Pages

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Assalammualaikum...
Kesibukan melanda minggu ni dg xtvt masak-masak dan buat biskut raya utk sendiri dan juga tempahan....tak byk mana tp sbb buat last minute itu yg kelam kabut sikit...jadi tak dapat nak kunjung balas blog kwn2 dan update blog wpun byk gambar yg ada.terasa mcm tak cukup masa pula dan sekejapnya Ramadan berlalu pergi.... dah tiba bulan Syawal.

Sempena Syawal ini nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat sanak saudara tersayang di Msia, sahabat handai, rakan-rakan siber dan juga pengunjung dapurmamasya yg byk memberikan sokongan kepada blog ni.Mohon maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap, terkasar bahasa dan tutur bicara selama ini...harap tiada yg disimpan dlm hati.....biarlah yg manis2 saja yg diingati.

Tentu ramai yg pulang ke kg laman utk menyambut hari raya bersama sanak saudara......dpt bayangkan indahnya suasana beraya dan berkumpul dgn keluarga dan sanak saudara tersayang. Buat mama sekeluarga.....thn ni merupakan thn ke 2 beraya di perantauan.....akan disambut bersama rakan-rakan Msia di sini dengan dimulai solat sunat Aidilfitri di Dewan Msia dan kemudian sama2 menikmati jamuan juadah raya. Di sini tengok anak bulan hari ini Jumaat dan kemungkinan besar raya hari Ahad.
Wpun dimana berada....beraya bersama sanak saudara...mahupun rakan taulan di di perantauan.....moga semuanya dapat menyambut Syawal dengan ceria dan bahgia.Selamat Hari Raya Aidilfitri....
Salam Lebaran
Dari Mamasya sekeluarga

17 comments:

  1. Selamat hari raya aidilfitri kak. wahh esok akak dah raya ek. Maaf kalau ada kesilapan ek di sepnjg perkenalan kita.

    ReplyDelete
  2. Salam Aidilfitri Untuk Mama Sya

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Mama Sya sekeluarga :)

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya Mamasya, mohon maaf zahir batin andai sepanjang persahabatan maya ini Amie tanpa sengaja pernah menyinggung perasaan Mamasya.

    ReplyDelete
  5. Salam.
    Selamat menyambut Syawal juga.
    Balik kampung jangan bawak kereta laju-laju, berhati-hati....
    Banyaknya resepi kuih kat dalam blog ni.

    Ikhlas daripada:
    lunaticg

    ReplyDelete
  6. maaf zahir batin dari zila juga kak..maaf jika ada kterlanjuran kata yer..:)

    ReplyDelete
  7. Salam aidl fitri Maaf zahir dan batin buat Mamasya sekeluarga... moga ceria di Aidilfitri ;)

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat mama sekeluarga.. andai ada silap dan salah atau terkasar bahasa harap mama maafkan. oh samalah kita baru 2 kali raya di perantauan.. :)

    ReplyDelete
  9. salam Mamasya...selamat hari raya maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum :D
    Selamat Hari Raya,
    Maaf Zahir Batin... sekiranya terdapat salah dan silap selama Kak Lin menjadi rakan blog anda.

    Terima kasih.
    Sayang Anda Semua
    Muaaahhh...Muaaahhh...

    ReplyDelete
  11. Salam Mamasya

    Salamat aidilfitri juga buat mamasya dan family...
    somelll je si anak dara kenit tu....

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Zila,

    Selamat Hari Raya Aidilfitri..masih dlm suasana raya lagi kan...maaf terlambat Nur singgah sini...Nur pohon ampun dn maaf jika ada kesalahan
    atau kesilapan yg pernah Nur lakukan semasa kita berkawan di alam cyber ini.Terkasar bahasa tersilap berkata2 Nur menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf ya...

    amboi cantiknya Syakirah bertudung lingkup...suka auntie Nur tengok...auntie dtg dh terlambat nie...kalau tk boleh makan rendang,ketupat dn lauk pauk bersama family Syakirah kan??Hehehe.

    Mamasya,terima kasih atas doanya tempoh hari yang lalu...Nur hargai sangat2 akan kata2 nasihat dari mamasya...hanya Allah saja yg dpt membalasnya.

    ReplyDelete
  13. salam lebaran buat akak sekeluarga..

    ReplyDelete
  14. Selamat hari raya kak! maaf zahir batin. halalkan resepi yg dicuba di sini. :D

    ReplyDelete
  15. selamat hari raya aidilfitri mamasya ..... maaf zahir n batin. Tinie pun sama minta halal resepi yang di ambil dari sini....xoxoxo

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.