klik Nuffnang
Monday, August 15, 2011
Edisi ulang tayang biskut raya; Biskut Green Princess
Masih dalam sesi ulang tayang biskut dari dapur lama fotopagesmamasya...utk dikongsikan di dapur baru...mana tahu ada kawan-kawan yg berkenan nak buat. Biskut dr dapur baru masih dlm proses.... slow sikit xtvt baking biskut raya thn ni.
Biskut Green Princess...biskut hijau yg dimake-up dgn choc putih dan manik warna2 juga biskut yg dibuat utk raya thn 2008.Biskut ni agak femes juga pada thn 2008 setelah diperkenalkan oleh sifu blog masak...iaitu k.Liza.
BISKUT GREEN PRINCESS
Resepi : Fp K.Liza; asal majalah saji sept'07
Sumber; Dapur Mamasyablogspot
Bahan A
100gm mentega
75gm minyak sapi
60gm gula kastor
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal
Bahan B
50gm serbuk badam
15gm tepung beras
220gm tepung gandum
Bahan hiasan :
coklat masakan putih
manik gula warna warni
Cara
1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam. Rehatkan adunan seketika
3. selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan
4. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit
5. Setelah sejuk, paip atau lorek dgn coklat masakan putih dan taburkan manik gula warna warni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalam mamasya, kita tengah survey2 cookies yang mana nak cuba untuk raya tahun..banyak juga recipe cookies diblog mama ni ya..
ReplyDeleteSalam Mamasya. Along lum buat apa2 lagi ni. Nampak cantik & sedap. Syakirah ada tolong tak? hehe
ReplyDelete