klik Nuffnang

Friday, February 22, 2013

Cheesy Red Velvet Cake



Assalammualaikum buat semua...tkasih yg berkunjung dan t.kasih byk buat teman2 yg sudi tinggalkan komen. Nanti akan buat kunjung balas ya....
Tgh mood rajin ni...cepat2 update blog...bersambung kisah masak2 buat tetamu....kalau entry sebelum ni kongsi nasi dan lauk yg dimasak....kali ni kongsi kek sbg dessert yg mama hidangkan buat tetamu.Ada 3 dessert semuanya termasuk kek ini yg mama buat.Dan utk entry hari ni mama kongsi dulu Cheesy Red Velvet Cake.


Sejak 2-3 minggu lepas lagi terasa nak mkn RVC tp bertangguh hinggalah jemput tetamu dtg rumah...maka jadilah juga baking kek rvc...sekali utk jamu tetamu dan mkn kami sekeluarga. Dah cuba 3 resepi RVC yg berbeza sebelum ini, dan kali ni cuba resepi dari blog AnnaQawina. T.kasih Anna dan Nurul yg berkongsi resepi RVC ini.

Red Velvet Cake
Sumber : AnnaQawina asal oleh Nurul@cake2u
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan
A:
300 g tpg gandum
2 camb serbuk koko
2 camt baking powder
1 camt soda bicarbonate
1 camt garam

B:
125 g mentega tawar
280 g gula castor - letak 240gm

C:
2 biji telur (gred B)

D:
1 camt esen vanilla
1 camt cuka putih
1 camb pewarna merah - kalau nak lebih merah boleh letak 2 camb

E:
240ml buttermilk(saya guna jenama Pauls-ada dijual di cold storage & kedai2 bakeri supply) ATAU guna bancuhan susu segar/susu cair dgn cuka (Campurkan 240ml susu segar (susu cair ) dan 1 sdb cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)

Cream cheese icing:
360 g cream cheese
70 g mentega
200g gula icing

CARA-CARA:
Ayak (A)-ketepikan
Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
Masukkan (D)-pukul hingga sebati
Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
Masukkan batter/adunan dalam acuan dan bakar pada suhu 180c hingga masak. kalau masak dlm acuan cc bakar @ 15 ke 20 minit ( Isi cc 1/2 cup sahaja ya )
Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.

Untuk Icing:
Pukul mentega & cream cheese hingga kembang dan masuk kan gula icing ...kacau sebati.
Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) - tabur atas dan keliling kek yg dah disapu icing.


mcm biasa little chef mama.....suka betul dia kalau bg kacau tpg...kacau adunan.suruh berhenti kacaupun tak nak...nak tolong lagi katanya...


kalau RVC mmg sedapkan.....


selain utk tetamu, kebetulan minggu ni anak2 cuti sek....ulang alik ke dapur...licin kek tp yg paling suka abg no 1 sbb dia suka yg bercheese dan creamy...


Wpun kek dah siap baking sehari sebelum tp mama tak sempat nak make up lebih2 bagi cun kek ini sbbnya tinggal tak sampai 1/2 jam tetamu nak sampai rumah, baru mula nak hias kek sbb ....sibuk masak dan siapkan hidangan yg lain. nak cepat....kek tak belah tghpun, hias paling mudah dg tabur parutan cheese....letak strawberry mcm Walnut Carrot Cheese Cake sebelum ini.


inilah hasilnya....Cheesy Red Velvet Cake...

17 comments:

  1. Aduhhhh....lma dah x mkn rvc....buat terliur je ni....huhuhu....

    ReplyDelete
  2. assalam
    emmmm sedapnye
    dapat sepotong pun ok ni he he

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...MamaSya...perghh..sedapnyer RVC ni...seumuq hidup ni x pernah lagi makan kek ni...selalunya cis kek la...coklat kek la...selain dr kek2 ni susah sikit nak habis...he he he...mmg cantik lah kek akak ni...little cheff akak pun very kiut la...he he he

    ReplyDelete
  4. Salam ma... Sgt terujaaa.... Boleh cuba nanti! Kiut bona la anak dara tuh... Geram nengok hihihihi

    ReplyDelete
  5. Pengsan saya dengan hujan cheese ni Mamasya....teringin nak rasa sepotong!

    ReplyDelete
  6. indahnya kejadian kek ni...ditambah pulak dgn adanya pembantu yg cumel tu...:)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Mama :D
    Lamanya tak singgah sini...Mama apa khabar?
    Cantik Kek yg Mama buat ni, terliur Kak Lin!

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Mamasya,
    kek ni tentu bertambah sedap sbb ada air tangan chef comel loteh ni...comel betul anak dara mama...lama tak wat kek ni..leh cuba deco mcm nilah..

    ReplyDelete
  9. salam syg mama..
    alahaiii rindu tau nk BW..skrg nie asik tggelam tibul jew kita..syakirah mmg rajin kan..utg dpt pmbantu rajin camtue..kek tue pun nampak gebu jew..lembut..kombinasi yg sesuai nie..

    ReplyDelete
  10. sedap tu... RVC mmg sedap kan.. bilalah nak buat lagi ni.. tunggu besday somebody baru leh buat.. kalau tak nnt kita mkn byk.. hihi..

    syakiran samalah dgn alin.. mmg suka sgt tolong kacau adunan.. kalau buat kek/kuih yg tak letak warna mesti dia suruh letak warna juga.. sbb dia nak tolg kacaukan.. hihi...

    ReplyDelete
  11. waaa...sedap nyer..
    nak try buat cam ziela laa..
    yapi ntah bile kan...

    ReplyDelete
  12. salam Mamasya, wah nampaknya sama lah kita hari ni,tapi akak buat rvc ni yg polos je sje utk testing2 tapi resepi sama dari Anna Qawina jugak dan mmg sedapppp sngt kan,belum sempat update lagi hee

    ReplyDelete
  13. untungnya ada pembantu yang chomeyy tuu.. kek pun nampak sedap sangat.. :)

    ReplyDelete
  14. Se ve tan lindo y delicioso que quiero probar,lindo cocinero abrazos y abrazos.

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2