klik Nuffnang
Monday, December 20, 2010
Pernah makan ubi kemili tak ?
Masa balik kg raya haji yang lalu, mak bagi ubi kemili dan beberapa jenis ubi lagi. Mmg tiap kali kalau balik kg hujung tahun mak akan bagi ubi kemili...mak beli dari org kg. Ubi kemili ni biasa rebus makan gitu je...rasanya tak manis berbanding dgn ubi keledek.
Teringat masa dulu-dulu...biasanya sebelum musim tengkujuh mak dah beli siap2 ubi kemili buat stok...itupun kalau yg ditanam tak menjadi. Musim tengkujuh yg biasanya jatuh masa cuti sekolah...mak akan rebus ubi kemili buat makan ptg , maklumlah bila hujan duduk dalam rumah tak kemana-mana...mulut nak ngunyah...makanan lain masa tu mana nak ada macam skrg....kedaipun bukannya dekat.
kalau kat kg kami panggil ubi ni ubi keling tp bila search kat wikipedia....baru tahu ubi ni dipanggil pokok galak tua...
Info dari wikipedia
Pokok Galak Tua adalah sejenis pokok yang terdapat di hutan Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Ubi Kemili, Pokok Seratus, Stemona, Pecah Kelambu.
Pokok Galak Tua merupakan sejenis herba menjalar yang mepunyai ubi yang lembut. Daunnya seakan -akan daun ubi jaga bezanya daun galak tua lebih bulat dan daun ubi jaga lebih lonjong. Ubinya berwarna putih dan bersaiz lebih kurang sebesar pensil dengan panjangnya lebih kurang 1 meter. Ia boleh dikunyah seperti tebu dan mempunyai rasa manis dan pedas. Mengandungi alkaloid stemona.
Pokok ini berasal dari Madagaskar atau Afrika tropika dan tersebar hingga ke Sri Lanka, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Ia adalah sejenis herba saka berumpun, setinggi 60 hingga 90 sm dan ditanam sebagai tanaman semusim. Batangnya lembut, semi-sukulen, bersegi empat, pubesen, melentur atau menegak dan tumbuh pada buku ruas bahagian bawah pohon yang ditumbuhi akar.
Daunnya ovat hingga sub-orbikular, bes kuneat, tepi daun bergerigi kasar, berukuran 2 hingga 6 sm panjang, 1.5 hingga 4 sm lebar dan berwarna hijau muda. Daun ini beraroma apabila diramas. Infloresen terminal, berjambak tegak, berbunga banyak, kecil dan berwarna keunguan.
Herba ini berubi dan rupanya seakan-akan ubi kentang. Ubi ini berukuran 2 hingga 4 sm panjang, 0.5 hingga 2 sm lebar, berwarna hitam keperangan dan isinya berwarna putih susu
Label:
Pelbagai Makanan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
adoii sedapnya ziela... aritu blk raya kat dungun cari2 juga kt pasar.. tp dah time raya byk kedai yg tutup.. rindu nak mkn... sedap mkn gaul dengan kelapa parut muda campur garam & gula... meleleh air liur dah ni.. heee..
ReplyDeleteSalam ziela,
ReplyDeleterasanya baru 1st time nur tengok ubi ni...kira2 jakun juga ni..hehe...kalau dah sebut ubi mesti sedap kan..nur kat sini jarang mkn ubi..nur suka ubi goreng.
salam.. mak eppoe sangat suke makan ubi ni.. sebab sedap!
ReplyDeletekalo kat tempat eppoe, kitorang tak panggil nama ubi ni ubi kemili.. tapi kitorang panggil ubi keling. *xtau mcm mana leh dapat nama tu.