Pages

Friday, May 25, 2012

Nasi Beriani Massala & Gulai Daging Unta




Assalammualaikum buat semua...
Sambungan dari masak Ayam Goreng Berempah Beriani dlm entry kat bawah, Ayam Goreng Berempah Beriani dipadankan dgn Nasi Beriani Massala dgn Gulai Daging Unta dan acar. Daging unta.....merasalah mkn bila dok negara Arab. Di sini ada jual timbang mcm daging lembu.Harga daging unta tak lah mahal dlm 35LE perkg/RM17. Masak set nasi beriani ini utk mkn kami sekeluarga.....sbbnya mama suka nasi ada perisa...mcm nasi tempat kenduri.


Rempah Nasi Beriani Massala beli masa balik cuti Feb lepas di Pasar Payang...beli rempah yg peket dan timbang juga. Rempah dlm peket dah siap resepi tp ubah suai sedikit resepi ikut citarasa sendiri spt di bawah

Nasi Beriani Massala
Olahan; Dapurmamasya

Bahan
3 cwn beras bathmati [basuh dan toskan]
1 1/2 s/b rempah beriani [bancuh dgn sedikit air]
1 biji buah tomato [potong dadu] + 2 sb tomato puri/boleh ganti dg tomato sos
setangkai daun ketumbar- potong
setangkai daun pudina - potong (pilihan)
1/2 cwn susu cair
2 sb susu pekat
2 sb minyak sapi
1 sb minyak masak + 1 sb butter/planta
1/2 biji air limau sunkist
1 sk saffron/ kunyit serbuk/pewarna kuning - bancuh dg sikit air
3-4 cwn air
1 helai daun pandan
1/2 cwn kismis

bahan A yg dimayang
3 ulas bawang merah - ptg tipis
2 ulas bawang putih ptg tipis
1 cm halia ptg tipis

Bahan tumis
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara.
1. Panaskan minyak, butter dan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan rempah *4 beradik/bahan tumis dan daun pandan hingga wangi.
2. Kemudian masukkan semua bahan A dan kacau. Masakkan sehingga kekuningan.
3. Masukkan rempah yg dibancuh dgn air dan tumis hingga pecah minyak. dan masukkan daun ketumbar yg dipotong kasar dan buah tomato.
4. Masukkan air,susu cair, tomato puri, susu pekat,kunyit/pewarna dan kismis . Biarkan mendidih sekejap.
5. Masukkan beras dan boleh pindahkan dlm rice cooker ataupun terus masak atas dapur.
6. Bila telah kering karehkan nasi perlahan supaya beras tak patah.Utk nasi masak elok tutup dg aluminium foil, barulah tudung periuk.biarkan betul2 masak. taburkan daun pudina.


Nasi Beriani Massala siap dihidangkan


Ni kali pertama masak daging unta...ingatkan dagingnya liat dan ambil masa lama memasak tp rupanya taklah lama sgt. Dagingnya pun elok tk berlemak langsung. Masak daging unta guna resepi gulai kawah dari Fp k.Liza, gulai kawah ni guna rempah gulai kawah yg juga beli di Pasar Payang tp rempahnya tak merah....mcm rempah kurma itu nampak gulai tak merah dan tak letak byk cili kering sbb cili kering yg mama angkut dr Msia ni pedas...letak lebih nanti anak2 tak mkn.

DAGING GULAI KAWAH
Sumber; Fp k.Liza
Oleh; Dapurmamasya

Bahan
500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]- guna daging unta
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering - letak 8 tangkai je
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE - ganti rempah gulai kawah
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE - ganti rempah gulai kawah
7 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.


Gulai kawah Daging Unta....rasa daging unta mcm daging lembu, kalau tak cakap daging unta mmg tak dpt bezakan rasanya bila dah mkn....

buat juga acar...


Masak2 utk keluarga.....Nasi Beriani Massala,Ayam Goreng Berempah Beriani, Gulai kawah Daging Unta dan acar

13 comments:

  1. salam mamasya, kalau dpt sepinggan memang dpt layan lagi ni walaupun hakikat nya akak skrg baru je siap makan hehee mantop lah

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum mamasya...
    Wah sgt menyelerakan lauk pauk kat atas tu... Daging unta sedap yer ? Diana x pernah lg makan daging unta...

    ReplyDelete
  3. salam mamasya..... wah sedap nyer... mmg menyelerakan....

    ReplyDelete
  4. Macam manalah agaknya rasa daging unta ni ye....

    ReplyDelete
  5. sedap tgk nsi tu...masala2 ni QH suka...tp daging rusa xmkn la pulak...hihi

    ReplyDelete
  6. Salam mamasya.... hadoii sambil membaca dok telan air masak aje sebab kecur hahahaa.. wahh mesti sedapkan daging unta dan nasi masala tu hadoii.. mana nak cari.. kalau bunting ni alamatnya ngencess ajelah jawabnya.. mujur tak bunting... teringin pulak nak merasa...

    ReplyDelete
  7. hwaaa...syedapnya ns beriyani siap ada gulai daging unta tuuu...boleh imagine je la kan... nak makan daging unta tuuu entah bila la ye

    ReplyDelete
  8. Salam Mamasya: wah mengancam beno menu hari nii...mana lak nak cari daging unta kat kl ni ye!!

    ReplyDelete
  9. mmg zila jakun dgn daging unta..camnelah rasanya tue..mesti sedap kan:)

    ReplyDelete
  10. Salam Mama..
    amboi patutlah wangi sangat rupanya mama masak nasi beriani siap buat gulai kawah daging unta lagi.. perghh!! kat sini ada jual daging kanggaroo. agak2 sedap ke buat gulai? :)

    ReplyDelete
  11. dekat mana boleh sy dapat daging unta di malaysia. saya nak penuhi hajad nenek saya. dh byk kali dia minta. saya memohon jasa baik semua dimana saya boleh dpt dgg unta di malaysia. dh byk tempat pergi semua kata tiada. pls email me mizanlopez@gmail.com or sms 016 97 510 71

    ReplyDelete
  12. Salam..sape2 tau mn nk dptkan daging unta ni tlg emel sy ita.hma@gmail.com...dpt sekilo pown jd laa..mencari nk tunaikan permintaan org ngidam..takut kempunan lak nti

    ReplyDelete
  13. Salam..sape2 tau mn nk dptkan daging unta ni tlg emel sy ita.hma@gmail.com...dpt sekilo pown jd laa..mencari nk tunaikan permintaan org ngidam..takut kempunan lak nti

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.