klik Nuffnang

Friday, December 3, 2010

Kuih Bingka Labu



Dah seminggu jiran bagi labu...letak dulu atas kabinet, tak ada idea nak masak apa.Sebelum ni dah buat kuih talam...kali ni nak cuba buat kuih lain pula. Bila cari kat internet jumpalah resepi bingka labu...cukup sebijik labu dihabiskan. Masak belah mlm...esok tgh harinya potong bawa ke office sikit dan buat minum ptg di rumah.Hulur juga untuk jiran yang bagi buat labu untuk rasa hasil buah labu yg diberikan.



Kuih Bingka Labu
sumber; myr resepi@ CMG yg femes..tk CMG!

Bahan-bahan

* 5 biji telur Gred A
* 200 ml air
* 300 ml pati santan - guna 1 pkt santan debu jadikan 300 ml santan
* 200 g tepung gandum
* 180 g gula halus - guna gula biasa
* 1/2 camca teh garam
* 1 camca teh esen vanilla
* 450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus

Cara-cara

1.Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.

2.Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.

3.Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.

4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

nota dapur
Tabur bijan yg dah sagai bila bingka separuh masak.Lepas 40 min, tambahkan lagi masa bakar guna api atas bawah sbb nak bagi bah atas kuih bingka garing sikit.



kuih bingka labu ni....keputusannya puas hati mencuba sbb sedappppp....apatah lagi bahagian atas yg agak garing..hangit tu.....

2 comments:

  1. Salam Mama...

    Sedapnya nampak bingka nih..k Noor tak pernah makan lg bingka labu (jakun nya akak !). Nampak sedapp..nanti bila2 bole la try.
    ..mintak izin nak link blog mama ye..tqvm

    ReplyDelete
  2. Salam Mama....

    Bingka Labu Oh! Bingka Labu....Betul2 Membuat Hatiku Tergoda!

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2