Pages

Tuesday, July 31, 2012

Bamia Daging Masakan Arab



Assalammualaikum dan slmt menjalani ibadah puasa buat semua
Untuk entry hari ni nak kongsi masakan daging yg dimasak pada 6 Ramadan yg lepas iaitu Bamia Daging atau bamya(Meat and Okra Stew)...daging yg dimasak dlm sos tomato bersama dg bendi/okra dan kacang peas. Masakan ni sebenarnya dah lama teringin nak mencuba setelah pertama kali mkn beberapa bulan lepas...dimana lauk daging ini dibeli di sebuah C4 di Alex semasa ke sana ;C4 dan sesetgh supermarket di sini ada section yg menjual nasi dan pelbagai lauk utk tapau sahaja. Bila mkn ...rasa sedap pula....kena dg selera tp sayang tak bertanya apa nama masakan dan bila pergi kali ke2 dah tukar menu yg lain. Cuba cari resepi daging dalam google dgn berbekalkan perkataan recipe meat and okra...dpt beberapa resepi.Berkenan dg resepi dari sumber blog pelancongan Egypt sbb tengok bahan2nya semua ada di rumah. Menurut info di blog itu, masakan ni terkenal di Timur Tengah dan boleh digantikan daging dg kambing.


Dan bila dah siap masak...tak sabar tunggu waktu berbuka utk merasanya... dan hasilnya sedappp..mmg sama rasanya spt yg pernah beli sebelum ini....puas hati sbb dah jumpa resepi yg dicari.Rasanya sikit2 masam sbb ada perahan lemon dan tomato. Bahan2 utk masak bamia daging ni simple je tp suka dengan rasanya. Anak2 pun suka sbb tak pedas....sesuai utk budak2.Resepi asal tak letak kacang peas tp letak sbb nak sama dg yg dibeli dan cara masak pula ikut resepi asal masak dlm oven atau slow cooker. Mama masak atas slow cooker pada mulanya tp sbb slow cooker mcm ada problem pindah atas dapur . Masak agak berkuah sikit sbb anak2 suka kuah. Resepi asal dlm BI dan kongsi sini dlm BM .

Bamya (Meat and Okra Stew)
Sumber; Www.touregypt.net
Oleh; Dapurmamasya

Bahan
1 kg daging kambing atau lembu,potong kiub 1 inci
2 biji bawang besar- cincang halus
2 ulas bawang putih- tumbuk
1 teaspoon(s) jintan manis - tumbuk
tambah 1 teaspoon(s) jintan putih - tumbuk
1 teaspoon(s) ketumbar - tumbuk
2 biji tomato - bunga kulit dan cincang
3 tablespoon(s) tomato paste/puri- letak 4 sb
1 cup(s) stok daging / air/ air + kiub daging, sbyk mana yg diperlukan - tambah air lebih & tambah 4 sbb sos tomato lagi
2 tablespoons daun pudina dicincang(optional)
garam dan lada hitam
750 gm okra/bendi - letak dlm 1/2 kg
juice dari sebiji lemon
tambah 1 cwn green peas

Cara
1. Dalam kuali, panaskan 2-3 sb minyak masak/butter dgn api sederhana panas.
2. Masukkan daging sikit demi sikit dan goreng dlm 10 min atau hingga daging agak kekuningan . tapis daging dan biarkan minyak dlm kuali. Daging dimasukkan dlm periuk.
3. Dalam minyak yg sama masukkan bawang , tambah minyak jika perlu.goreng bawang dalam 8-10 min atau hingga kekuningan.
4. Tambah bawang putih, jintan , ketumbar, tomato cincang, tomato paste/puri dan air/stok. tuang dlm periuk daging.
5. Tutup periuk dan masak hingga daging hampir empuk dgn api yg sed besar. letak garam dan lada sulah.
6. Sementara itu letak sikit minyak dlm kuali. masukkan bendi dan kacau dlm 3 min.
7. Masukkan bendi dan kacang dlm periuk daging.Perahkan lemon dlm periuk,kacau rata.tutup dan biarkan masak.
8. Masak dlm 35 min lagi atau hingga bendi agak empuk.tambah air jika perlu
9. Siap hidangkan panas.


Inilah rupa paras bendi/okra yg dijual di sini.saiznya comei2...dan ada yg sedikit kemerahan.hanya byk dijual pada musim panas. waktu lain kena beli yg frozen.


kena cuba dulu baru tahu rasanya....

TIPS UNTUK BERPUASA DIBULAN RAMADHAN
1)untuk mengurangkan rasa haus,kurangkanlah pengambilan garam dan makanan pedas ketika sahur
2)untuk mengurangkan rasa lapar,elakkan makanan berlemak ketika sahur
3)perbanyakkan memakan makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga sayur-sayuran untuk menahan diri dari berasa lapar sepanjang hari
4)amalkan memakan kurma kerana ia mengandungi nutrien yang penting. jika tidak ambillah sumber makanan tambahan seperti vitamin
5)banyakkan minum air sewktu sahur dan berbuka untuk mengembalikan kehilangan air semasa berpuasa. kekurangan air yang banyak akan menjejaskan kesihatan. Sumber; di sini

16 comments:

  1. Sedapnya Bamia Daging, saya pernah wat 1-2 guna rcp DJ..kalau digandngkan ngan ns arab/hujan panas mmg mabeles.

    Comey jer kacang bendi tuh..tadak rasanya kat Mesia bendi size camtu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Mama,
    Bila dah tinggal di Negara Arab mesti ingin mencuba masakan sana...seronok kan Ma...Kak Lin suka tengok bendi yg comel2 tu...

    ReplyDelete
  3. alahaiii..come come nya bendi dia..

    thanks for sharing the tips dear..

    ReplyDelete
  4. alahai comeynya bendi itu...kat sini mmg x dpt la tgk bendi gitu kak...kecuali bendi bantut...hehe...

    ReplyDelete
  5. salam mamasya
    suka tengok bende tu shummel shummel

    ReplyDelete
  6. Assalam kak, sedap tgk lauk bamia ni..kalau cicah roti pun best gak ni. bendi comel tu byk juga jual sini...suami saya suka mkn tu:)

    ReplyDelete
  7. salam syg mamasya,
    cumil plk tgk bende pendek2 macmtu kan..x pernah jumpa lagi..nk ke arab baru ada kana..he heee..akk klu ganti dgn ayam boleh x masakn nie?.nampak sedapp la.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Mamasya,
    nmpk sedap sngt bamia daging ni, kalau makan dngn roti pun sedapkan...

    ReplyDelete
  9. As salam mamasya...
    comel2 nye bendi..rasa dia sama tak dgn kt m'sia...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Zila,

    eh2 comelnya bendi2 tu...tk pernah terjumpa yg serupa itu
    kalau disini...hehehe..wah bamia...Nur suka bamia sedap mkn
    ngan roti panas2...aduh!!

    Ingatkan Nur sorang yg dh kalah ngan aircond..mamasya pun
    gitu juga ya...dlm bulan puasa nie Nur byk minum airbatu
    sebab tu jadi sejuk badan gaknya...hehehe.

    ReplyDelete
  11. Salam Mama,
    umi beli bendi frozen aje. yg fresh besar2 dah tu mahal!
    menarik resepi ni, boleh try pakai slow cooker ni. yum yumm :)

    ReplyDelete
  12. salam Mama..peliknyer rupa bendi sana yer..comei comei..tadi nekcik tengok alhijrah chef ammar elali..arab..dia ajar masak nasi terbalik..ingat nak cuba nnti

    ReplyDelete
  13. Salam 11 ramadhan mamasya,
    sedap betul nampak bamia daging. makan ngan roti arab ;D
    bendi kat sana comel-comel jer :)

    ReplyDelete
  14. tak pernah makan Bamia..nampak sedap la kak..

    ReplyDelete
  15. salam...saya amik resepi ni yer..nak cuba buat la...

    ReplyDelete
  16. Salam..
    Mintak kebenaran nak share..
    http://alniyaz.blogspot.com/p/resepi-masakan.html
    tQ!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.