klik Nuffnang

Saturday, July 11, 2015

Menu berbuka....Ayam Percik & Daging Blackpepper





Assalammualaikum....bersua kembali....dah dkt penghujung Ramadhan baru mamasya dpt update blog kisah menu berbuka....ms agak terhad nak update blog skrg. Hari-hari masak.....cuma kalau hari kerja sempat lauk yg simple saja.week end baru sempat masa yg lebih sikit. menu biasanya kegemaran anak2....dan lauk ayam sudah pasti..
Lauk ayam pula....dah lama tak msk percik...jd week end lepas masak utk juadah berbuka. selain itu masak juga daging blackpepper. Resepinya dah pernah kongsi sebelum ini, tp mamasya copy semula di sini......



Sumber; RASA ON LINE
Oleh; Dapurmamasya
BAHAN PERCIK:
1kg ayam | dipotong kecil
15 biji cili kering l dikisar -nak cepat mama guna cili boh sj
3 biji bawang besar l dikisar - saiz sed
3 ulas bawang putih l dikisar
2sm halia l dikisar
2sm kunyit hidup l dikisar
2 batang serai l dikisar
250ml santan pekat - mama tambah lagi dgn santan sed pekat
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
Untuk kuah perciknya, campurkan santan bersama bahan kisar dan masak di atas api sederhana.
Kacau rata dan biarkan hingga kuahnya menjadi pekat. Ketepikan.
Celupkan ayam di dalam kuah percik dan panggang hingga masak. -Ketika proses memanggang ayam, pastikan disapukan berulang kali kuah perciknya sehingga ayam masak.

Nota dapurmamasya.
- oleh kerana mama guna santan debu, makan semua bahan kisar mama tumis dulu. kemudian baru masukkan santan, garam dan masak hingga pekat dan sedikit pecah minyak. perlahankan api, masukkan ayam, masak ayam sekejap dlm kuah agar percik meresep dlm ayam. kemudian baru bakar. siram kuah percik atas ayam masa menghidang.


suka anak2 mkn ayam percik.....maklumlah dah lama mama tak masak....


resepi daging blackpapper ni mamasya pakai agak2 saja.....nanti ada kelapangan mamasya kongsi resepinya ya...

7 comments:

  1. Sedapnya nampak percik tu..nekcik pun baru jer buat kelmarin..hu..hu liciiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello admin, i dh try dh recepi you. mmg sedap dan menjdi. thx ya for sharing. Bestnya jalan2. Rindu pulak zaman jalan2 masa anak kecik2 dulu. hehe. Anyway, free2 jemput ke blog i untuk info2 kekal fit and slim.

      >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

      Delete
  2. sedapnya... memang dalam perancangan petang ni pun nak buat blackpepper juga

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nampak, memang wajib cuba ni!
    Btw, Selamat Hari Raya in advance buat tuan blog ye :)

    ReplyDelete
  4. Lama dah teringin nak buat ayam percik, tak terbuat sampai sekarang

    ReplyDelete
  5. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  6. Senantiasa berlimpah ide untuk memasak. Salam berkah Ramadhan.

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2