Pages

Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak



Assalammualaikum
Selamat Menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa buat semua sanak saudara, teman-teman dan pengunjung blogdapurmamasya tidak kira dimana berada. Moga semuanya sihat sejahtera dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya dan sentiasa diberkati Allah dalam setiap apa yang dilaksanakan.


Pengistiharan 1 Ramadan oleh Mufti Besar.Mula puasa hari ini Jumaat 20 Julai 2012
Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.


Mohon maaf juga andai ada salah bicara terkasar bahasa dari mama selama ini.Moga Ramadan tahun ini dipenuhi sebaiknya dan penuh bermakna.....Salam sayang...salam mesra dari Mamasya.

18 comments:

  1. ooo..sana dah puasa ye kak hari nie....selamat berpuasa....mesti seronok kan....:)

    mesti tgh pikir apa hidangan berbuka nnti kan....hehehe..

    ReplyDelete
  2. salam mamasya...selamt menempuhi puasa bersama keluarga diperantauan...makin cantik nak dara kita tuuu..ahaksss

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa mamasya. Cantik jubah syakirah...auntie suka. Tk on d way ke kb ni. Ahad ni tganu cuti. Anak2 nak berbuka puasa di kb. Yg sulong tu nak mkn akok bunga.

    ReplyDelete
  4. Samalah kita yer mama. Minta maaf anadai ada terkasar bahasa selama nie. Selamat ber Ramadhan untuk mama sekeluarga di sana.. Comelnyaaa anak dara mama tu.

    ReplyDelete
  5. Comey nyer gambar budak kecil tu. selamat bepuasa. Malam ni mula berbuka kan. My daughter beritahu yg dia dah mula berpuasa hari ni

    ReplyDelete
  6. selamat menyambut ramadhan mamasya..

    ReplyDelete
  7. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa untuk akak sekeluarga. Comel nya Syakira posing. ;D

    ReplyDelete
  8. Selamat menunaikan ibadah puasa buat mamasya dn keluarga.. ermm syakirah nk gi sembahyang tarawih ke tuu..

    ReplyDelete
  9. amboiii comeiiinye ank dara tu...slmt berpuasa buat akak sekeluarga...

    ReplyDelete
  10. mamasya....selamat berpuasa....semoga ramadhan kali memberi cahaya buat kita semua....=)

    ReplyDelete
  11. selamat bpuasa mamasya.. dh bsr dh princesss..

    ReplyDelete
  12. selamat berpuasa mamasya..
    cute syakirah berjilbab gitu manis sesangat2 mesti like mamanya jugak ni kan

    ReplyDelete
  13. Selamat berpuasa mamasya dari mamaqs sekeluarga

    ReplyDelete
  14. Selamat berpuasa buat mamasya sekeluarga... comel nye syakirah

    ReplyDelete
  15. Salam mesra juga dari saya, :)
    Salam Ramadhan al mubarak, mamasya, ampun dan maaf dipinta atas salah dan silap.

    ReplyDelete
  16. selamat berpuasa diperantauan buat akak sekeluarga..samalah dgn Finland puasa hari Jumaat juga:)

    ReplyDelete
  17. Happy Ramadhan mama
    dah besaq anak dara mama
    Shummel

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.