klik Nuffnang
Sunday, August 7, 2011
Tiramisu Biscotti
Slmt berhari minggu semua.Entry kali ni nak kongsi Tiramisu Biscotti yg dibuat sehari sebelum Ramadan sbb nak habiskan seketuii cheese...rancangnya nak buat minum ptg tp sbb dah buat lambat...tak sempat beku.Mlmnya nak potong mkn dan ambil gambar, kamera pula mr husben bawa. Lastnya mkn mlm esoknya lepas berbuka...buat moreh.
Dah beberapa kali cari sponge fingers nak buat tiramisu ni tp tak jumpa hinggalah masuk satu kedai di shopping centre di sini yg jual makanan import, baru jumpa sponge fingers ...teruslah beli.
Sukatan utk resepi guna tiramisu sebelum ini tapi cara2nya ikut resepi tiramisu simple, dimana kedua2nya resepi dr umi_e (myresepi.com).
Tiramisu Simple/Biscotti
Sumber: umi_e (myresepi.com)
Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
1 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers
250ml whipping cream - guna 1 pkt whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)- tambah 1/2 cwn lagi + 1 sk nescafe
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan
Cara-caranya
1. satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang
2. Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar
3. Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan- buat 2 lapisan(3 bekas)
4. Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dengan cling film dan disimpan dalam peti ais.
5. Hias kan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka bila masa nak menghidangkannya..
Inilah whipping cream yg selalu digunakan disini...dlm bentuk serbuk cuma tambah susu,pukul hingga kembang.Lebih jimat harganya berbanding whipping cream yg dah siap dijual dlm bekas. Satu pkt cukup utk resepi di atas.
Anak2 pula lebih suka tiramisu kek sponge berbanding sponge fingers ni...mamanya suka dua2...yummmmm...
Label:
Dessert
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mamasya....alahai rajinnya bertiramisu...menggoda kak cek tau...suka tengok dessert kat rumah mamasya...cantikkkk dan nampak sedappppp....
ReplyDeleteLeh tapau tuk kak cek bawak balik ke...suka mkn dessert pas buka posa...nak rasa yang manis2 kat tekak...best kan...
alahai menggoda btul tgk pagi2 ni mamasya. nk bt sndri tak tahu bila, tumpang tgk sini je lah..kih3..
ReplyDeleteDatuk Siti Jawab Isu Berus Bulu Babi Produk SimplySiti
lama tak buat ni, dh ramai cuba resepi umi-e ni...sedap kn mamasya, kalau buat pakai biskut, lebih senang..pukul cream, sapu aja kn...
ReplyDeletesalam kak.. ita tak pernah buat tiramisu.. nanti harus cuba juga.. kena beli cheesenya dulu la .. kadang jumpa je biskut tu tapi nak buat tu tak sampai seru lagi
ReplyDeletehuwaa..tergoda2...sedapnye tiramisu..peberet niii..huhu
ReplyDeletesuka suka suka ngan tiramisu... tp x perna lg buat sndiri... dah lama dok tergoda nie.. nie tergoda lg tgk tiramisu yg mamasya buat tu... sedaaap
ReplyDelete