klik Nuffnang

Thursday, December 23, 2010

Masak Lemak Telur Itik



Masak lemak telur ni dah lama buat tp baru sampai giliran update dlm blog. Telur itik tu minta tlg dgn kawan sepejabat yg pulang kg belikan. Telur itik masak lemak antara lauk kegemaran.Hero mama yg no 3 pun suka masak lemak telur ini.

Masak Lemak Telur Itik

Bahan

5 biji telur
*1 inci lengkuas
*2 inci kunyit hidup - kalau kuah kurang kuning tambah sikit kunyit serbuk
*4 biji bawang merah
* 1 sudu besar cili kering yg diblended/cili segar pun boleh
1 btg serai diketok
1 pkt santan - sederhana pekat
garam (ikut rasa),asam keping sekeping
2 biji cili hijau,kacang pjg

Cara-cara

1. Semua bahan * ditumbuk/diblender sampai lumat.
2.Masukkan bahan yg ditumbuk lumat , serai,asam keping, garam dlm periuk besar dan masukkan santan dan biarkan mendidih sekejab,.Perlahankan api.
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacang panjang .
4.Kacau perlahan agar santan tak berketul hingga telur masak.Masukkan cili hijau..kacau kejap..siap utk dimakan.

3 comments:

  1. Ni my son punya favourite...
    Penah satu ketika I standby je telur itik byk2 sbb anak asyik suruh buat.Sekarang badan dia dah berisi so I masak singgang je!

    ReplyDelete
  2. bkn hero2 ziela jer suka telur itik nih..heroin i, sumer berantu kalo dpt lemak itik...

    ReplyDelete
  3. wah my favourite lauk ni..kita boleh makan 2 biji sekali hadap..hehe..sedappp..

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2