Pages
▼
Thursday, April 5, 2012
Udang Masak Lemak Labu
Assalammualaikum
Lepas lauk sotong , tayang udang pula....lauk yg dimasak minggu lepas Udang Masak Lemak Labu.Selalunya udang masak lemak gini suka masak dg nenas tp kali ni masak dg labu.Sejak duduk sini, ini baru dpt beli labu sbb biasa jumpa jual labu sebiji....nak beli besar pula dan kalau jumpa yg potongpun dah tak elok...lebam.Tapi masa gi C4 tempoh hari...ada labu yg dah potong elok lagi....masa pilih tu ada labu yg berbiji dan tak berbiji.
Tgh nak ambil labu berbiji mcm biasa beli di Msia, dtg seorg makcik Arab ckp bahasa Arab sambil tunjuk2 labu yg tak berbiji tu, tak fahamlah cakap apa tp dpt agak yg dia nak bagitau yg tak berbiji tu lagi elok.terus ambil dan cakap kat dia syukran.itulah labunya yg tak da biji....murah je ni sepotong kalau duit kita tak sampai RM1 pun, manakala serai dan kunyit tu angkut dari Msia.tp kat sinipun dah ada jual serai.
Resepinya sama dg Udang Masak Lemak Nenas cuma tukar nenas dgn labu spt di bawah.
Udang Masak Lemak Labu
Oleh; Dapurmamasya
Bahan
1/2 kg udang
*1 inci lengkuas
*2 inci kunyit hidup
*5 biji bawang merah
*2 sb cili kering blender/2 biji cili merah blender - pilihan
1 btg serai diketok
labu - dipotong
1 pkt santan- jadikan sed pkt
garam (ikut rasa),asam keping sekeping, 1 sk kunyit serbuk
Cara-cara
1. Semua bahan * ditumbuk/diblender sampai lumat.
2.Masukkan bahan yg ditumbuk lumat,serbuk kunyit dan serai dlm periuk besar/kuali dan masukkan santan dan biarkan mendidih sekejab.
3.Masukkan labu ,biarkan labu hampir empuk dulu. kacau jgn santan berketul.
4.Kemudian masukkan udang, asam keping, garam.
5.Kacau hingga udang masak .
Labu ni pula mmg berbeza dr yg ada biji sbb tak da urat2 mcm labu yg ada biji. gandingkan udang masak lemak labu dgn ikan masin....bertambah2 mkn...ikan masin tu angkut dari Msia.
ada labu lebih masak dgn sayur bayam pula.Syakirah suka sayur air gini...sama selera dg mama .tp abg2 kalau tengok sayur air gini...atau sup sayur komen alahai ni kuah boringlah mama..kuahpun ada yg boring juga...
nilah rupa paras bayam sini....sama rasanya dg bayam kita.
Ziela,
ReplyDeletetengok udang tertenggek tu..tak tahan nyer..tapi akak suka kalau yang bubuh nenas..manis nenas bercapur manis udang..wallaaaa dapppnyer
Assalamualaikum Mama...
ReplyDeleteAduhai! Sedapnya Lauk Udang Masak Lemak Ni...Kalau Kak Lin makan Labu Ni Mahu Masuk Hospital Balik...Hik3...Lapor Perut Kak Lin Tgk Menu Mama...Kak Lin Suka Sangat2...
Selamat Menjamu Selera Mama... :)
Salam Mama...ngencess plak saya tgk masak lemak ni...bila tengok ada buh labu, lagiiiii saya suke...
ReplyDeletegandingan yang sedap tu. nampak segar2 jek lauk pauk akak..
ReplyDeleteTak pernah jumpa lagi labu tak berbiji. Tapi sayur kuah boring tu yg sedap....
ReplyDeleteAssalamualaikum Yong,
ReplyDeleteAhhh rindunya gulai lemak...tak kiralah lemak apa, tp besor tu udang!
Tu cam ispanak (spinach) kat Turki, tp diorang asyik main rebus dgn nasi jer, sampai lembik!
Lamanya saya tak makan masak lemak udang...selalu kalau saya masak letak tempoyak sekali...mamasya pernah cuba tak...
ReplyDeletelemak labu ni mkn dgn ikan goreng/masin mmg kene betul. dah nmpk ikan tu.. segar betul nampak udang sana. bayam tu sama mcm bayam kat jepun ni la. :D
ReplyDeletesalam mamashya...ari nie kita pun masak udang juga hhehe. Tapi kita tak pernah campur lagi dgn labu...camanalah rasanya ye..nanti kita nak try juga.
ReplyDeleteAssalam kak, sedap lauk akak ni kalau mkn ngan nasi panasx2 maunya bertambah nasi ni...bayam sini pun mcm lain jer tapi sini punya import dr luar juga.
ReplyDeleteAssalamualaikum Mamasya,
ReplyDeleterupa berbeza tapi rasanya sama, memang spesies bayam ada macam2 kan,
Kalau dah namanya udang, masak apa pun, memang cantik & sedap aje ye Mamasya, sedap tu masak dengan labu!
X pnh try mkn dgn labu. Slalu msk lemak udang nanas. Sdp ni! Kna cuba. Dh mkn nanti sure tringat pd mama. Hehe
ReplyDeleteBestnye g turki tu mama! Seronok layan gambar2 cantik!
wah mantaaap gan..
ReplyDelete