klik Nuffnang
Friday, August 12, 2011
Daging Kicap Berkerisik
Assalammualaikum semua....entry kali ni nak kongsi lauk daging kicap berkerisik yg dimasak 2 hari lepas utk juadah berbuka. Kalau daging letak kicap dan ada kerisik gini anak-anak suka mkn...lagipun masakan ni tak pedas sesuai utk anak-anak. Tapi kalau nak pedas boleh tambah cili.
Resepi daging kali ni hasil jln2 ke blog Dayang....t.kasih Dyg Jack kongsi resepi.
Daging Kicap Berkerisik
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan :
1 kilo daging (dihiris nipis atau dipotong kiub)
1-2 sudu besar biji lada hitam (ditumbuk kasar)
2 sudu besar kicap pekat
kicap manis/masin secukupnya
rempah 4 sekawan (buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan cengkih)
1-2 sudu makan serbuk kari daging (dibancuh dengan sedikit air) - optional
air asam jawa secukupnya
garam dan gula
2-3 sudu makan kerisik
air secukupnya
bahan-bahan kisar :
1 labu bawang besar
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
Cara-cara :
Satukan daging bersama kicap pekat, lada hitam dan separuh daripada bahan kisar. Gaul-gaulkan sebati dan peraplah selama 1 jam atau semalaman.
Sediakan minyak secukupnya di dalam periuk/kuali. Tumis bahan-bahan kisar dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Kemudian, masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan daging yang sudah diperap tadi. Kacau sebati. Apabila sudah hampir kering, masukkan air secukupnya. Masak hingga hampir empuk.
Masukkan kicap manis/masin secukupnya, garam, gula kerisik dan air asam jawa. Kacau rata-rata.
Setelah daging empuk serta kuahnya hampir pekat, tutuplah api. Biarkan ia merenih seketika.
Hidangkan bersama nasi putih atau nasi beriani.
Oleh kerana anak-anak suka masakan daging ni...lain kali boleh masak lagi...
Label:
Daging/Tulang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mamasya..kak cek dtg bwk trifle lak ni...nak tuko ngan daging kicap berkerisek..kalau tak sempat ..moh kita buka sesama...kan kan...:)
ReplyDeleteSalam mamasya...
ReplyDeleteBln puasa nih blm msk daging lagi...blh buat lauk sahur :P
Assalam mama,
ReplyDeletedaging kicap dah lama tak masak asik menerai recipe baru aje recipe lama dilupakan..wakakaka..
recipe ni pun nampak baru kicap & kerisek dicombinekan mesti sedap ni kan mama..
Assalamualaikum mamasya...
ReplyDeletesedapnya tgk... mmg tersgt terliur tgk daging kicap tu...mmg anak2 suka makan kalu daging masak kicap gini... diana pun suka... sedaaap3!!
salam mamasya.. sedap sua daging yang macam ni.. makan dengan roti pun best
ReplyDelete