klik Nuffnang
Wednesday, August 3, 2011
Kecubung Berendam...juadah manis 1 Ramadan
Dah selesai kisah rakaman tv, ni nak kongsi menu manis semasa berbuka Ramadan 1 iaitu kecubung berendam. Kalau berbuka biasanya nak juga mkn bubur ke..pengat ke atau kuih yg manis.Barulah makan nasi.Buat sikit saja sbb anak-anak mmg tak mkn bubur atau kuih manis.Kalau kuih jenis yg bergoreng barulah mrk mkn.
Resepi kecubung berendam ni dah 2 thn simpan sejak dari Brunei lepas tengok K.mon&Nina Suria update di blog.Rancang nak buat utk berbuka tp bertangguh tangguh nak buat baru Ramadan kali ini.
Kecubung berendam ni macam bubur nangka cuma kelainannya adunan ada campur dgn ubi keledek. Napa warna ungu...ianya mengambil sempena warna kecubung iaitu batu permata..di mana menurut sumber dari mr google;Batu Kecubung merupakan batu permata yang popular sebagai bahan perhiasan raja-raja dan pembesar-pembesar negara zaman lampau. Selain warna ungu, ia juga mempunyai beberapa warna yang menarik. Contohnya bewarna merah jambu tetapi kecubung yang paling berharga semestinya bewarna ungu kebiru-biruan.
Buat 1/2 adunan sahaja itupun dapat byk...sampai hari ni 2 Ramadan masih boleh buat berbuka... simpan dlm peti ais dan panaskan semula sebelum hidang. Dan tambah juga sagu utk memekatkan kuah.
Kecubung Berendam
Resepi; K.Mon@Nina Suria
Bahan-Bahan
Kuah santan:
2 ketul gula melaka di cincang halus
4 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
5 lembar daun pandan di mamar
Secubit garam
**tambah 3 sb sagu biji
1. Masukkan santan,sagu, garam, gula melaka dan daun pandan yang disimpul didalam periuk. Masak dengan api yang perlahan.
2. Bila hampir mendidih masukkan santan pekat. Masak lagi sebentar dan kacau selalu supaya kuah santan tidak pecah minyak(boil below boiling point). Angkat ketepikan.
Doh keledek
500g tepung pulut
200g ubi keledek rebus di lecek halus- letak 300g (utk 1/2 adunan 150gm)
Air secukup untuk menguli
Secubit garam
Pewarna ungu
Caranya
1. Masak air 2 liter dalam periuk hingga mendidih.
2. Sementara itu campur tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit. Sehingga menjadi sebiji doh lembut.
3. Campurkan doh bersama ubi keledek dan pewarna ungu, uli hingga sebati.
4. Bentukkan guli-guli kecil dan tekan dengan hujung jari tunjuk ditengah-tengahnya . Buatlah sampai habis.
5. Bila air sudah mendidih masukkanlah guli keledek tadi dan angkat bila guli-guli itu timbul.
6. Masukkan guli-guli yang telah masak ke dalam kuah santan.
7. Hidangkan panas-panas atau dinginkan di dalam peti sejuk baru di hidangkan.
**nota dapurmamasya
utk langkah 2 ubah sikit; adunan tpg dgn ubi dicampur dulu, kemudian pewarna dan ditambah air sikit-sikit, uli hingga jadi doh.Tambah sagu utk pekatkan kuah, resepi asal tak letak sagu.
kecubung sebelum dan selepas direbus dlm air panas.slps direbus warna lagi menyerlah.
boleh dimkn sejuk ataupun panas...
Talian internet sejak Ramadan ni perlahan sgt..nak update ambil masa..nak jln2 blog kwn2pun lama baru dpt...lembab betul talian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Lebihkurang cam badak berendam...sedapnya....:)
ReplyDeleteAssalamualaikum Zila,
ReplyDeleteSelamat menjalankan ibadah puasa,moga ramadhan kali ini membawa keberkatan pada mamasya sekeluarga.
Ramadhan kali ini bertambah sibuk nak update blog pun mcm dh tk larat....hehe...
Rancangan mamasya dlm Nona dh ke udara belum?? Kita mcm tertinggal keretapi gitu??
salam ramadhan buat kamu sekeluarga..wah baru sampai dah masuk tv ek.
ReplyDeletecam sedap ajer resepi ni..nak cubalah..lain dari yang lain
Assalam mamasya,
ReplyDeletewah nampak sedap kecubung berendam ni..ada macam badak berendam ke mamasya..kita ni actually dua2 ni belum pernah cuba pun baik badak ke kecubung ke yang kita berendam adelah..hehe
selamat berpuasa to mamasya & family ya..
wah seronoknya kat bawah tu ditemuramah dan masuk tv di egypt ya..tahniah!!
sedapnya nampak bubur tu.. memang suka sgt dgn bubur2 gini time puasa2 ni.. teringat lak kat bubur yg ratna pernah wat dulu... tp ratna campur doh pulut dgn doh keledek.. dua jenis doh.. jd ada dua rasa tpg dia tu.. satu kenyal2 & satu ada rasa keledek.. buat masa cukur rambut alin dulu... dah lama dah.. hehee.. ada kat link bwh tu... mcm nak wt lagilah..
ReplyDeletehttp://mamawandiha.fotopages.com/?entry=1864105
hmmm macam badak berendam la kan..cume x de inti.t.p ade keledek tu tentu dah bg rase manes semulejadi..sedapnyer.. meh tuko ngan badak berendam kite :)
ReplyDelete