klik Nuffnang

Friday, August 5, 2011

Talam Kastard Jagung



Assalammualaikum ....harap semua sihat walafiat dan dapat menjalani ibadah puasa sebaiknya.Ada yg suka jagung tak....kalau suka jagung bolehlah mencuba resepi Talam Kastard Jagung ni.Sedang elok rasanya ....lemak dan tidak terlalu manis...sedap je rasa bila gigit bahagian jagung.
Talam Kastard Jagung nilah yg dimasak semalam utk potluck majlis berbuka puasa beramai2 di rumah TYT Duta. Pelbagai kuih-muih ada dibawa masing-masing utk majlis berbuka...bolehlah makan serba sikit semasa waktu berbuka.



Sebenarnya dah lama berkenan talam jagung ni sbb suka mkn jagung tp dok tangguh sbbnya kali akhir buat talam tak begitu menjadi...bila tak jadi tu malaslah nak buat lagi. Tapi Talam Kastard Jagung yg buat semalam puas hati sbb elok jadinya. Cuma masa nak ngukus tu kalut jugak nak cari bekas utk kukusan sbb 2 biji kukusan yg ada di rumah tak muat utk acuan 4 segi saiz 10 inci...cuba guna kuali yg adapun tak muat, akhirnya guna periuk besar...sdg elok muat loyang ditepi dlm periuk.Kalau keluarga kecil buat 1/2 adunanpun dah byk tp kalau nak hulurkan kpd jiran atau nak bawa utk jamuan mmg cukup buat satu adunan.



Resepi Talam Kastard Jagung ni diperolehi hasil dari jamu mata di blog Yati yg memang rajin mencuba kuih talam.....t.kasih byk2 Yati kongsi kuih Talam Kastard Jagung yg sedap ni.Tengok ada juga kawan-kawan yg dah mencuba kuih talam ni. Ada lagi kuih talam Yati yg dah berkenan....

Talam Kastard Jagung
Sumber;Yatiememories.blogspot

Bahan-Bahan- loyang 10 inci

Lapisan Bawah

1 1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung jagung
1/2 cwn tepung kastard
1 cwn gula
1 cwn jagung krim manis
3 1/2 cwn santan
sedikit perwarna kuning
sedikit garam

Cara Menyediakan Lapisan Bawah

Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.
Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.

** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)

Bahan Utk Lapisan Atas

2 cwn santan pekat
1 cwn air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya)- ganti 1 st esen pandan + 1 cwm air
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tpng ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula pasir
secubit garam
Pewarna hijau/pandan

Cara Menyediakan Lapisan Atas
Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.
Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)

Tips.
** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna tisu dapur.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.
** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik.

nota dapur mamasya
Utk mengelakkan air jatuh atas kuih, tudung dibungkus tp ada jugak sikit air bila dah dkt masak di atas lapisan hijau...lap guna tisu ikut spt tips di atas.Ada sikit kesilapan teknik masa buat semlm sbb blender semua bhg lapisan jagung...sepatutnya jagung tu dibiarkan biji gitu....jadi tambah lagi 3 sb jagung krim dlm adunan...barulah nampak isi jagung dlm kuih talam.



Lapisan kuning jagung dan lapisan pandan yg telah masak.



siap potong utk dibawa ke potluck berbuka puasa

9 comments:

  1. Assalamualaikum mamasya...
    talam kastard jagung nie mmg fav kami sekeluarga... cuma nak buatnya belum kesampaian lagi.. biasa beli jer... Cantik n kemas kejadian talam tu mamasya..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Mamasya,
    cantiknya talam kastard jagung yg mamasya buat..suka tngk..tq sudi mencuba resepi ni..buat terliurlah, yatie mmng suka kuih2 mcm ni..

    ReplyDelete
  3. Salam Mama

    cam ni kita pong nak selit pi berbuka ngan Mama lah...bule kita bawak balik tu talam jagung custard..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Ziela,

    wah ada kuih talam...sedap nampaknya...sejak bulan puasa ini belum lagi nur buat kuih muih....nk buat onde2 tak jumpa2 keledek....huhuhu...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Mama...

    Sedapnya Talam Tu....Ada Lagi Tinggal Utk Kak Lin?Hehehe..Tak Malu!

    ReplyDelete
  6. Salam mamasya, selamat berpuasa ye, kami buat Iftar ramai2 esok.. Mm.. Good idea ni

    ReplyDelete
  7. salam kak.. sedapnya kuih talam ada jagung.. suami ita suka menu2 yang ada jagung. nanti boleh la cuba InsyaAllah

    ReplyDelete
  8. Mamasya...

    Kak cek dah dtg ni ..nak amik talam ...nak buat buka posa nanti...dah abis ke...bukan mamasya suh dtg amik ke tadi....hu hu hu..tgk jela sambil gigit jari...he he...:)

    ReplyDelete
  9. Assalam mamasya,
    wah bulan puasa mesti nak buat kuih manis sikit kan..kalau tak macam tak sah gitu..kita kalau buat loynag kecik tapi takes 2 days to finish..
    makan sikit aje..bulan puasa biasalah nafsu nak makan banayk bila dah makan sikit aje..huhu..
    boleh masuk list kuih talam jagung ni..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2