klik Nuffnang

Monday, December 6, 2010

Kek Karamel & Slmt Menyambut Awal Muharam 1432H

Sebelum citer tentang entry hari ni...nak ucapkan selamat menyambut Awal Muharam 1432 Hijrah...jgn lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun. Semoga tahun hijrah yang baru membawa kita ke arah penghijrahan yang lebih baik. Moga Allah melimpahkan kita keberkatanNya dalam apa jua yang kita lakukan, dilimpahkan kebahgiaan dan kesihatan yg baik jua dimurahkan rezki. Juga slmt bercuti esok buat semua....



Sambung citer..mula2 tengok Kek karamel ni di blog Ida@Dapur Kecilku terus terpikat, tambah pula tengok blog Ana Qawina lepas tu blog Hana kemudian blog K.Zai @ Dapur Impian dan ramai lagi yg dah cuba. Ni tak boleh jadi harus dicuba juga.



Buat hari sabtu 2 hari lepas....pagi2 sebelum sarapan dah mengodek kek....betul2 semangat mambaking .Ubah sikit utk part gula gula hangus .. tak buat gula hangus tp gantikan dgn madu.

RESEPI KEK KARAMEL
Sumber : Fb Pn. Munira

(A)-Gula Hangus

* 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
* *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
* Ketepikan dulu

- gantikan dgn madu.letak 2 sb tp manis..lain kali kurangkan.ratakan atas loyang.

(B) - Bahagian Atas

* 1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
* 70 gm gula kastor
* 1/2 sudu teh esen vanila
* 3 bj kuning telur...(kalau tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek

* 140 gm tepung gandum
* 70 gm gula kastor
* 3 bj kuning telur
* 135 ml air biasa
* 1 sudu teh baking powder
* 45 ml minyak msk

(D) Merinque

* 6 bj putih telur
* 70 gm gula kastor
* 1 sudu teh krim of tartar

TAMBAHAN : 2 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS..kek lebih lembut & sedap (",)
Cara membuatnya:

* Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
* masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi..ketepikan.
* pukul bahan (C) *Ana guna senduk je..ketepikan.(masa ni bolehla tambah susu pekat manis tu)
* pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...
* campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
* bahgikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..
* masukkan kedlm loyang yg ada gula hangus tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang
* Bakar cara double boiling - selama 1 jam suhu 160-180'C
* Bila masak angkat & rehatkan 10 minit baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...
* Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2.

Sedap dimakan sejuk & tahan selama 5 hari di dalam peti ais



sebelum masak



dah masak..



Sedap kek ni tambah makan sejuk2...customer no 1@mr husben pun cakap sedap.Cuma tak puas hati bhg karamel...tak cantik sbb warna kek dah termasuk di karamel.
(Untuk kek karamel yg terkini dan lebih elok jadinya boleh tengok di sini; )

7 comments:

  1. Adehhhhhh...

    Cantiknya kejadian kek ni.

    ReplyDelete
  2. cantiklah kek tu..teringin nak buat tapi tak yakinlah pulak ...takut tak jadi...

    ReplyDelete
  3. salam maal hijrah mama...menarik dan tertarik tgk pelangi kek tu...cantik..sure sedap kan..:)

    ReplyDelete
  4. salam maal hijrah buat mamasya & family.
    Kita juga yang masih belum cuba kek puding caramel ni..

    ReplyDelete
  5. wah...tak jemput kita mkn kek sedap..tak acii...

    ReplyDelete
  6. salam perkenalan,
    Terima Kasih kerana kongsi resepi best2. sy suka cuba masakan baru...
    Selamat bercuti kak!Moga happy sokmo!!!!
    seronok klau dpt blik kg -Klate with love

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2