Pages

Wednesday, May 23, 2012

Kek Puding Karamel




Assalammualaikum buat semua
Hari ni nak kongsi Kek Puding Karamel yg dibuat hari ahad lepas tempahan dari seorg kawan.Dah lama tak buat kek ni, kali akhir buat kek puding karamel ni pada penghujung 2010, masa itu tgh baru-baru hangat dgn musim kek puding karamel ni. Sekali itu aje buatnya...sekadar cukup utk merasa,nak buat lagi malasnya. tp kek puding karamel mmg sedapkan... sbb itu ramai yg dah mencuba. Dan bila ada kawan2 tayang kat blog masing2, teringin nak mkn... tp asyik bertangguh itu yg tak buat-buat.


Dan beberapa minggu lepas ada kwn yg menempah kek puding karamel ni, seminggu lepas tu mama ada buat kek karamel ni, kek elok jadinya tp part puding tu tak puas hati...sebhgnya agak lembik..mcm cair gitu bila diterbalikkan.Mungkin tak cukup masa memasak atau air tak isi secukupnya dlm dulang utk double boiler dan satu lagi loyang masih panas mama dah terbalikkan kek....apatah loyang yg digunakan pula agak tebal jadi lambat sejuk.Bila tak jadi bertangguh lagi nak buat, till hari Ahad lepas baru mencuba semula. Dan kali ni puas hati dgn hasilnya...pudingpun elok tak lembik spt sebelum ini. Kali ni tunggu betul2 sejuk baru terbalikkan.
Untuk resepi lebih kurang sama je yg mama buat sebelum ni, cuma kali ni rujuk resepi dari blog Ena Lovely Kitchen sbb lebih detail penjelasannya dan ada step by step.T.kasih Ena atas penerangan resepi ini.

RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI
Sumber; Ena Lovely Kitchen , asal Pn Munira Baharum
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:

2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)- letak 2 sb gula
Loyang 8 inci / 20cm - mama guna 9 inci

Cara-cara:
Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.- mama tabur gula merata atas loyang
Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.
Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang
Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Bahan-bahan untuk Puding
400ml fresh milk / susu cair
3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
2 biji telur
140 gram gula castor
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:

Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih seperti
Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan 1.

Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)
6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
70 gram gula castor - letak 60 gm
1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara:
Pukul putih telur sehingga berbuih.
Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.

Adunan 2 :
3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
130 ml air
50 ml minyak masak
70 gram gula castor - letak 60 gm
140 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Cara-cara:
1.Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
2.Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
3.Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang.Matikan mixer.
4.Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
5. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 . Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata6. secara kaup balik.
7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.Warnakan dengan warna pilihan anda.
8. Sudukan ke dalam loyang puding tadi secara selang seli. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding . Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
9. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
10. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.-mama bakar guna api 170 degree selama 40 min api bawah saja. tambah 10 min api atas bawah.suhu bergantung pd oven masing2
11. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
12. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
13. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
14. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.

Untuk memudahkan pemahaman Cara Membuat Layer Pelangi seperti di bawah:
4 sudu besar purple diletakkan di atas adunan puding
4 sudu besar hijau diletakkan di tengah adunan purple
4 sudu besar merah di letakkan di tengan adunan hijau
ulang sebanyak 2 kali lagi - mama guna 2 senduk kecil utk setiap kali lapisan

3 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah
3 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
3 sudu besar merah di letak atas adunan hijau
ulang sebanyak 3 kali lagi - mama guna 1 1/2 senduk kecil utk setiap kali lapisan

2 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah
2 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple
2 sudu besar merah di letak atas adunan hijau
ulang sebanyak 2 kali lagi- mama guna 1 senduk kecil utk setiap kali lapisan 1 sudu besar purple diletakkan atas adunan merah 1 sudu besar hijau diletakkan atas adunan purple 1 sudu besar merah di letak atas adunan hijau buat sehingga habis semua adunan.


Nilah rupa paras kek karamel yg dibuat sebelum ni, bhg pudingnya agak lembik...


wpun lembik tp licin juga...sbbnya kek ni mmg sedapkan apatah lagi bila mkn masa sejuk....yummmm....

DSC_7000_zps9f49090b

Kek Puding Karamel yg ditempah oleh kwn mama...moga puas hati dgn kek ini dan maaf sbb lambat buat kek yg dipesan.kalau mama tokeh kek confirm pelanggan dah lama cabut sbb kek lambat siap....

26 comments:

  1. waduh waduh, cantiknya dear. I buat baru ni, jadi retak lah. Tak tahulah kot masa melorek ke atau dikeluarkan cepat sangat dari acuan. cantik cantik sungguh teruja.

    ReplyDelete
  2. assalam Mamasya
    cantik dan karemel yg tebal memang mabeles
    memang sedap kek ni kan, sapa rasa mesti nak lagi he he
    sy pun skrg ambik order sikit2 kek ni, seronok pulak membuatnya tu he he cam ketagihlah

    ReplyDelete
  3. salam mamasya
    whh kita pun lama x buat la..pernah buat 2 tiga kali jgk..mmg sedap..yg nie versi kramel tebal kan..mmg best:) cantik jew akk layer..

    ReplyDelete
  4. salam mama..
    wahh kagum lah.. mmg nampak cantik dan sedap.. yumm yumm :)

    ReplyDelete
  5. Salam mamasya, nampak sedap la, saya pun suka buat kek ni mmg best kalau d makan sejuk : )

    ReplyDelete
  6. Assalam Mamasya cayang yg jauh di sinuuunn...hehe. Kemain pepagi menayang kek puding caramel ni haa....tergugat iman dibuatnya.... Eh cantik jer..walaupun lembik mesti lagi sedap kaann...dah licin tuuu la tandanya sedap..hehe

    ReplyDelete
  7. Salam Mamasya...
    rajin nyer.. mama blm pernah buat lagi kek puding karamel nie
    entah lah mungkin kerana bila tgk mcm rumit jer!

    ReplyDelete
  8. sama dengan mama hawa tak dde keberaniaan nak membuatnya ,cantik kek tu kak

    ReplyDelete
  9. bestnyer......nak try jugak la......

    ReplyDelete
  10. mamasya, menawan sungguh karamel mu itu...mmg layak untuk ambik tempahan...

    ReplyDelete
  11. Salam Mamasya hadoi cantik kek tu.. tak pernah merasa, tak pernah mencuba... mesti sedapkan.. lembut caramel tu.. dengan kek tu lagi wahh mewah rasanya... :)) sedapnya..

    ReplyDelete
  12. cantik nya pudding, Melly pun selalu ingin buat tapi belum sempat.. pasti enak yah. ;)

    ReplyDelete
  13. Waaaa...my favourite..nak!! Nak beli memang jarang ada jual..penah jumpa sekali je kat restoren nasi kerabu kat sebelah 7-eleven tu. Mmg sedap...

    ReplyDelete
  14. salam mamasya...tulah aima pernah gak cuba first time hari tu sama experience yang dialami, then buat second time baru jadi...memang best tapi manis skit...

    ReplyDelete
  15. Assalam kak, cantik tgk kek karamel akak ni...saya suka mkn tapi malas nak buat..dulu pernah buat sekali jer kalau buat ni sure saya sorang jer yg ulang mkn..hehe

    ReplyDelete
  16. salam mamasya cantik nya kejadian kek karamel ni rajin lah sedappp ni pasti nya...

    ReplyDelete
  17. Aslmkm Mamasya. Rata2 dah buat ni... Along jer yg belum. Esuk birthday Liana tau...

    ReplyDelete
  18. Ok la tu kak cantik kek tu. Mungkin juga sebab kita ni bukan sepenuh masa baking, kadangkala mood tu tak datang...macam sy skrg ni mood membaking tu kureng skit, byk kerja lain nak buat...si Nad tempah tat coklat dr last week, baru mlm tadi sy buatkan kul 12 tgh mlm siap. Syiann dia preggy..

    ReplyDelete
  19. Cantik sungguh kek puding karamel ni. So colourful...

    ReplyDelete
  20. NAK TEMPAH KEK PUDING KARAMEL BOLEH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Winda, buat masa skrg mamasya tak ambil tempahan

      Delete
  21. sedapnyaaaa......makan time sejuk.....haritu beli dekat kedai mmg saya sorang je habiskan..

    ReplyDelete
  22. 1st time buat, menjadi...best sgt...lps tu ketagih asyik buat byk kali smpai kwn2 tempah...cuma ada sekali meringue x menjadi..huhuu cair...x tau silap putih telur ke atau silap tang mana...x dpt dikesan...sekali tu je x menjadi...lps2 tu buat lagi ok je...thank you for sharing..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.