Pages

Tuesday, August 14, 2012

XTVT di dapur; Menjamu tetamu Iftar & menyiapkan tempahan



Assalammualaikum buat semua
Beberapa hari tak update blog sbb kesibukan melanda dgn beberapa xtvt.T.kasih buat teman2 yg tinggalkan komen....nak buat kunjung balaspun tak sempat. Sibuk dg xtvt ...antaranya pada hari Jumaat yg baru lepas mama dah mula masak2 sikit sbb hari sabtu kami menjemput tetamu utk berbuka puasa di rumah dan juga pada hari yg sama ada tempahan...iaitu lauk dan kuih-muih utk berbuka juga. Wpun kelam kabut nak kena siapkan semuanya pada waktu yg sama....Alhamdullilah dpt disiapkan mengikut masa. Puas hati sbb tetamu ceria menikmati hidangan yg disajikan dan kwn yg menempah makananpun suka. Jom lihat apa yg mama masak;


Untuk tetamu mama masak lauk-pauk yg pernah dimasak sebelum ni....tak sempat nak cuba resepi baru. Iaitu ikan 3 rasa siakap & kerapu, stew daging,ayam bakar berempah, sayur campur,udang masak lemak nenas,sambal terung & sambal belacan


ikan kerapu 3 rasa


ayam bakar berempah


ikan siakap 3 rasa


sayur campur


udang masak lemak nenas


stew daging


kuih-muih utk Iftar tetamu-risolles, puteri ayu,ketayap polkadot,kurma,anggur & tembikai.tiada dlm gambar puding cocktail desert lepas berbuka.


tetamu dr Msia yg dtg atas urusan kerja di pejabat husben yg kami jemput utk iftar di rumah.

Tempahan makan-makan


tempahan mee kuah siap packing, stew daging, ayam bakar berempah & kuih; puteri ayu, risolles dan ketayap polkadot sama spt menu yg mama hidangkan buat tetamu kecuali mee kuah yg mama buat hanya utk tempahan.


mee siap packing....kuah letak asing


kuah mee masih dalam periuk....last sekali masak sbb nak bagi kuah yg panas utk tempahan.
Komen dari mama Yassin yg menempah makanan....t.kasih makanan yg sedap, semuanya suka....habis semua diminta tapau oleh tetamunya.t.kasih byk2 atas tempahan dan suka masakan dari dapurmamasya ...

10 comments:

  1. salam aidilfitri dari muscat, oman

    ReplyDelete
  2. banyaknya memasak...
    paling seronok bila tengok tetamu berselera menjamah juadah yg kita masak kan ziela... hilang segala penat & lelah...

    ReplyDelete
  3. Sukanya pd org rajin & pandai masak mcm akak ni. Sedap2 belaka. Kalaulah dekat boleh numpang buka sekali yek...Sy ni bilalah nak jd macam akak...balik2 kat takok itulah juga...x upgrade lagi.

    ReplyDelete
  4. Fuhh...dasyat nye menu iftar mamasya. sempat pula ambil tempahan disamping masak2 untuk iftar. kagum sgt nih ;)

    ReplyDelete
  5. Salam Mamasya,

    perghhh...rajin betul akak.
    panjang betul menu tu.

    ReplyDelete
  6. Salam mama.....
    byknya nye menu ma...semuanya lazat2....

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Mama Sayang :D
    Sibuknya Mama didapur...byknya yg perlu dimasak, Raya ni Mama tak balik Malaysia ke?

    ReplyDelete
  8. salam mama
    berderet makann kak..jadi kecur plak memalam nie..akk mmg rajin n pandai memasak..semuanya sedap:)

    ReplyDelete
  9. assalam
    sedap2 menunya, banyak pulak tu
    paling terliur tgk ayam bberempah....leleh air liur dah ni he he

    ReplyDelete
  10. selamat menyambut lebaran dan maaf zahir batin dari akak sekeluarga

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.