klik Nuffnang

Saturday, November 16, 2013

Serimuka utk Majlis di Grand Nile Tower




Assalammulaikum. moga semua sehat sejahtera dan tkasih buat semua yg singgah dapurmamasya.Pada para guru selamat bercuti pjg.
Entry kali ni nak kongsi kuih serimuka mama buat utk satu majlis pada 12 Nov lepas anjuran Embassy Malaysia yg diadakan sebelah malam di Grand Nile Tower. Tetamu jemputan terdiri dari rakyat Msia yg berada di sini dan para tetamu dari negara lain.
Sama spt thn lepas mama buat serimuka juga utk majlis yg sama. Dan 2 thn lepas pula , mama buat apam polkadot dan apam mekar juga utk majlis yg sama, boleh tengok sini.
Selain mama ada juga beberapa org kwn mama yg buat kuih serimuka.....5 org semuanya yg buat.Dan semua kuih serimuka habis licin.....menurut mrhusben dia dpt kepingan yg last sekali....rupanya ramai peminat seri muka.


Sehari sebelum itu mama mencuba satu resepi serimuka yg lain sbb ingat nak sediakan utk majlis serimuka resepi yg baru tp tak menjadi....atasnya agak lembik wpun dah kukus agak lama melebihi 1/2 jam.Jadi mama guna saja resepi sama yg pernah buat sebelum ini. Kali ni mama buat 2 adunan.....atas permintaan utk mama sediakan dlm 50 keping. Utk pulut mama kukus sekaligus, dan kemudian mama bahagikan 2 utk kukus lapisan atas. Nasib baik elok tak meragam....biasa kuih yg berkukus ni kdg2 buat hal juga...itu yg tak berani nak kukus semua sekaligus. Dari 2 loyang ni....mama potong 60 kpg utk majlis dan selebihnya utk mkn sendiri di rumah. Utk mudahkan rujukan mama copy semula resepi di sini;

Kuih Serimuka
Sumber; Blog Ijan @ Adunan Citarasaku dan Blog K.liza
Oleh; Dapurmamasya

Bahan A
2cwn beras pulut-rendam 2jam
2 1/2cwn santan cair - 2 cwn dah cukup (mama guna 3/4 pek santan debu S&P)
sedikit garam - pastikan garam letak secukupnya utk rasa lemak pulut

Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dan sapu minyak dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran (8 X 8)(mama guna loyang 7' x 10')
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan lapisan atas/hijau.
NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni..masukkan pulut dalam loyang bersama santan dan garam..pastu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit. Keluarkan dan kacau rata..pastu tekan pulut dalam loyang yg mahu digunakan untuk kueh serimuka supaya mampat dan kemas..then baru masuk kan lapisan atas..

B[lapisan hijau]
2cwn santan pekat - (mama guna 1 1/2 santan debu S&P)
1/2cwn t kastad + 1 sdb t ubi
1/2cwn t gandum
1bj telor
1/2cwn gula pasir - tambah@ 3/4 cwn gula kalau nak manis
sdkt garam
3-4 helai daun pndan - guna pandan paste
sedikit pewarna hijau[jika perlu]

cara2nya:
1.blend d pndn dngn sdkt air.tapis..campur dngn santan...jdkan[ 2 cwn santan pekat]
2.Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
3. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
4. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
5. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.


60 keping serimuka dah berbalut plastik siap utk majlis yg diadakan di Grand Nile Tower, yg terletak dpn Sg Nil......majlis apa? nanti kalau sempat mama kongsikan gambarnya....

12 comments:

  1. sedapnya mamasya....ni kuih peberet fiza ni....nanti nak cuba jg la....dapnyerrrr

    ReplyDelete
  2. salam kak..

    banyaknya serimuka..sedapnya..tapi kalau sya suka makan yang kaler hijau tu ja kak..sya tidak makan pulutnya..hehe..pelik kan.

    ReplyDelete
  3. assalam mamasya
    sedapnya seri muka, suka makan kuih ni

    ReplyDelete
  4. Cantiknya kejadiannya..suka sangat mamam kuih ni...nak jugak..

    ReplyDelete
  5. Salam Mamasya...

    Isshh..feberet saya ni..tapi siyess lama tak buat.ntah nape mood menalam n kuih kukus ni dah tido lena plak..tapi tgk srimuka mamasya ni tetiba wase nak buat lakss...tp dah malam..malas la..hehehehe....alasannnn!

    ReplyDelete
  6. kuih kegemaran sy jugak ni. cantik licin jek...bila nak try ni...

    ReplyDelete
  7. Sedapnye mama..hijaunya cantik..ank klu mkn ambik yg hijau je
    .pulut tu dtgglknye..tu yg mls nk buat..

    ReplyDelete
  8. Salam. Tq mamasya for the recipe. Ini mmg kuih favorite sy. Dah buat dan mmg sedap. Yang penting menjadi http://resepidaritimur.blogspot.com/2014/11/resepi-kuih-seri-muka-berseri-seri.html?m=1

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2