tak spray hanya renjis dgn air.pre heat oven, bakar selama 25-30 min; 180'C api atas bawah
5. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung

Cara-cara untuk inti
1. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
2.Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff

Custard cream
Sumber; Honey @ Myr
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

Cara-cara

Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.

Nota dapurmamasya
Buat 2 adunan inti cream custard utk 1 adunan puff . Kacau atas dapur dg api sederhana perlahan hingga pekat. masukkan mentega dan tutup api,kacau. sejukkan cream custad sampai keras sikit.nak mudah isi inti, masukkan dlm piping bag/plastik kecil gunting bucunya.pipingkan inti dlm cream puff.kalau suka taburkan gula icing semasa menghidang...



cream puff mudah bahan-bahannya dan sedappppp....


adunan cream puff stelah dipukul dg telur.dah boleh masuk dlm piping bag



Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang, renjiskan air dan bakar dlm oven dg suhu 180'C selama 30 min api atas bawah.


dah masak dan boleh digunting bucunya.bhg dlm cream puff...kosong berongga....dah boleh isi inti.


pakaikan bedak...agar tutup rupa permukaan yg kematu....biar nampak come lote sikit....

30 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. alahai typing error kat atas tu...harap maaf ye

    ReplyDelete
  3. salam mamasya...entah kenapa hari ini keyboard saya dah lari tue...habis semua word lintang pukang...sbb tu saya delete msg terawal. Apapun saya suka gak dgn creampuff tapi saya sorang la makan sbb ahli lain tak minat. Haha skg kan musim durian ...intinya jika letak durian mmmm pasti gempak habis.

    ReplyDelete
  4. salam mama...sedapnyeee nmpk creampuff tuh.....adoiii....cantik2 laaa plak tgk creampuff mama buat...
    sane 26 degree yer..kt sini subuh mmg da panas gile..pagi dah cecah 36..petang 43 degree gitu...mmg sakit kepalaa rase panas sgt

    ReplyDelete
  5. salam mamasya..
    rajinnya + cantiknya +sedapnya!

    ReplyDelete
  6. salam mamasya...sukanya makan creampuff...kat sini pun dah makin panas jugak...tp belum cecah 30degC lagi...malam sejuk pulak... subuh pun awal...kul2.50 pg...huhuhu...sama laaa kita

    ReplyDelete
  7. kt msia pon cuaca dh xmnentu...skrg ni panas...tekak pon jdi perit..mlm pon panas...kne on aircond bru leh tido..

    aduiii sedapnye...dh lma xbuat...suka yg panas2 tu...

    ReplyDelete
  8. ye lah nampak senang je buatnya...memang suka makan tapi tak pandai buat..

    ReplyDelete
  9. Owh tidak. Dah 2 kali saya buat tak menjadi. Beli saja la nampknya...hu hu hu (mood sedih)

    ReplyDelete
  10. waw..sedapnya cream puff itew..baru2 ni dapat ada buat cream puff jugak..tapi orang punya tempahan la pulak jadi tak dapat makan banyak..makan ciput je..hehe..
    cantik cream puff awak ni..comei2..

    ReplyDelete
  11. Salam Mama..
    wahh sedapnya cream puff ni. umi mmg minatlah.. tengok tu comel2 mcm yg jual kat kedai pastry aje. nanti nak kena buat jugaklah. nampak mcm senang jugak ya :)

    ReplyDelete
  12. salam mamasya.. sedapnya cream puff ita pun suka jika ada tempahan ita mesti buat lebih sebab suka.. ita guna resepi lain tapi sama je kejadiannya..:)

    ReplyDelete
  13. lahaii... cantik btol kejadiaannya... kita nih klu buat kadang ikut nasib.. kdg kembang kadang kuncup! eeee nyampah! tp mmg teringin nk mkn si mende alah nih.. aritu tgk kat pasar tak selera la pulak nk bli.. gepeng2! tak best! eee nyampah lagik! ngee ngee ngeee

    ReplyDelete
  14. Lawa dah cream puff dia.. dah bubuh make-up semua, he he he heh

    ReplyDelete
  15. ehehe...dah lama sy teringin bust n makan kuih ni, sampai bralih tahun takbuat2 juga..asyik jamu mata kat dapur orang je..sedap ye kak.

    ReplyDelete
  16. hari tu saya buat jadi cam lempeng. nape ek??

    ReplyDelete
  17. Aduhaiiii hari tu kita dah buat tapi tak menjadi. Bertekad nak cuba buat lagi...

    ReplyDelete
  18. Salam Kak..1st time saya buat kuih ni tak jadi sampai sekarang pun tak buat2 lagi...tgk sini macam teruja plak nak cuba buat lagi..nampak sedapppppp

    ReplyDelete
  19. Salam kak. Terima kasih ye atas perkongsian. Best la blog akak ni. hehe. memang bleh wat rujukan untuk saya sbg persediaan nk kawin ni. da kawin pon pe salahnye dtg lg kan kak? ^_^

    ReplyDelete
  20. salam kak...dah banyak kali wat cream puff guna resepi akak.memang menjadi.semangat nak bercream puff pon berkobar-kobar.thanks for your share..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Emmira
      sama2. mmg seronok buat bila menjadi....apatah lagi puff mmg sedapkan.

      Delete
  21. Mamsya kenapa adunan creampuff sy selepas masuk telur cair...xleh nak bentukan bintang dgn piping bag...cair ajer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Noreida
      kalau adunan cair...mungkin sbb adunan tpg tak cukup sejuk.kena biarkan agak sejuk baru masukkan telur. atau saiz telur digunakan agak besar.

      Delete
    2. Oooo..telor agaknyer...sebab adunan sejuk dah dirasa.... telor mamasya selalu guna saiz apa?

      Delete
    3. Saiz telur mamasya guna saiz sederhana....tak pasti B atau C sbb telur di sini tak ada gred. seeloknya adunan lepas dicampur dg telur mcm adunan dlm gambar di atas (adunan masih dlm mangkuk dg spatula). dan bila dah paip atas loyang, renjis/spray dg sikit air dan terus bakar sbb kalau tunggu adunan akn turun perlahan2. utk 2nd batch jgn paip dulu, tunggu yg batch pertama dkt masak baru dipaip. slmt mencuba.

      Delete
    4. Huhu...tq sgt2 mamasya...akhirnya menjadi...hehehe sy letak telur skit2 dulu nampak cam kental skit boleh pipe kan sy stop masukkan telur...heheheh tqtq

      Delete
    5. Huhu...tq sgt2 mamasya...akhirnya menjadi...hehehe sy letak telur skit2 dulu nampak cam kental skit boleh pipe kan sy stop masukkan telur...heheheh tqtq

      Delete
    6. Sama2 Noraeida Hassan. syabas dah menjadi cream puff. teknik yg bagus tu masukkan sikit2 telur.

      Delete
  22. Salam sis...klo baking ganti soda bleh x...trsilap laaa

    ReplyDelete
  23. Salam....klo baking ganti soda bleh x...

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2