klik Nuffnang

Thursday, February 21, 2013

Udang 3 Rasa




Assalammualaikum buat semua
Entry ringkas hari ni, Sambung entry menu lunch utk tetamu pada hari sabtu lepas, selain nasi minyak hujan panas & daging rendang hitam, lauk lain ialah udang 3 rasa. Kalau udang biasa org Arab suka masak goreng salut tpg dan grill. Itu yg mama nak masak lain sikit iaitu udang letak sos spt udang 3 rasa ni. Kalau tetamu Msia pula mama suka hidangkan udang masak lemak letak nenas. tp tetamu Arab takut pula mrk tak nak mkn yg berkuah sbb masakan mrk tak berkuah mcm kita org Msia....lagipun kalau masak lemak kuning mcm tak sesuai pula mkn dg nasi minyak.


Bila tengok masakan udang ini merah, tetamu tanya pedas ke tidak....masakan ni tak pedas sbb mama tahu org Arab mmg tak mkn pedas, lagipun kami sekeluarga tak mkn pedas, tambahan anak2 suka udang...kalau masak pedas mrk tak dpt mkn pula. Bila ckp tak pedas baru mrk nak ambil...lepas seekor-seekor udang diambil....suka mereka dg udang dimasak gini. Resepi sama saja dg ikan 3 rasa cuma tukar kpd udang saja.

Udang Tiga Rasa
Oleh;Dapurmamasya

Bahan2
1/2 kg udang
5 ulas bawang merah-mayang
3 bawang putih-mayang
2 inci halia-hiris tipis
2 btg serai-hiris serong tipis
3 helai daun limau purut-koyakkan sikit
3 biji cili padi/ 2 biji cili merah hiris nipis
1 biji tomato-potong dadu
2 sb sos tiram*
4 sb sos manis cili thai*
2 sb sos ikan
2 sb sos tomato
3 potong nenas - potong dadu (boleh guna nenas dlm tin)
1 btg timun - potong dadu
1 sudu besar tepung jagung- campur dg 1 cwn air
serbuk kunyit, garam, gula ,Minyak

Cara
1. Udang yg dah bersih dilumurkan dengan garam & serbuk kunyit. Goreng udang sekejap saja.angkat & tapiskan.
2.Tumis bawang, halia , serai dan cili hiris hingga berbau wangi
3. Masukkan sos tiram,sos ikan, sos tomato dan sos cili thai, kacau sebati
4. Masukkan daun limau purut, tomato, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air.kacau biar mesra dan rasakan dan biarkan seketika.tambah bahan sos* dan air jika perlu.
5. Masukkan udang, nenas dan timun. kacau sekejap .
6. Masak sekejap saja utk bagi bahan2 sos meresap dlm udang.

15 comments:

  1. salam mamasya.Sedap btol nampak udang ni.lama betul tak makan udang sebab berpantang.Jika tak..hai habis kita makan ni hehe.

    ReplyDelete
  2. nasib baru je makan udang smlm.tapi masak 3 rasa camni lum penah cuba.tingin gak nnt nak buat

    ReplyDelete
  3. Best kalau dapat mkn ngan nasi pepanas ni..

    ReplyDelete
  4. Kreatifnya Mamasya... kalau gini bolehlah buat sotong 3 rasa, atau ayam 3 rasa... okey gak ye Mamasya.

    ReplyDelete
  5. Tiene un aspecto muy bueno me encanta ,abrazos y abrazos..

    ReplyDelete
  6. Ok gak resepi ni...:-) nak try la nnti.....selalu msak sambal...x pun berkuah mcm akak ckp tu...bole cuba ni...

    ReplyDelete
  7. Salam mamasya....
    Udang 3 rasa menyelerakan...

    ReplyDelete
  8. Salam mama... geramnya tengok udang mama semuanya bulat2 tembam2 jer...

    ReplyDelete
  9. tergolek2 nampak udang tu mamasya, macam nak kena cari udang lah pulak lepas ni

    ReplyDelete
  10. Sedapnya udang... tumpang semangkok!

    ReplyDelete
  11. Mesti sedap ni kan...Dinner semlm sy masak ringkas jek siakap 3 rasa...

    ReplyDelete
  12. semalam baru jengah blog kak Yatie nampak udang masam manis,hari ni udang 3 rasa pulak kat dapur akak..menaikkan selera ni kak..

    ReplyDelete
  13. Assalam mamasya,
    waduh udang!!!..memang kita suka udang....
    dimasak apa pun semua pasti sedap!!

    ReplyDelete
  14. Salam Mama,
    mmg menggoda betul tengok udang ni. :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2