klik Nuffnang

Friday, December 16, 2011

Sup Tulang Chef Wan



Assalammualaikum
Dlm cuaca sejuk skrg terasa nak mkn sup je....sup panas-panas mkn dgn nasi....ganding pula dg ikan masin...ulam...menyelerakan. Itu yg ulang2 masak sup....dan utk sup kali ni ikut resepi sup ekor Chef Wan dari dapur lama , gantikan ekor dg tulang. Sekali tengok rupa sup ni merah mcm sup gear box merah tp bahan2 berbeza.Sup ni masak guna tomato puri, manakala sup gear box merah guna cili kering. Resepi penuh spt dibawah;

Sup Ekor/Tulang Lembu Chef Wan
Sumber; Blog Zaiy@Kenangan Terindah
oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan:
125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran - guna minyak masak biasa
500g ekor lembu, dibersihkan & dipotong2- ganti dg tulang lembu
2 sb ketumbar tumbuk
1 sb jntan putih
1 sb jintan manis
1 1/2 sb puri tomato - letak 2 sb
1.5 l / 6 cwn air - air ditambah sbb tulang lambat empuk
1 btg karot - didadu
2 btg saderi - didadu-tak letak
1 biji kentang - didadu
garam, lada hitam yg baru dikisar
daun ketumbar - dihiris2-tak letak
bawang goreng

Rempah Tumis
4 bj buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus2:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 btg serai, dihiris2
1 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & tuskan.
2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sblum menghidang.

Catatan: Utk jimat masa, masak sup ni dgn dlm masa 25min dgn periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1l @ 4 cwn shj.***rebus guna periuk biasa dkt 2 jam baru masak.



anak-anak kalau sup tulang mrk cukup suka....tak kira masak resepi apa2pun.....



yg ni gambar sup ekor lembu copy dari dapur lama

13 comments:

  1. Salam Mamasya

    sup tulang ni memang sedap kan Ma...but this one uses tomato puri instead..lain sket..i rasa sup tulang cam ni bagus la kalo kita masak sendiri..kalo beli dia bagi tulang yg kecik tak byk tapi harga mak aiiii...mahal...tak puas makan..better buat sendiri kan.. :)

    ReplyDelete
  2. Salam mamasya,kat sini pun tengah hujan dan sejuk ni.Harus la dimakan dan dihirup sup ni.Nak cicah roti banggali la.

    ReplyDelete
  3. salam mamasya....xkira la sup tulang ke sup ekor ke, dua2 mengancam....

    ReplyDelete
  4. Assalam mama, waduh sedap kita tengok sup tulang mama ni..cicah roti pun jalan juga..kita tak reti makan tulang..tapi my hubby & parents suka ni..hehe..seronok betul kita tengok gambar2 jalan2 maam kat bawah ni..bilalah kita dapat sampai tu ya..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..
    wahhh sedapnya kak... sup tulang chef wan.. nampak merah2 je.. sure pedas sket2 kan.. nani pun suka wat sup.. tapi kalau yg nak cepat tu, sup ayam je la.. kalau sup daging or tulang ni kena wat hari cuti je.. baru leh tunggu lelama.. kalau hari keje, balik dah lapar tahap dinasour nak telan orang.. kena masak yg ringkas2 je.. baru cepat leh makan.. eheheh

    ReplyDelete
  6. wah sedap ni wat cicah dgn roti benggali.....ada lagi tak mamasya, akak nak pi amik mangkuk ni nak tadah sikit hehehe

    ReplyDelete
  7. Wah! sup tulang berbeza warna...kaler merah menggoda....mesti sedap ni kan...bestnya kalau dapat hirup kuahnya...:)

    ReplyDelete
  8. selau msk sup plain jer kuahnya.. bila nmpk kuah merah cam ni nmpk sgt sedap.. kalu dpt cicah dgn roti ..perggg..

    ReplyDelete
  9. salam mamasya...menarik sup tulang chef wan ni..klo la edekat, da lame wat muke x malu dtg merasa..heheh

    ReplyDelete
  10. sedapnya!! suka juga buat sup time sejuk beku kat sini..kalau kat sini saya selalu buat sup kambing kak..bagus utk panaskan badan:)

    ReplyDelete
  11. Salam Mama..wahhhhh sedap sup ni..saya sejak percubaan pertama masak sup tulang tempoh hari, dah start ada keyakinan untuk masak lagi dan lagi dan lagi sup tulang sebab ia kegemaran saya..Nanti ada masa boleh cuba resipi ni pula..saya minta izin kopipes resipinya dulu yaaaaa

    ReplyDelete
  12. wah sedapnya...best tgk blok akak ni..rasa semangat nk masak..jom jalan-jalan blog saya k..

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2