klik Nuffnang

Tuesday, June 5, 2012

Apam Indon utk pot luck





Assalammualaikum semua
Bersua kembali....hari ni nak kongsi apam indon yg dibuat bulan baru-baru ini utk pot luck satu majlis di sini. Pernah sebelum ini tayang kuih apam indon, boleh tengok sini.Dah lama membuatnya.....teringin nak buat lagi tapi asyik bertangguh. Kebetulan ada potluck utk bawa kuih.... bolehlah buat, tambahan pula kalau buat satu resepi mmg dpt byk kuih apam ni....sesuai utk dibawa ke majlis makan-makan atau nak bagi jiran tetangga. Nak mkn sekeluarga 1/2 adunanpun dah cukup.
Resepi sebelum ni dlm BI , jadi utk kali ni letak resepi BM pula dari MYR...

Apam Indon
Sumber; MYR@ cikpuanmieza dari FP Mamafami asal Blckmore FNR
oleh: Dapurmamasya

Bahan-bahan - guna loyang 9 inci
5 Biji telur
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml susu segar @ santan - guna santan
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
pewarna

Cara-cara
Sediakan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
Ayakkan tepung bersama baking powder.
Campurkan garam ke dalam susu.
Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.
Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
Sapukan loyang dg sedikit marjerin.kemudian taburkan sedikit tpg. (cara ni saya guna utk elak adunan dari melekat bila masak nanti)
Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
Ulangi langkah (9) dgn adunan kedua.
Masukkan adunan terakhir dan kukus lagi selama 30-40 minit.


utk dptkan corak spt ni;
1. bahagikan adunan kpd 1 1/2 cwn adunan lapisan bawah - putih - kukus 10 minit
2. 3 1/4 cwn adunan dibahagikan kpd 3 warna- tuang selang seli atas lapisan pertama. - kukus 25-30 min,atau smpai bhgn atas tu tak melekat
3. 1 cwn adunan lapisan atas - putih - tuang atas lapisan ke 2
4. 1/4 cwn letak warna utk corak marble kat atas lapisan ke 3 putih. corakkan marble di atasnya. kukus selama 20-25 min
dan juga balut tutup kukus,takut air menitik atas kuih. api jgn kuat sgt, nanti apam mengelembung...


siap potong utk dibawa ke majlis...... mmg lembut apam ni dan menarik bila diwarnakan.....

17 comments:

  1. As'salam mamasya

    cantiklah kaler apam ni lembut aje, suka kaler2 yang lembut nampak sejuk aje kat mata hehehe

    ni adunan kena guna loyang berapa inci Mamasya, kot2 nak buat bolehlah cuba, salin dulu resipi mohon halal ya, tr kasih :)

    ReplyDelete
  2. aduiii cantiknya color tue.pink2 lembut..zila x cuba lg apam ni..mesti sedap nie..:)

    ReplyDelete
  3. Salam mamasya, wah nampak sedap sekali apam tu,sana sini tgk kawan2 buat apam indon ni, tertanya2 jgk mcm mna rasanya, nak buat mode 'R' blm dtg, hehe...lain kali nak cuba resepi ni, thnks : )

    ReplyDelete
  4. cantiklah ziela kombinasi warna apam tu... ratna lom pernah buat lagi ni.. entah ngapa sejak dua menjak ni mcm malas je nak mengapam..

    re:t.kasih bercerita pasal ikan talapia tu.. sebab dia besarlah kot org kat sana suka ambil buat fillet kan.. kalau tak hanyir & berbau mcm yg kat malaysia ni mesti sedap. tp kat kat sini kalau talapia merah tu sedap isinya.. talapia hitam je yg kurang sedap.. hihi..

    ReplyDelete
  5. Wah..apam indon dah mari sini..cantek warnanya..lembut gitu..dan yang pastinya akan diterai gak suatu hari nanti..

    ReplyDelete
  6. mmng sedapkan apam indon ni, akak suka tngk kaler2 yg ceria ni...bertambah selera nak merasanya...

    ReplyDelete
  7. assalam mamasya
    nape la tipkali komen hilang ni hu hu
    sedap dan cantik berkaler-kaler
    insyaallah bila tgk mamasya punya buat bertambah semangat nak cuba juga tq ye

    ReplyDelete
  8. salam. Menariknya apam ni. Berwarna warni dan gebu..

    ReplyDelete
  9. asslm Mamasya...wah cantiknye kaler apam indon tu...mnarik sgt...lembut aje..sesedap mata yg mmandang ni..

    ReplyDelete
  10. Assalam mamasya,
    wahh..cantiknya warna apam indon ni..
    boleh lah kita cuba juga nanti ..

    ReplyDelete
  11. As'Kum Mamasya.. wahhhh cantiknya.. sejuk aje mata memandang... so sweet kelernya i like...:))

    ReplyDelete
  12. cantiknya apam tu mamasya,rajin nye megalerkan apam tu sampai macam tu,akak dah lama teringin nk buat tapi belum ada kesanggupan lagi ni..

    ReplyDelete
  13. aslmkum mamasya.. seronok makan2 potluck ni.. mcm2 mknn ada.. suke kaler apam ni.. sweet ..

    ReplyDelete
  14. meriah apam ni, kalernya menarik la kak..

    ReplyDelete
  15. salam,mamasya...sy nik ijan marjan...dah salin resepi ni..insyaallah buat jap lg...mohon halalkan resepi ye....

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2