klik Nuffnang

Monday, August 8, 2011

Nasi Ayam Chef Wan


Alhamdullilah dah seminggu kita berpuasa....moga terus diberikan kesihatan dan sejahteraan buat kita semua di sepanjang bulan yg mulia ini.
Untuk menu berbuka di rumah sepanjang Ramadan ni....hari2 mesti ada lauk ayam...anak2 kalau lauk lain mrk kurang suka...makanlah juga tp sikit ....kdg2 ambil kuah saja. Anak no 2 pula hanya makan lauk ayam..daging kdg2 dia mkn, ikan..udang..seafood mmg dia langsung tak mkn. Tiap-tiap hari kena fikirkan ayam nak masak lauk apa....kdg2 tak ada idea...mulalah ulang-ulang masakan yg sama yg mrk suka spt ayam kari, ayam kurma, ayam tomato, ayam bakar, ayam masak kicap, ayam goreng tepung dan ayam sticky.
Kebetulan tengok ramai kwn blog tayang nasi ayam.....maka teringin juga nak masak nasi ayam ....lagipun dah lama betul tak buat.



Masak nasi ayam ni beberapa hari lepas.Resepi nasi ayam ni copy dari dapur Nur...nun di Spore...dah lama berkenan nak mencuba nasi Ayam Chef Wan ni yg menduduki carta no 1 popular post di blog Nur. T.kasih Nur kongsi Resepi.

Nasi Ayam Chef Wan
Sumber; My Little Kitchen@Nurindah

Bahan-Bahan Untuk Nasi
1/2 cawan majerin - campur dgn minyak sapi
2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
2 cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus
3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
1 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan, disiat-siat dan disimpul
4 cawan beras butir panjang, dicuci dan dituskan - guna beras basmati
5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam

Cara-Cara
1. Cairkan marjerin didalam periuk panas dan tumis
bawang besar, halia, bawang putih,kulit kayu manis,
bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya.
2. Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air rebusan
ayam dan perasakan dengan garam. Masak sehingga
cecair terserap dan kecilkan api.
3. Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak.

Cara menyediakan ayam

1 ekor ayam berat nya dalam 1.5 kg, dibersihkan
dan dibelah dua
Garam
Lada hitam yang baru dikisar
2 cm halia, dikupas dan ditumbuk
2 ulas bawang putih, dikupas dan ditumbuk
2 sudu besar kicap manis - tambah 1 sb sos tiram
3 sudu besar marjerin

Cara-Cara
1. Lumur ayam dengan garam, lada hitam, halia,
bawang putih dan kicap. Lumur pula dengar marjerin.
Bubuh ayam di dalam dulang pembakar.
2. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan
pada 180 darjah celsius selama 30-40 minit sehingga masak.
3. Potong ayam kecil-kecil dan hidang dengan nasi.



Ayam bakar seketui-ketui sbb dah siap potong baru perasan yg dlm resepi ayam tak perlu dipotong sebelum bakar.mmg lagi enak rasa ayam dibakar besar2 sbb ayam tak terlalu garing...isi dlmnya lagi lembut.Ayam ni rebus dulu utk dptkan stok ayam utk masak nasi barulah dilumur dgn bahan2nya sebelum dibakar.



Dlm resepi asal tak da resepi sup, jadi masak sup nasi ayam ni spt yg biasa buat.Utk sup tambahkan air,garam , lada hitam,kiub ayam dan kentang .Masak sehingga mendidih dan kentang empuk.Kalau suka boleh letak btg daun sup yg dipotong pendek dlm periuk rebusan sup utk bagi sup lebih sedap.



Kalau nasi ayam mmg favorit anak2...seronok mrk bila nak berbuka terhidang nasi ayam. Bertambah anak-anak makan nasi ayam ni....suka mama bila tengok anak-anak berselera mkn....

11 comments:

  1. Assalam Mamasya...waah nasi ayam Chef Wan...sedap kan...akak pun penah buat..tp lama dah...rasa lak nak makan balik...adeei sempat ke buat nnt....mcm2 menu anak2 bg...hehe

    ReplyDelete
  2. Salam Mama...Terguda sungguh saya ngan ayam akak ni...sib baik jauh, lako dekat maunya saya ke sana tadah pinggan

    ReplyDelete
  3. salam kak.. ramai yang buat menu nasi ayam bulan puasa ni .. tergoda saya.. mana satu pilihan resepi yang nak cuba.. hhihihi ni pun nampak best

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum mamasya...
    mmg tergoda diana tgk nasi ayam tu... kalau ler x cuti memasak nie.. nak gak cuba yg nie... nmpk sgt menyelerakan .... mmg fav kalau bab2 nasi ayam nie... sedaaapnyaa

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum :)
    Blog resipi yg sgt2 bagus . bole jadi panduan memasak untuk persedian sebelum berkahwin . follow dapurmamasya ;)

    ReplyDelete
  6. asalkan nama dia nasi ayam...family ida tak tolak nyer...nasi ayam mamasya pun nmpk sedap..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Ziela,

    Baru keluar dari kongsi resepi...terus dia hantar kesini...hehe...ohh mamasya dh cuba ya resepi ni...terima kasih ya sudi cuba.

    Nur nk tanya mcm mana mamasya dpt hantar ke kongsi resepi..katanya resepi tk boleh sama nanti kena reject...Nur kadang dh byk kali hantar resepi kena reject...asyik2 duplicate record..kdg naik malas dibuat nya...

    ReplyDelete
  8. Salam mamasya..saya ambil resepi nasi ayam ni..buat makan malam tadi..alhamdulillah sedap..terima kasih ya kerana berkongsi

    ReplyDelete
  9. Terima kasih Mamasya saya cuba buat nasi ayam chef wan ni untuk makan malam tadi licin satu periuk nasi 3 pot seekor ayam tinggal 1/4 jer anak-anak makan bertambah siap pesan esok mak buat lagi yer.....

    ReplyDelete
  10. mashaallah.. cam nak nyam nyam je... ini kena buat sebelum ramadhan.. bagi anak-anak try.. in sha allah.. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2