Pages

Sunday, May 27, 2012

Kenangan Balik Cuti Msia -(Pt 1)




Assalammualaikum buat semua dan slmt berhujung minggu...
Minggu ni di Msia dah mula cuti sek...pasti ramai yg merancang balik kg atau bawa keluarga bercutikan.Di sini pula minggu lepas semua sek cuti 2 hari sbb pemilihan presiden + 2 hari week end, jadi bawa juga anak2 pergi jln.Kebetulan husben ada urusan maka ikutlah sama....nanti ada kesempatan akan citer kemudian. Berbalik pada citer balik kg, teringat kenangan balik cuti di kg masa Feb lepas.Kami sekeluarga bercuti di Msia selepas habis bercuti di Istanbul. Tak lamapun balik dlm 3 minggu...rasa sekejap sgt cuti....mcm2 nak buat bila balik cuti.Tapi yg utamanya tentulah balik kg...bertemu sanak saudara ..


dan bila balik kg utk sarapan pagi pasti pergi beli di kedai....cari nasi dagang Ganu bungkus daun pisang


juga tapai pulut


serta kuih serunai dan kuih lipat


dan yg tentu tak miss kerpok lekor...hari2 ngadap kerpok lekor...kerpok lekor 008, kerbok lekor Losong, kerpok lekor Tok Beng(BTB), kerpok Lekor sukaramai Batu Rakit....ni antara tempat kerpok lekor terkenal di Trg.T.kasih buat BIL yg hari2 belikan kerpok lekor utk kami sekeluarga.BIL beli kerpok lekor BTB, senang call...order, lepas tu pergi ambil.Tak perlu nak menunggu lama.Manakala on the way balik ke Kel, kami singgah beli kerpok lekor Sukaramai Batu Rakit utk mkn dlm kereta.



juga harus jejak kaki ke Pasar Payang. hari ke 2 balik KT, mama dah ke Pasar Payang cuci mata dg kain batik sutera...berpinar mata nengok kain batik yg mcm2 design...yg ngelip2 batu pun byk....


kebetulan masa pergi bukan week end jadi org mmg tak ramai.....penjual lagi ramai.tgh femes kain sutera crepe...mcm2 nama ada


penjual batik sedang letakkan batu atas kain sutera....boleh jugak minta kalau nak letak batu atas tudung atas kain sutera.


harga batik yg dipamerkan mmglah tinggi tp kena pandai tawar....kalau pandai cakap Ganu lagilah dpt murah....


atas Pasar Payang....selain sutera ada jual kain songket


habis pusing tingkat atas, turun tkt bawah.....singgah gerai org jual kuih-muih..mcm2 kuih traditional ada...


serunding daging...kami panggil sambal daging.100 gm RM4. tp mama beli serunding di Pasar Siti Khadijah sbb byk pilihan.


lagi serunding...serunding ayam. telur penyu, kerpok lekor


ikan masin...mcm2 ikan ada jual

kerpok lekor, telur penyu, kerpok kering dan makanan ringan

buah delima dan buah asam jawa@asam celagi. yg dijual ni manis ...boleh mkn gitu tak sama rasa dgn yg kita buat masak.

kerpok kering dan makanan ringan.....mmg by gerai kat sini yg jual


belah ptgnya ramai2 ke Pantai Batu Buruk.....


pantai batu buruk kuat ombaknya...


abg Syakim yg ceria...


Pantai batu Buruk tak secantik dan sebersih spt dulu.....pantainyapun byk yg terhakis....


dah habis tengok laut, anak2 dg anak sedara dan Tok Wan naik kereta kuda berhias....


lepas naik kereta kuda, main kejap di kws playground.suka anak2 main sbb dah lama main di playground


Syakirah seronok main di sini.....


dan masa di Trg. ada beli pucuk midin and the gang utk masak bubur lambut tp bukan mama masak. MIL yg masak bubur lambuk Ganu, kelainan bubur lambuk Ganu sbb letak ikan rebus dan nak sedap lagi mkn dg kacang goreng dan ikan bilis..juga perah sikit limau......sedapnya dah lama tak mkn...tak cukup seperiuk yg dimasak sbb semua suka. pucuk paku merah/midin beli masa singgah Pasar Cabang Tiga.


singgah Pasar Cabang Tiga sbb nak beli laksa fresh. mama masak laksa lemak dan laksa penang utk mkn ramai2.....sedap laksa fresh gini bila mkn dgn kuah lemak mahupun laksa penang. menu laksa mmg tak pernah miss mama masak kalau balik Ganu...

Terimakasih buat kwn2 yg tinggalkan komen,nanti akan buat kunjungan balas. jumpa nanti Kenangan Balik Cuti Msia -(Pt 2)

11 comments:

  1. Assalammualaikum Mamasya...laksa lemak tu bukan laksam ke? Kak pb ramai sedara mara kat Trengganu dan hubby juga pernah bersuara nak cari rumah area Trengganu, dekat skit nak balik Kelantan (esok2 bila nak pencen kot)
    Kak pb suka Trengganu kerana pulaunya dan bnyk tempat melancong. Header blog kak pb tu masa pegi Pantai Penarik/Permaisuri dulu, tapi Batu Buruk dah lama tak jejak, entah bila boleh kesana.

    ReplyDelete
  2. kalau dah merantau akan terasa kerinduan makanan sendiri kan

    ReplyDelete
  3. salam mamasya,syoknya kak noor tnegok mamasya dok jenjlan tu best kan ada laksa lemak,shopping batik dan segala macam buat kak nOor rindu jugak nak balik kampong ni ...

    ReplyDelete
  4. semua makanan dan tempat yg akak pegi buatkan sy rindu dkt tganu. dlu 6 thn sy bljr + ngajar dkt sna. dr x reti mkn kepok rebus smpai jd suka. cuma 1 je sy x mkn. budu..! :)

    ReplyDelete
  5. assalam
    rambang mata nih tgk kain2 pasang yg lawa2 tu he he
    mula2 g Trengganu masa thn 1991 rombongan sekolah best sgt , tgk tmpt wat batik,masuk pasar tu yg mcm2 ada he he

    ReplyDelete
  6. Salam. Kak Mamasya, cantiknya keindahan pantai Di Terengganu. Nur belum pernah jejak lagi ke sana.. Sure rambang mata bila tengok baju2 sutera yg cantik tu.. Lepas ni kena plan nak bercuti kt sini. Terliur tgk tapai pulut balut dgn daun getah tu. :)

    ReplyDelete
  7. Waw...macam-macam ada...menariknya dasi dagang ganu itew..sedap..

    ReplyDelete
  8. alahaiiii, windunye nak blk ganu&kelate.

    ReplyDelete
  9. Assalam Ziela..
    aduhaiii.. rasa macam nak nangis jer tgk semua makanan kat atas tu.... semuanya sedap2 belaka weeeii.. hehe.. lama sgt2 dah ratna tak pegi ke KT tu.. rindu nak ronda2 pasar payang.. kalau blk ganu pun setakat dungun jer.. cuti tak cukup.. kat dungun pun ramai sedara nak kena lawat.. tu yg tak cukup masa tu..

    rambang mata kalau pg pasar payang kan.. mana dgn makanan2 basah & keringnya yg sgt2 nostalgia... rindu nak makan rojak kateh, semang, kerepek sagu, nasi dagang, jeruk stapi, aishh.. mcm2 lagi kalau nak sebut mmg tak abis.. hihi.. mana dgn kain yang lawa2 lagi kat belah atas tu... mmg kena bwk duit seguni.. kekekeke...

    ReplyDelete
  10. Salam Mama..
    seronoknya cuti2 Msia.. rindu tgk pasar mcm tu. bln 10 ni insyaallah nak balik cuti2 msia juga, balik kl, klate dan penang. tiap2 kali balik mesti nak ke pasar siti khadijah :)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum sis...

    Berminat dengan sutera?

    Sila like page

    FB : TSUKI MOON SHOP
    INSTAGRAM : TSUKI MOON SHOP
    EMAIL : TSUKIMOONBULAN@GMAIL.COM
    SMS/WHATSAPP : 017-6052330

    THANKS.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.