klik Nuffnang

Thursday, August 25, 2011

German Cookies



Biskut German ni antara biskut yg femes raya thn ni, ramai yg dah buat...antara biskut yg top.Tengok bahan2nya pun ringkas dan rasanya pun sedap...lembut je bila masuk mulut dan membuatnya pun mudah..tak payah nak terap....patutlah dah ramai yg mencuba.



Biskut ni buat beberapa hari lepas.Nasib baik bawa sikit tepung ubi kentang dari Msia...ada lebihan dari buat biskut aiskrim, jadi dapatlah mencuba biskut ni. Pertama kali tengok biskut ni sebelum puasa lagi di dapur Naz ....masa tu dah teringin nak mencuba...terimakasih Naz kongsi resepi.

MELT-IN-MOUTH GERMAN COOKIES
Sumber : Happy Home Baking
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :

125 gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
40 gm gula icing, diayak
1 teaspoon, untuk biskut perisa vanilla
2 teaspoon serbuk koko, optional(ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)- tak letak
125 gm potato starch
80 gm tepung kek/tepung gandum

Cara-cara :

Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambahkan asen vanilla dan gaul rata.
Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit .
Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar (tak letakpun). Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak(celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 15 minit di rak yang paling atas(tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang) menggunakan api atas dan bawah (mama guna api bawah je).



Nak bagi biskut ceria tabur gula yg dah diwarnakan.Gula tu guna gula biasa dan campur sedikit pewarna dan kacau rata sebelum tabur atas biskut dan bakar.

3 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2