Pages

Monday, January 30, 2012

Kelas Masak Nasi Hadramaut - Step by step


Assalammualaikum bersua kembali...
Masih entry Nasi Hadramaut....spt yg diciterkan dlm entry sebelum ni resepi nasi akan menyusul. Yg lambat sikit sbb nak kena menaip resepi dan cara2nya......serta gambar2 dlm kelas memasak nasi hadramaut.
Semasa kelas memasak, bahan dan cara adalah utk 10 ekor ayam dan 5 kg beras. Jadi kalau nak cuba masak sendiri nanti utk famili, nak masak 1-2 ekor ayam kena agak2lah sbb ada bahan2 dlm resepi ini yg tidak diberikan sukatan dg tepat utk masak sikit. Dan kalau ada bahan2 yg tak da mungkin boleh ganti bahan2 lain.Nasi arab ni makan juga dg salatoh dan zabadi.
Bila tengok di internet dan majalah ada pelbagai resepi dan juga cara untuk masak nasi hadramaut....mengikut cara masing2. Tp yg mama pelajari resepinya adalah seperti dibawah....

Resepi Nasi Arab Hadramaut
oleh;Dapurmamasya

bahan2 utk ayam dan nasi
10 ekor ayam saiz sed tidak terlalu besar - bersih dan potong 2 atau 4 sahaja
5 kg beras basmati khas utk nasi hadramaut - 1 kg anggaran dlm 5 @5.4 cwn (bergantung pd saiz cwn yg digunakan). beras ni kuning sikit dan asal dari Pakistan,dari Indiapun boleh, mungkin di Msia boleh guna beras basmati Pusa atau Kashmir.
air secukupnya - 1 cwn beras sukatan; 1 1/2 cawan @ 2 cwn air bergantung kpd jenis beras
1 biji tomato yg masak - potong
2 labu bawang besar - potong bulat
1 biji lada hijau - potong besar. tambah kalau nak pedas

Rempah 2 bhg - 1. utk masukkan terus dalam air rebusan ayam
2.utk ditumis kemudian.
- buah pelaga, bay leaf,kulit kayu manis,cengkih,ketumbar(debu),lada hitam debu, jintan putih(debu). Sukatan utk masak seekor ayam, ni utk masukkan terus dalam air rebusan ayam iaitu 1/2 sb ketumbar(debu), 1/2 sb jintan putih(debu)dan 1/2 sk lada hitam (boleh tambah kalau nak pedas), ni mama anggarkan utk lain2 rempah, anggaran 5 biji buah pelaga,beberapa helai bay leaf dan 3 btg kulit kayu manis dan 5 kuntum bunga cengkih.utk tumis pula sukatan kena agak2 sbb tak dinyatakan.

1 sb serbuk za'afaran - warna kuning mcm serbuk kunyit
2 sb serbuk mellah farolah - warna merah. kedai rempah cadangkan boleh juga guna babrik
1/3 liter minyak masak - guna minyak jagung

Gambar-gambar rempah



rempah yg digunakan ialah bay leaf, buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih, jintan putih (debu), ketumbar (debu), lada hitam serbuk .
Guna beras basmati utk masak nasi hadramaut. Sukatan 1 kg beras(sukat utk mudah tentukan airnya, dlm 5@5.4 cwn beras). Air 2 atau 1 1/2 cwn utk 1 cwn beras.

Cara-cara masak nasi dan ayam



1. Air disukat dlm periuk dan direbus terlebih dahulu.sukatan air dg beras 1 cwn beras bersamaan 2 cwn air atau 1 1/2 cwn air bergantung kpd jenis beras yg digunakan. bila mendidih barulah dimasukkan ayam.(Ayam yg byk direbus buat air stok rebusan lagi sedap,kalau masak utk sekeluarga sukatannya; 1 kg beras dgn 2 ekor ayam. )
2. 1 labu bwg besar dipotong bulat dan sebiji buah tomato dimasukkan dlm ayam utk masak 10 ekor ayam.


3. Masukkan rempah2 ke dlm periuk
4.Kacau sedikit rempah yg telah dicampurkan dlm air rebusan. Tutup periuk dg tudung.Rebus ayam dalam 1/2 jam.
5.Selepas 1/2 jam, keluarkan ayam dr periuk.



6.susun ayam dlm bekas.ketepikan dulu.



7. Masukkan rempah2 yg digunakan (sukatan rempah dlm gambar utk masak 5kg beras), 1 labu bawang besar dan cili hijau(ni ikut kepedasan) dlm periuk. Jenis rempah sama dg bahan2 yg dimasukkan dlm air rebusan ayam sebelum ni(langkah 3).



8.Kemudian barulah diisikan 1/3 liter minyak masak dan goreng rempah sampai bawang kekuningan.Kemudian masukkan bahan gorengan ke dalam periuk air rebusan ayam tadi.



9.Masukkkan bahan2 yg ditumis dlm periuk air rebusan tadi.masukkan garam secukupnya.kacau.
10. Cuci beras sampai bersih.


11.Biarkan air mendidih. Masukkan beras dlm periuk air stok/rebusan ayam tadi.
12. Masukkan 1/3 sb serbuk za'afaran...tak perlu byk, sukatan ni utk seperiuk besar. kalau buat sikit kena agakkan sukatannya.
13. masukkan pula sedikit mellah farolah/pewarna merah.



14. kacau rata sekejap.biarkan mendidih.tudung periuk dan perlahankan api, nasi dimasak dg api sederhana sahaja sampai hampir masak.Bila nasi hampir kering. kacau sekali lagi nasi.



15. Campurkan secawan air dg baki serbuk za'afaran.tuangkan air bercampur perwarna kuning ke atas nasi



16. pewarna diletakkan bersilang secara X atas nasi.biarkan seketika.tak perlu tutup tudung periuk.



17. kemudian baru dikacau rata nasi
18. Nasi diratakan .biarkan sekejap.



19. Nasi dikacau lagi. nasi dah hampir masak.boleh tutup api.biarkan seketika.wpun nasi dikacau byk kali tp tak pecah butiran nasinya.



20. nasi siap terhidang

Cara-cara masak ayam
1. Ayam disusun dlm dulang utk bakar. Percikkan atas ayam dg sedikit air sejuk. panaskan oven/grill api atas - suhu kena agak sbb tak dinyatakan.

2.Lumurkan ayam dg sikit garam yg telah bercampur mellah farolah.Lumurkan juga bhg bawah,keseluruhannya.



3.Ayam siap diletak garam dan mellah farolah. masukkan dlm oven, grill sekejap sbb ayam sudah masak,ayam dibalikkan...guna api atas dlm 20-30 utk bagi kuning.


5. Ayam bakar hadramaut siap utk dihidangkan

Cara untuk sos salatah dan zabadi



Bahan2 utk salatoh : buah tomato masak, cili hijau(ikut kepedasan masing2) dan sedikit bawang putih. tambahkan air, garam. Kemudian blender sekejap.



salatoh siap terhidang



zabadi; campurkan yogurt dgn timun yg dicincang halus, campurkan dg potongan karot.dihidangkan bersama potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.


semua dah siap masak...bolehlah menjamu selera.....

21 comments:

  1. wow..bestnye ! dapat satu ilmu lagi..TQ ye Mama..yg Zabadi tu pernah gak buat,sedap.Beras ni kat Kelantan ada jual..kat kedai Pakistan..mg sedap kan Mama..huhu bestnya duk kat sana..dapat makan best2

    ReplyDelete
  2. sambl dia tu mcm pernh rasa utk nasi mandy,mg sedap.nnti ada masa nk cuba tp zhafrran tu mhl sini.tgu g kedai arab nk beli satu

    ReplyDelete
  3. Assalamuaalikum mamasya...
    e-na amik dulu resepinya, bila nak buat x tau la...kena cari rempah2 dulu...tq 4 d recipe...:))
    kat sana beras basmathi murah ke mama...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Zila,

    wah2 nasi arab...apa2 pun kita amik dulu resepi ini ya...terima kasih mamasya kerana berkongsi...Nur dan suami memang suka menjamu selera masakan org Arab ini....baru minggu lepas kami sekeluarga jamu makan di restoran Marhaba di Arab St. tapi tak kena pulak dengan citarasa Nur....ish...tak apa lah cuba aja...kalau tk sedap sekali aja lah jejak...hehehe...

    Mamasya tau kan Arab Street dimana...betul tak?? Kalau ada rezeki suami mamasya diberi tugas ke Singapore boleh kita berjumpa kan?? Dapat tengok abang Syazrin & Co...hahaha...bila lah gak nya??

    ReplyDelete
  5. mamasya...nasi nie mmg best tapi rasanya susah juga nak cari rempahnya iaitu mellah farolah kat sini. Kedai arab susah nak cari di SP kedai pakistan adalah.

    ReplyDelete
  6. Assalam Mamasya,

    Beruntungnya mamasya dapat pelajari nasi hadramaut kat sana...itu satu pengalaman tau mamasya..tak semua org dpt peluang mcm tu.

    Sungguh menyelerakan..kiv dulu ehh
    aduyaii panjang berjela dah list..dah mcm sungai nil lak panjangnya..hehheh

    ReplyDelete
  7. Salam Mama.pertamanya nak ucap terima kasih sebab sudi share resipi arab ni..emmmmm bahan-bahan dia pun masih mudah didapati di Malaysia kecuali serbuk merah dan kuning tu....

    Saya copypaste step nya untuk simpanan, mana tau ada masa nanti teringin nak merasanya, tapi dah jadi versi Malaysialah..he he he he ...

    Apa-apa pun terima kasih sekali lagi sudi share resipi ni nasi ni....

    ReplyDelete
  8. aslmkum mamasya.. tgok set nasi hadramaut ni sungguh myelerakan.. stepnya nmpk mudah.. cuma rempah ratusnya tu yg susah nk cari gaknya.. nk sebutpun susah... hihihi

    ReplyDelete
  9. Assalam mamasya,
    wah panjang juga stepsnya tu ya..tapi oklah boleh masukk list ni..kita minta izin ambil recipe ni ya..Nak tanya, kalau tak ada rempah yang warna oren & warna merah tu apa boleh digantikan ya..is it boleh guna kunyit serbuk dan cili powder or just red colouring?..Thanks mamasya..

    ReplyDelete
  10. Dtg singgah memalam ni ..nak masuk kelas belajo masak nasi haramaut...waaaa...mcm2 jenis rempah ratus...memang la tak tau ...tapi nampak nasi ni sedapnya....

    ReplyDelete
  11. assalammualaikum kak, seronoknya tgk ramai ladies kat sana..meriah sgt...bestnyer kalau hubby saya dpt posting sana...kalau dpt tempat sama dgn akak lagi best ni..hehe

    menarik nasi ni kak..bertuah dpt ikut kelas tu.itulah bergunanya join aktiviti PERWAKILAN kan ..:)

    ReplyDelete
  12. Dear, ayam ni merah sebab menggunakan mellah farolah ye. Kita tak ada bahan tu.

    ReplyDelete
  13. salam,saya student cairo...teruja jumpa resipi ni sebab selama ni makan je dekat restaurant hadramaut,x sangka agak mudah juga nak buat.
    Terima kasih atas resipinya,alhamdulillah menjadi.

    ReplyDelete
  14. Terbaik dari puan,,TQ 4 d info

    ReplyDelete
  15. Salam mamasya...syukran jazilan sb sd kongsi resepi ni.saya terngin sgt nk bt tp kena baca dl seep by step btl2 sampai faham..hehe.sy ingt nk bt utk hidangan raya haji...sekor ayam jer...hrp2 mnjadila.nnt kn kuar cr brg...tq skl lg mamasya...

    ReplyDelete
  16. Salamalaik Mama

    Agak2 kalau nak jual satu set nasik begini berapa harganya ya?? :)

    ReplyDelete
  17. ada satu lagi kaedah utk bg rasa aroma iatu smoking dlm periuk guna kan bekas kecil dan arang ....

    ReplyDelete
  18. Salam Mami, terima kasih atas sharing mami yang terperinci. Saya caterer & sejak kebelakangan ini ada banyak order untuk Nasi Arab (mungkin harga saya murah sikit daripada kedai2 Arab kot!). Resipi mami authentic , mudah & healthy juga. InsyaAllah resipi mami dapat menggembirakan ramai insan-insan Allah yang lapar.Shukran.

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum,
    Alhamdulillah, dapat sudah apa yg saya cari selama ini, erima kasih banyak banyak, InsyaAllah saya akan cuba esok atau lusa.

    Allah berkati hidup puan sekeluarga dan selamat dunia dan akhirat.

    Khadijah Addatini

    ReplyDelete
  20. Terima kasih diatas perkongsian ilmu, semoga Allah murahkan rezeki, panjangkan umur dan diberi kesihatan yg baik kepada puan sekeluarga...amin.

    ReplyDelete
  21. Pandainyer masak...
    Jemput singgah ke blog saya..masak nasi arab tapi pakai pes Nasi arab jenama Al-Bayt...saya tak pandai nak masak seperti ini..bolehla saya tak terer mana pun..hu2..
    http://dalilayusof.blogspot.com/2014/06/mudahnya-memasak-nasi-arab-hanya-di.html

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.