Pages

Thursday, May 24, 2012

Ayam Goreng Berempah Beriani



Assalammualaikum semua dan terimakasih buat yg dtg berkunjung ke Dapurmamasya
Habis kisah puding karamel, hari ni nak kongsi ayam Goreng Berempah Beriani yg dimasak bulan lepas lagi baru sempat update. Ayam Goreng Berempah Beriani ni masak utk padankan dgn nasi beriani....nanti akan dikongsi kemudian....hari ni tayang lauk ayam dulu.Oleh kerana semua bahan2 utama yg digunakan spt daun kari dan rempah beriani baru beli masa balik cuti lepas itu yg rajin nak mencuba resepi ni dan juga berkenan tengok ayam ni di blog DayangJack nampak menyelerakan.T.kasih Dj kongsi resepi.

Ayam Goreng Berempah Beriani
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Oleh; Dapurmamasya
bahan-bahan :

1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
2 tangkai daun kari
2 sudu besar tepung jagung (DJ guna tepung goreng kfc)
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar rempah kari daging
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk cili (-/+)
sedikit air sejuk (jika perlu)
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan pes asam jawa
garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :

6-7 batang serai
6 biji bawang merah
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
4 ulas bawang putih

Cara-cara :
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.
***ayam ni sebelum diperap bersama perencahnya, DJ rebus 1/2 masak terlebih dahulu dan kemudian ditoskan dan barulah diperap. Ini utk mempercepatkan lagi masa memasak dan mengelakkan ia terhangus. - mama perap dan goreng dgn api sed perlahan dan balikkan selalu takut hangus


mmg terasa rempah ayam gorengan ni..............

9 comments:

  1. asslm Mamasya...sedapnye..klau QH ni xsempat nk dbuat lauk...buat ratah2 gitu aje ni...hehe

    ReplyDelete
  2. Mak ai...cm terbau2 lak wangi rempah tu smpai ke mesia... Menarik ni, harus kalu buat kena dabel, sbb mesti berketul2 kena ngap panas2, smbil goreng smbil ngap..xdan nk mkn ngan nasi....keke...

    ReplyDelete
  3. mesti wangi kan..zila pun dh pernah cuba..tp x sempat nk amik pic..ank dh x sabar nk makan..he hehe ayam akk nie bau wangi sampai kt msia..:)

    ReplyDelete
  4. salam kenal mamasya...sedapnye ayam goreng ni ratah mcm tu je dah best

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum mamasya>>
    kalau anak2 nani, ayam goreng berempah ni diorang ratah saja.. bila makan ngan nasi lemak atau nasi biasa diorang tak usik pun ayam.. dah abis makan nasi baru diorang dok mengonyeh ratah ayam.. ehehehe.. sure wangi semerbak dlm rumah time goreng ayam ni kan..

    ReplyDelete
  6. terusa teringat nasi putih panass kak, selera boleh terangkat terus..

    ReplyDelete
  7. salam mamasya, sedap dan ranggup nampak ayam tu mesti akak nak cuba jugak suatu hari makan dgn nasi lemak sedap ni kan selain nasi briani hehe nak derhaka lah tu kan heee

    ReplyDelete
  8. salam, sedapnya ayam berempah mkn dgn nasi beriani pulak tu..rajinnya..(resepi kehidupanku)

    ReplyDelete
  9. Ayam tu mmg nampak sedap sesangat ler mamasya... Ayam gini buat ratah jer pun sedap..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.