Assalammulaikum. moga semua sehat sejahtera dan tkasih buat semua yg tinggalkan komen.
Dah beberapa hari tak update blog.....tak sempat, mcm2 xtvt dan persiapan nak balik ke Msia hujung bln nanti. Citer raya haji nanti mama kongsikan, belum sempat pilih gambar. Utk entry hari ini mama kongsikan kisah baking dulu..
Kisahnya....bila kek span meragam, cancel nak buat kek yg diidamkan. syg dari terbuang kek.... tukar buat tiramisu....nipis je lapisan cheese sbb kek span besar. Kek span masa masak elok naik, bawa keluar oven, merajuk pula. syg dari membazir kek span, itu yg buat tiramisu saja. Mama belum pass baking kek span ni, kdg2 menjadi , kdg2 tidak.Resepi dah betul tp mungkin terover beat agaknya. sebelum ni ada juga kek span tak menjadi, tukar buat trifle je....bolehlah mkn dari terbuang...hadiah pada cik tong.
Oleh kerana resepi kek span ni agak besar jadi nipis saja lapisan cheesenya.boleh saja letak sikit kek span tp syg pula dari membazir, itu yg letak semua kek span.
Mama kalau baking apa2 tak menjadi mmg tak akn buang, akn tukar buat benda lain. Sbb sygkan bahan2...dari membazir gitu saja. Minggu lepaspun nak baking kek, telur dg gula tak nak kembang wpun dah pukul lama...tak pasti silap apa.jadi buat balik, kebetulan bahan2 masih cukup...elok pula jadinya. Dan adunan yg tak nak kembang tadi iaitu adunan telur dan gula itu, ditambah tepung sikit, buat pancake manis utk minum ptg.....habis juga dimakan.
Utk resepi tiramisu mama refer resepi yg mama buat dulu, boleh tengok sini. Tapi mama kongsi semula spt dibawah;
Tiramisu Simple
Sumber: Blog K.Zai@ Teratak Impian , resepi asal umi_e (myresepi.com)- nanti akn letak link
Oleh; Dapurmamasya
Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese - guna sebuku tu 250gm
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan
Cara-caranya
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian - belah 2 aje
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...
assistant mama....suka Syakirah bila mama ckp nak baking kek.masa tengah bad moodpun terus ceria kalau diajak baking. biasa bagi dia tugas kacau tepung
dan tugas pulas mixer . kalau ikutkan Syakirah, semua dia nak tlg buat.nak juga pecahkan telur...ayak tepung......tunggu besar sikit ya Syakirah nanti boleh tlg mama semua ni.....
sejukkan tiramisu dlm satu bekas besar
wpun cheese nipis dan kek span tak begitu menjadi tp habis juga tiramisu ni.
terbaeklah kak, kalau nama ada cheese tu mesti anak2 suka punya, nak balik mesia akak..seronok la tukan =)
ReplyDeleteBtol tu mama.sy pun kdang...bila ada yg x mnjadi...try buat lg...tp yg x jdi tu...kita olah lah jdikn yg lain...try2 je kan...dri terbuang...mmbazir nnti...
ReplyDeleteOp kos le syakirah suka baking...gegirl kan...sok pndai msak mcm mama dia...bole msakkn utk abng2...:-)..
http://norfaezah-zakaria.blogspot.com/
ReplyDeletetiramisu... mesti lauk punya Mamasya he he ehh
ReplyDeletememang sedap
ReplyDeletePandai Mamasya adjust..jadi jugak... suka betul tengok Syakirah ikat rambut bertocang :)
ReplyDeleteassalam mamasya
ReplyDeletesama dgn ank kita ni pantang ckp nak baking mulalah dia sibuk nak tolong he hee
tolong kacaulah.
wah, walaupun simple tetap juga tiramisu tu menggoda kak..
ReplyDeletekalau tetiba jadik tiramisu mmg la sedap. itulah mmg sayang nak buang jek kalau baking / masak tak berapa menjadi...mesti nak pikir2 jadikan menu lain drp membazir. paham sgt situasi tu sbb dah rasa jugak mcm tu. da nak balik Malaysia ye...sampai jumpa lg nanti.
ReplyDeleteXlama dah ye mama nk blik....tiramisuu bestnyeee
ReplyDeletejom cuba jamu susuk dara
ReplyDeletewww.jsdn9.blogspot.com
salaam mamasya. dah lama sangat mala tak buat tiramisu. selalu mala guna bskut marie saja.
ReplyDeletejadi camni pon sedap kak...berbaloi leh makan...hihii
ReplyDeleteKlu buat kek mmg camtulh kn..kkdg angin x mnjadi..tpi byk option x pe kak..leh jd benda lain.
ReplyDelete