klik Nuffnang

Wednesday, August 10, 2011

Laksam hidangan kegemaran kami...



Laksam ni antara makanan kegemaran kami sekeluarga. Buat laksam 2 hari sebelum puasa utk sarapan kami sekeluarga.....nipun xtvt tertangguh sejak dr Msia nak buat laksam tp tak jadi-jadi....maklumlah nak ngukus laksam tu yg buat malas sikit.Kalau laksa lemak biasa buat sbb senang, beli laksa dah siap...tinggal masak kuah.Masa dtg sinipun angkut juga beberapa pek laksa kering...mmg peminat laksa..tak kira laksa apa...



Letak sambal lagi sedap mkn laksam ni. Ulam-ulam pula ikut apa ada dlm peti ais di rumah.kat sini tak ada taugeh , kacang pjgpun tak ada...kalau ada lagi sedap sbg ulam laksam. kalau kat kg siap letak pucuk daun serai...tp bukan serai batang ya. mmg ada pokok daun serai...pucuk diambil utk buat ulam laksa atau mkn ulam dgn nasi kerabu.



Resepi ni yg selalu guna sejak dari dapurfotopagesmamasya.

Resepi laksam
sumber ; F&R Forum Cari

Bahan-bahan :
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tpg gandum
4 cawan air suam
1 sudu kecil air kapur - pilihan
secubit garam

Cara menyediakan:
Bancuh semua bahan-bahan hingga rata dan tapis. Panaskan pengukus.
Sapu minyak dalam tudung periuk dan panaskan pengukus, letakkan tudung periuk/dulang dalam pengukus.Sendukkan adunan ke dlm dulang dan ratakan tipis2.Kukus hingga masak iaitu adunan menggelembung bila masak (anggaran 4-5 min). Angkat, biarkan sekejab barulah digulung kemas. Potong bulat2. Adunan di atas dpt 13 btg bagi saiz dulang sederhana. Hidangkan dgn kuah lemak,ulam2 dan sambal belacan.

nota dapurmamasya
Pastikan adunan dikacau setiap kali sebelum disendukkan dlm tudung periuk.dulang diletakkan dulu dlm pengukus sekejap...biarkan panas barulah diletakkan adunan.Jgn lupa sapu minyak di dulang setiap kali nak letak adunan.


adunan menggelembung tanda laksam dah masak.boleh angkat dan gulung....

Kuah Lemak
Sumber; Dapurmamasyablogspot

bahan2
1/2 kg ikan kembung/ikan tamban/ikan sardin - ikan direbus dgn asam keping dan dibuang tulang dan dimesin
6-7 ulas bawang merah-mesin dgn ikan
1 biji kelapa @ 1 1/2 pkt santan segera-utk santan anggaran 6-7 cawan tp kalau pekat boleh tambah air lagi dlm kuah.
2 keping asam keping ,
1 sudu makan lada hitam-ditumbuk/debu- kalau nak kuah cantik guna lada putih
1 sudu keresek (pilihan)
garam,

bahan2 sampingan:
sambal
timun,daun serai,kubis,taugeh

Cara
Masukkan ikan rebus yg telah ditumbuk lumat/mesin dgn bawang merah ,lada hitam & asam keping serta sedikit santan/air dlm periuk.Kemudian setelah mendidih masukkan pula santan yg selebihnya dan kerisik.Kacau sebati sehingga mendidih, kacau jgn bagi berketul kuahnya. tambahkan garam mengikut citarasa.sedia utk dihidang dgn ulam.



Laksam buat 2 adunan...satu mmg tak cukup sbb anak-anak kalau laksam ulang2 makan....

12 comments:

  1. salam...selamat berpuasa utk mamasya sekeluarga..

    ana pun suka laksam ni...kalau b alik trg, mmg ni antara mknan yg ana cari..:)

    ReplyDelete
  2. Sedap pulak nmpk laksam ni.sjk blik mg teringin nk cuba,xjd2,nnti ada rajin nk cubalah.mesti syok bikin sendiri sb ritu blik mkn kedai punya rasa mcm byk tepung dia buh.daun serai tu kalu blik kelate mesti ada byk.sini kna tnya pnjual sb kurang knal.hihi

    ReplyDelete
  3. Mamasya...kak cek nak tumpang buka posa kat ghumah mamasya la..laksam ...fav kak cek..teringinnya nak makan...:)

    ReplyDelete
  4. Assallamualaikum ma.
    Ma, pinggan kat atas sekali tu bawa dari Malaysia ker.. Tu kan arcopal punya brand..Hihihi sibuk jer kan..
    Sedap nya laksam.. Naz pernah buat sendiri mee laksam tu dulu sblm kahwin. Masa anak dara. Skrg ni sebab dah duduk di sini, bila nak makan laksam just buat kuah jer..Laksamnya Naz beli atas pasar ct khadijah tu..hehehe..

    ReplyDelete
  5. sedapnya laksam teringat makan hari tu.. hihihihi kat sana memang tak de taugeh ke?

    ReplyDelete
  6. Kak! baru boleh imagine cara kukus laksam kat gambar tu. selama ni dok pikir camne la nak kukus guna tudung periuk. hehe.. teringin nak buat. kene amik masa jugak ni, harap2 bdk2 tak kacau mamanya nak melaksam. hehe..

    ReplyDelete
  7. Salam cayang Mamasya & Syakirah.... Along tak pernah lagi buat laksam, makan pun ingat2 lupa bila pernah makan ni. Nanti suatu hari nak cuba gak lah buat tapi tatau lagi bila tahun....hehehe

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum mamasya...
    baru jer datang dari rumah ika tadi.. ada gak laksam.. singgah cnie pun nmpk laksam.. geraaaam tgk... suka sgt makan tp x reti lg buat sendiri :D. sedaaapnya tu

    ReplyDelete
  9. Assalam mamasya:semalam nengok laksam ni terus buat utk buka posa. Alhamdulillah menjadi, suka sgt akk. Terima kasih ye.

    ReplyDelete
  10. salam...sy cuba buat tapi kenapa laksam ni merekah ye? kat mana teknik yg salah boleh diperbetulkan tak? sy guna api sederhana..mula2 buat agak nipis langsung relai/merekah..bila buat agak tebal sikit dah kurang merekah tp masih ada sikit2 la..minta tolong ajar kat mana silapku huhu..

    ReplyDelete
  11. Salam Anon. kalau ikut pengalaman akk merekah sbb tudung periuk kukus tak rapat masa mengukus.

    ReplyDelete
  12. oo ye ke..hari ni nak cuba lagi..tima kasih ya..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2