klik Nuffnang

Sunday, August 21, 2011

Edisi ulang tayang biskut raya; Biskut Almond Sweeties



Assalammualaikum...terimakasih buat semua yg sudi wish anniversary buat blog dapurmamasya....ucapan kwn2 telah menambahkan keceriaan blog ni. Nanti ada kesempatan akan buat kunjungan balas. Telah beberapa hari tak bersiaran...sbbnya mama sibuk dgn pelbagai xtvt. Hari rabu lepas lawatan sambil shopping raya di kedai jubah bersama ladies di sini...kalau ada kesempatan nanti gambar2 menyusul. Hari khamis hingga sabtu semalam....mr husben ada urusan di luar Cairo bersama jabatannya ....kamipun ikut sama sambil bawa anak jalan2.

Berbalik kpd entry kali ni, sementara nak upload gambar2 terbaru, sambung lagi entry edisi ulang tayang biskut raya....boleh bagi idea buat kwn2 yg masih mencari resepi biskut raya.Kali ni nak kongsi Biskut Almond Sweeties. Biskut raya Biskut Almond Sweeties mama buat untuk raya 2009 & 2010 . Wpun dah ada dientry lepas tp ulang tayang dari dapur lama sbb gambar dari dapur lama ni lebih terang.
Pada yg tengah mencari idea nak buat biskut raya mungkin boleh mencuba biskut ni...biskut yg nampak ceria dgn hiasan bintang ...memikat hati kanak-kanak.
Biskut raya tahun ini nanti menyusul ya...byk gambar sepjg Ramadan ini yg belum sempat upload...


Biskut Almond Sweeties
Resepi; Fp k.Liza
Sumber; Dapurmamasyablogspot

Bahan
250gm butter
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm badam kisar ]
300gm tepung gandum ] gaulkan rata
60 gm yepung jagung ]

hiasan
paper cup
coklat putih
coklat cooking
manik hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk buah kana kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup. Biarkan beku.
9. Cairkan pula coklat putih secara double boiler dan masukkan dalam piping bag.
10. Pamkan/lorekkan coklat putih atas biskut yg telah di celupkan coklat tadi. Hiaslah mengikut suka hati.
11. Tunggu sampai biskut sejuk betul baru masukkan dalam bekas kedap udara.

2 comments:

  1. Salam Mamasya,
    Mama pun dah buat biskut raya ye.. kite buat sekali hari tu banyak lagi berbaki. tak buat dah kot lepas ni. hehe... :)
    Ijan

    ReplyDelete
  2. Salam mamasya..byk buat kuih raya thn ni? Meriah x raya di sana? Akk sunyi sepi lah raya thn ni..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2