Pages

Monday, July 23, 2012

Ke Tasik Qarun di Faiyum




Assalammualaikum buat semua dan selamat berpuasa.
Utk entry pertama bulan Ramadan ni mama nak kongsi gambar-gambar semasa melawat Tasik Qarun pada Jan lepas, tertangguh lama entry ni....dan rasa sesuai mama kongsikan di bulan yang penuh barakah ini agar sama-sama kita mendapat iktibar...
Iaitu kisah Qarun yg kaya raya, merupakan kaum Nabi Musa yang bersikap sombong serta tamak dan kedekut.....Allah SWT telah memberikan laknatnya kepada Qarun – hingga ditelan bumi akhirnya.Turut tenggelam bersama-samanya ialah segala harta bendanya dengan disaksikan oleh Bani Israel. Bekas runtuhan tapak harta milik Qarun dipercayai telah menjadi sebuah tasik dan ada bekas istana yang dikatakan milik Qarun yg terdapat di Faiyum ini.


Dalam perjalanan...melepasi bgn-bgn perkuburan di kws padang pasir


pintu gerbang menuju Faiyum....dlm sejam lebih perjalanan dari rumah ke sini.


Faiyum merupakan kws pertanian.Pelbagai jenis pertanian dijalankan di sini dengan berbekalkan air dari sungai Nil.


Kenderaan tuk-tuk digunakan di sini sbg pengangkutan penumpang dgn gerai2 di tepi jalan.


Dah sampai di Tasik Qarum yg terbentang luas dan pjg..... sepjg jalan di kws ini ada Tasik Qarun. Satu perasaan yg sukar digambarkan bila melihat Tasik ini.....cuba utk membayangkan harta kekayaan milik Qarun tengelam di sini.....yg kini tinggal menjadi sebuah tasik yg terbentang luas....saujana mata memandang....tidak terbayang berapa banyak harta yang ditelan bumi...mengingati diri agar tidak sombong dan tamak dg harta dunia yg dimiliki....semuanya hanya sementara...bila2 masa sahaja nikmat harta dunia ini Allah boleh tarik....sentiasa bersyukur dan merendah diri dengan segala pemberian dari Allah SWT.

Dalam Al-Quran Allah berfirman:
"Sesungguhnya Qarun adalah termasuk Kaum Nabi Musa,maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan kami telah menganugerahkan penbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat" (Al-Qashash 28:76)
Setelah Qarun dilimpahkan dengan kemewahan, dia tidak bersyukur pada Allah malah menjadi sombong dan takbur diatas kekayaan yang ada. Dia tidak mahu bersedekah kepada fakir miskin yang memerlukan bantuan kewangan sehinggakan orang-orang soleh menasihati dirinya agar mengingati Allah s.w.t. Mereka mengingatkan Qarun agar tidak sombong terhadap harta yang dia miliki. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya.
Qarun leka dengan kemewahan yang ada membuatkan dia buta kepada kebenaran dan membuat seolah-olah pekak kerana tidak mahu mendengar nasihat orang-orang soleh agar memanfaatkan hartanya ke jalan yang benar. Tetapi Qarun tetap dengan egonya mengatakan "Sesungguhnya aku diberikan harta-harta ini kerana ilmu yang ada pada diriku"
Kemudian berlakulah sesuatu dihadapan Bani Israil Allah s.w.t menenggelamkan harta dan rumah Qarun sehingga tidak ada satu pun yang tinggal.Tidak ada seorang pun yang dapat menolong dan menahannya dari bencana itu. Bani Israil yang melihat bencana yang terjadi pada Qarun dan hartanya merasakan diri begitu kerdil dengan kekuasaan Allah s.w.t dengan sekelip mata sahaja.
"Maka kami benamkanlah Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang yang tidak dapat membela dirinya" (Al-Qashash {28}: 81)
Melihat azab Allah yang ditimpa Qarun, orang-orang dari kaum bani israil yang dahulunya berangan ingin menjadi kaya seperti Qarun merasa takut dan bersyukur memuji Allah kerana tidak mengalami nasib seperti Qarun. Mereka berkata " Aduhai, benarlah Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki dari hamba-hambanya dan menyempitkan.Kalau Allah tidak melimpahkan kurniaNya atas kita, benar-benar Dia telah membenamkan kita pula. Aduhai benarlah tidak beruntung orang-orang yang mengingkari nikmat Allah" (Al-Qashash {28}:82)



depan Tasik Qarun.....yg merupakan tasik air masin


bergambar dpn mini piramid berhampiran tempat naik bot....


Syakirah depan Tasik Qarun. sunyi kws ni sbb musim sejuk tak da pengunjung

kami mengambil peluang menyusuri Tasik Qarun


abg Syakim dan Syazrin atas perahu


abg Syakim bersama pemandu bot kami.....

ada restoren berdekatan tepi tasik....


tenang sungguh air tasik ini.......perahu membawa kami menyusuri bhg tasik yg tidak berbatu di bawahnya dan tidak begitu dlm, ada had sempadan yg dihadkan utk perahu pelancong.


ada pakcik tua sedang memancing ikan atas pelampung di Tasik Qarun.....byk ikan di tasik ini


Tasik Qarun terletak sepjg jalan di sini....

selepas menaiki bot kami ke kws kg di sini.....


deretan kedai dan rumah penduduk di sini


yg mana ada sebahgiannya mengadap Tasik Qarun.....begitu pjg sekali tasik ini


kerusi dan meja mkn restoren disusun mengadap Tasik Qarun..


sebahagian masjid juga terletak di Tasik Qarun.ada Istana Qarun tak jauh dari sini tp kami tak pergi....lain kali ada kelapangan teringin nak ke sana juga.


selesai pusing kws kg....kamipun bertolak balik.suka tengok tompok2 awan di langit biru....


Inilah ikan yg mama beli dari org yg menjaja dkt Tasik Qarun.jenis ikan ini hanya ada di Tasik Qarun, kalau Sg Nil byk ikan keli dan talapia. balik rumah terus masak ikan ni....fresh sungguh ikan sbb baru tangkap dari tasik.masak bakar..isinya sedap, cuma ada bertulang mcm ikan terubuk.

6 comments:

  1. Salam mamasya...sungguh tetarik dengan penceritaan dan keindahan tasik terasa macam saya ada kat sana juga..hehehe...dalam mimpi laaa. Suka lah nak baca catatan info . Dalam gambar shakirah nampak tinggi ..sikit lagi nak sama dgn abg abgnya.

    ReplyDelete
  2. Rupanya banyak tempat tempat tempat menarik di sini kan..selalu hanya tahu sg nil dgn piramid jer!!

    ReplyDelete
  3. subhanallah..besarnye tasik Qarun...x terbayangbgmana harta tu sume lenyap ditelan bumi Allah... insaf ...

    selamat berpuasa mamasya n family:)

    ReplyDelete
  4. wah cantiknya.. besnya duk luar negara.. tapi kata orang hujan emas di nagara orang hujan batu di negeri sendiri sedap lagi di negeri sendiri kan?

    salam kenal, macammana nak follow sini?

    ReplyDelete
  5. Salam mamasya, wah bestnya dapat jalan2, makan ikan fresh pulak tu, jeles ni, huhu : )

    ReplyDelete
  6. banyak btol harta qarun tuh kan kak

    makneng follow akak
    jemput follow makneng

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.