Pages

Wednesday, August 1, 2012

Ayam Bakar Berempah & Tips Berguna Di dapur



Assalammualaikum buat semua...moga sihat dan sejahtera.
Skrg ni sahur lewat sikit sbb subuhpun dah lewat sikit...3.36 pg dan berbuka pula dah semakin awal dlm 6.49 ptg.Bila berbuka awal anak2 seronok...cakap awalnya berbuka dan tambah seronok jika ada lauk kegemaran mereka sewaktu berbuka....antaranya lauk ayam bakar.


Untuk lauk ayam bakar....kali ni nak kongsi Ayam bakar berempah yg juga dimasak pada 6 Ramadan bersama dg daging bamia. dah 2-3 kali buat tp sebelum ini tak sempat nak posing....kali ni posing betul2 sementara nunggu waktu berbuka.Sedap ayam bakar berempah ini, dah jadi kegemaran kami sekeluarga. T.kasih empunya resepi. Resepi asal guna kepak tp mama guna bhg chicken leg. Ada tambah sikit bahannya spt dibawah.
Ayam bakar berempah
Sumber; Umie MYR
Olahan ; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 4 orang makan )
1 kilo kepak ayam- guna bhg peha ayam
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu makan serbuk jintan kasar
1 sudu makan serbuk jintan halus
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan gula - ganti dg madu
1 sudu makan kicap pekat
garam secukup rasa - letak anggaran dlm 1 sb paras
- yg mama tambah;
1 sb sos tiram
1 sk lada hitam
minyak zaitun/butter - sapu masa bakar ayam

Cara-cara
Bersihkan kepak/bhg ayam dan toskan
Bawang besar+bawang putih+halia diblend/tumbuk. Campurkan kesemua bahan yang lain bersama bahan yang telah diblend ke dalam mangkok besar (yg boleh muatkan kesemua kepak ayam)
Gaulkan kepak/bhg ayam ke dalam bancuhan bahan tadi
Perap ayam seketika atau ikut lama yang disukai (makin lama makin sedap)
Bakar kepak/bhg ayam dalam oven selama lebih kurang 45mins atau hingga masak . sapu butter/minyak semasa nak bakar..
note; mama bakar api atas bawah 200'C sampai masak


Ayam bakar berempah ni kena perap lama sikit barulah mesra terasa ayamnya dan nak bagi kilat ayam kalau suka boleh sapu butter /minyak

Tips Berguna Di dapur

(gambar hiasan semata)

1.Masakan Termasin Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :- Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya. Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.

2.Merasa Makanan di Bulan Puasa Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya. Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuha tersebut tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis.

3. Memutih Nasi Letakkan satu sudu kecil air limau nipis pada nasi yang hendak dimasak.

4.Memasak Nasi yang Mentah< Isi air di dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutup periuk dan perlahankan api hingga nasi masak.

5. Mengelakkan Nasi Hangit Nasi yang dimasak akan menjadi kurang enak jika didapati hangit. Caranya, sebelum memasak nasi, masukkan satu sudu kecil marjerin ke dalam periuk.
Sumber dan lagi tips tentang nasi boleh baca sini.

14 comments:

  1. Assalam kak, wahh awalnya berbuka disana..kami kat sini subuh jam 3pagi, maghrib dah awal sikit kul 10mlm. sedap tgk ayam bakar tu...ratah gitu pun best tu. tq sharing tips tu kak:)

    ReplyDelete
  2. assalam mamasya..sedapnya ayam panggang..ratah gitu aje pun bleh licin ni hehehe

    Petua/tips yg sangat berguna.Terima kasih sudi kongsikan...

    ReplyDelete
  3. As salam kak.
    ayam tu kan nmpk sedap tau...mmg hari nie nak try bakar ayam...tp bahan2 yg serbuk rempah ratus tu...x de plak...yg ada nya bhn aslinya...mcm biji ketumbar jintan mnis...so klau kita sangai dan blend jdi serbuk bole guna kan mcm tu?

    sy suka tang tips no.2 tu...x penah dengar dan x tau ada petua mcm tu...slalu main agak je...tp bulan puasa nie..masak pun kuantitinya sikit je...jdi kdang x dapat agak juga...thx ye kak bgi tips tu.:)

    ReplyDelete
  4. ayam nakar tu nampak basah kan Mamasya... pandainya Mamasya bakar... suka hasil ayam bakar begini.

    ReplyDelete
  5. assalam
    kat rumah ni kalu ayam tu hari2 kena ada, budak2 makannya ayam je sampai muak tgk he he
    tp kalu bakar gini teringin jg mamanya

    ReplyDelete
  6. skrang ni ucu dah x boleh makan dlm oven...sbb 2 oven utk kek, nak tak nak kenalah guna yg menual, itupun pakai kuali roti canai saiz kecik...

    dlm banyk2 petua tu..petua no.2 paling susah nak diingat...
    tqvm mamasya...

    ReplyDelete
  7. oooppsss sori ...tersilap taip..bukan makan, tapi masak...hahahaha..ada org makan dlm oven ke..???

    ReplyDelete
  8. MAMASYA..MELIURKAN AYAM AYAM TU..BAGUS BANYAK PETUA YANG DITURUNKAN..

    ReplyDelete
  9. sedapnya kalau makan sahur dapat makan ayam macam ni..

    ReplyDelete
  10. waktu subuh dan waktu berbuka kita hampir sama... Mamasya sedapnye ayam bakar... memang berselera berbuka kalo ada ayam kan... kalau femli FnF, ayam bakar berempah lagi disukai dari ayam goreng berempah... kalo jenis goreng tu buat style kepci tu laaa anak2 suka.

    Tq 4 the tips... ;)

    ReplyDelete
  11. Terima kasih berkongsi resepi. Nyum!!
    Jom singgah tudung akel free shipping nurhijabhouse.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. terima kasih sharing resepi.. nanti nak cuba... tq yerr

    ReplyDelete
  13. Jom jgk blog sy www.momstoreretail.blogspot.com pelbagai supplemen semulajadi.012 7646324

    ReplyDelete
  14. terima kasih tips.simple je resepi.mesti cuba ni

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.