klik Nuffnang

Monday, February 18, 2013

Tinggalan Istana Qarun



Assalammualaikum buat semua....moga sihat dan ceria.tkasih buat semua dan buat teman2 siber yg tinggalkan komen nanti mama buat kunjungan balas.
Entry hari ni nak kongsi gambar2 tinggalan istana Qarun yg mama lawati bulan Okt thn lepas. Masa bulan okt 2012, jiran lama kami semasa di Jb dulu, K.Mah dan adiknya dtg bercuti ke rumah selama 1 minggu. Antara tempat yg mama bawa ialah Istana Qarun tp sebelum itu singgah di Tasik Qarun yg terletak sebelum Istana Qarun. Perjalanan mengambil masa dalam 2 jam utk ke sini dr rumah iaitu terletak 40 kilometer dari bandar Fayyoum. Mama sekeluarga pernah ke Tasik Qarun sebelum ini, boleh tengok sini tp kami tak ke istana Qarun. Masa dtg dulu ke Tasik Qarun tiada polis yg mengiringi tp kali ni dari Fayyoum hingga ke sini dan hingga kami keluar semula kws Fayyoum kami telah diiringi trak polis yg seramai 5 org.....utk keselamatan krn kami dikira sbg pelancong asing.


Perjalanan ke Istana Qarun akan melalui Tasik Qarun. Kisah Tasik Qarun....di mana Qarun yg lupa diri dg kekayaannya telah dibenamkan bersama-sama hartanya yang banyak ke dalam bumi. Bekas runtuhan tapak harta milik Qarun dipercayai telah menjadi tasik Qarun.


K.Mah dan K.Tini di dpn Tasik Qarun....


dlm perjalanan dpt lihat kws hijau subur dg kws pertanian spt jagung, anggur dll


Akhirnya sampai juga ke Istana Qarun yg terletak di tengah padang pasir.....tiada bgn atau pokok di sekeliling berdekatan istana ni...hanya pdg pasir. Tiket masuk seorg 15 Le/Rm7.50. Masa kami pergi hanya kami saja yg ada...tiada pengunjung lain. Qasru el-Qarun atau dikenali sebagai istana Qarun ini dari luar berbentuk 4 persegi dan masih terbina kukuh hingga kini. Istana ni hanya dibuka bila ada pelawat dan diiringi oleh penjaga. Menurut penjaga bgn...sebgh struktur dlm bgn telah dibaik pulih semula...boleh nampak dinding yg putih kesan baik pulih.


View dalam Istana dari pintu masuk.Dalam istana Qarun dipercayai ada 360 buah bilik yang menyamai 360 hari dalam setahun. Terdapat tiga tingkat yang menempatkan kaum kerabat dan tempat menyimpan harta Qarun tidak termasuk beberapa lapisan di bawah tanah istana tersebut.kaya sungguh Qarun punya istana yg besar....krn kekayaannya itu Qarun jadi angkuh dan akhirnya tenggelam bersama harta karunnya. ( sumber photo sini.lupa pula nak ambil gambar bhg dlm istana gini.)


sisa tinggalan singgahsana Qorun.


penjaga bgn menunjukkan lubang/pintu ke bgh bgn bawah tanah....dipercayai byk bilik terletak di bgh bawah tanah.menurut penjaga ada juga jln2 bawah tanah menuju keluar kebandar berdekatan yg wujud dulu....takut nak jengah ke bawah...gelap.


salah satu pintu ke bgh bawah tanah.byk lorong2 sempit dan ruang2 persegi dlm Istana ni.sebelum ini selalu bayangkan org dulu2 tentu besar saiznya tp bila melihatkan lorong2 dalam istana itu...taklah besar...muat utk kita lalu saja.


penjaga bgn bawa kami pusing dlm Istana dan terus ke bhg atas menaiki tangga dan melepasi beberapa ruang sempit utk ke tkt atas sekali.tak pasti berapa tkt sbb pusing2 naik tangga sampai atas...ada yg kata istana ni 3 tkt.....ada kata 8 tkt.tp mungkin 8 tkt dikira sekali dg bawah tanah sbb rasa taklah tinggi sgt masa naik tangga.


masih ada kesan ukiran gambar orang di dinding....dipercayai gambar Qarun dan isterinya.


luas kws atas Istana ini.ada serpihan tangga....mungkin dulu ada lagi bgh atas bgn ni tp runtuh.


kenangan di Istana Qarun


view dr tkt atas Istana...padang pasir dan sayup kelihatan kws perkampungan.Lagi ttg istana Qarun bleh baca di sini.


tak lama kami di istana ni....bertolak ke tempat lain pula....melepasi lagi Tasik Qarun yg terbentang luas dan tenang spjg perjalanan.byk ikan dalam Tasik Qarun ni.mama singgah beli ikan yg dijaja tepi jalan,fresh ditangkap dr tasik. ikan di tasik ini tidak ada dijual di tempat lain.


Inilah rupa ikan yg di beli dari org yg menjaja dkt Tasik Qarun.jenis ikan ini hanya ada di Tasik Qarun, kalau Sg Nil byk ikan keli dan talapia. masak bakar..isinya lemak...sedap dimkn cicah air asam...yg kurang sikitnya sbb bertulang halus mcm ikan terubuk.(Gambar ikan dr entry yg lalu)


lagi gambar kebun....tanaman jagung


Ini semasa berhenti seketika dkt masjid. waktu sembahyang jumaat. salah seorg polis yg mengiringi kami panjat pokok kurma, selamba petik beberapa biji kurma...terus dimakannya.


kami meneruskan perjalanan ke Ain Selien Park...agak jauh juga dr Istana Qorun.terletak antara Fayyoum dgn Tasik Qaroun , 8 km from Fayoum, 13 km from Tasik Qaroun.


Kws ni terkenal dg air dr mata air bawah tanah tp sayang tidak begitu terjaga kebersihannya.


sekumpulan pelajar sek yg berkelah di situ.selepas ke park ni kami bertolak balik.

15 comments:

  1. As salam mamasya...begitu cantik dan luas terbentang umpama lautan biru.. Cerita tingalan Istana pun syok nya kita baca seolah olah bila baca kami dapat bayangkan suasana hehe ...best lah .

    ReplyDelete
  2. luasnya bila tgk tasik tu....tenang sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aslmkum Adda....apa link blog Adda nak buat kunjungan balas.

      Delete
  3. Besar betul ya istana Qarun tuh.Kalau boleh tgk istana yg real hurmm xtaw la bgaimana indahnya.Ni tgk yg tinggalan pun dh besar n cntk.Dah kaya lupa diri plak sekelip mata hilang segalanya sbb tu la org kalau jmpa harta dlm tanah pggl harta karun.Ni lah asal usulnya

    ReplyDelete
  4. teringin nak tengok sendiri istana Qarun nie.....bila agaknya ye....?

    ReplyDelete
  5. macam ni rupanya..tq kak share ..

    ReplyDelete
  6. Ikan tu...tak pernah tgk. Dah kalau ada kat tasik tu aje...tak merasa la. Besar istana tu...Tuhan tunjukkan balasan ke atas org2 yg angkuh lagi sombong. Seram la...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Kak..Bila tengok entry ni, tetiba plak saya teringan siri "God, the one and only" yang pernah bersiaran suatu ketika dulu di bulan puasa...Alangkah bestnya jika ia bersiaran lagi sekarang setelah hampir 20 tahun ia berlalu....

    ReplyDelete
  8. memang besar istana nie yer..kalu ader 360 bilik...x dpt nak bayangkan...betapa luasnyer rumah dier..silap2 nak cari org pun x jumperkan mama...

    ReplyDelete
  9. As salam

    seronok dapat lawat tempat macam ni kan ..

    ReplyDelete
  10. syoknya tgk gambar2 MamaSya ni...fiza pun ingat zaman2 qarun ni org2 dia besar2 semuanya...rupanya x la besar sgt yer...he he he...view2 pun cantik...(^^,)

    ReplyDelete
  11. Makin seronok sy tgk kak....nak pgi ntah bilanya....tgk gmba je la yg mmpu buat masa ni....

    Nape pelancong asing kena askot plak kak....? Bahaya ke sini?

    ReplyDelete
  12. As salam Kak Zila,

    Petik gitu je buah kurma? Adehhh... kecur pulak air liur terbayangkan buah kurma yg fresh...hikhik... Ikan tu hanya ada di tasik tu je ye? Wah, menariknya... Itulah kan ciptaan Allah unik & tak terjangkau dek akal! Thank you for sharing kak... moga adalah rezeki nak ke sana... :)

    ReplyDelete
  13. salam kak zila....baru harini berkesempatan jenguk sini & baca citer istana Qarun (dah perasan masa akak letak @FB)....menarik gak pergi tempat sejarah cam gini kan (ala2 Kellie's castle @Perak plak, hehe). btw nape polis tu sampai panjat pokok, lapor gamaknya (hehe, ingat pengalaman kami p kilang kelambu kaabah...masa tu kurma tengah ranum & berterabur je atas tanah. Kami dgn semangatnya kutip siap masuk plastik. pak arab seronok je pandang kami yg peraqqq)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2