Pages

Sunday, August 5, 2012

Sup Tulang Siam Yang Sedap



Assalammualaikum buat semua dan selamat berhujung minggu....t.kasih buat yg sudi berkunjung ke blog ni.
Sementara nak upload gambar xtvt sebelum Ramadan dan bulan Ramadan....kongsi dulu sup tulang yg dimasak bersama2 dg udang paprik iaitu sup tulang siam. Kalau Sup tulang mmg kegemaran semuakan....kat rumahpun selalu masak sbb anak2 suka mkn sup tulang.Tapi biasa masak part tulang sikit je....yg lebih bhg dagingnya. Masak sup tulang ni ada beberapa cara...tp mama suka cara rebus dulu tulang dan masukkan bahan tumisan kemudian spt resepi sup tulang siam ni.Tak pasti kenapa diberi nama sup tulang siam....sbb mama copy je resepi asal.tkasih empunya resepi kongsi resepi sup tulang yg sedap ini, dah mmg selalu guna resepi ini. Resepi pernah kongsi sebelum ni, tp letakkan semula dibawah utk mudahkan rujukan...

Sup Tulang Siam
Sumber; Periuktanah.blogspot
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
1/2 kg tulang rusuk dipotong kecil- guna tulang biasa
200 gm daging campur (yang segar ye..)
5 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris halus- mama tumbuk
2 ulas bawang putih dihiris halus- mama tumbuk
serba satu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
1 bungkus sup bunjut Adabi atau Sup Tulang
1 biji tomato dibelah 6
3 biji cili padi diketuk
1 batang seleri dihiris serong-tak ada
1 biji limau nipis, diperah airnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 labu bawang holland sederhana besar dibelah 8
daun sup dan daun bawang secukupnya

Cara membuatnya:
1. Basuh tulang dan daging dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air secukupnya hingga daging dan tulang tenggelam. Rebus hingga empuk. Tutup periuk dan gunakan api perlahan untuk hasil memuaskan. Gunakan periuk tekanan jika ada, untuk menjimatkan masa.
2. Apabila daging telah empuk, masukkan sup bunjut dan sediakan bahan tumisan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi dan bawang keperangan. Tuangkan ke dalam periuk sup.
3. Biarkan sup mereneh dengan api perlahan. Masukkan cili padi, bawang besar holland, tomato,seleri dan garam. Masukkan juga daun sup dan daun bawang yang dihiris halus.
4. Tutup api apabila cukup rasanya. Cedok sup ke dalam mangkuk dan perahkan air limau nipis. Taburkan bawang goreng jika suka. Sedia dinikmati.
*** tambahkan cili padi jika suka lebih pedas dan air limau nipis jika suka lebih masam.



Sup tulang nak lagi sedap.....sebelum mkn perahkan dg sikit limau....sedap hirup kuah sup atau kekadang sup dicicah dgn roti....enaknya..


Ada pisang lebih keesokkannya buat jemput pisang utk anak2 berbuka...
Jumpa lagi next entry....

8 comments:

  1. Salam mama....
    Asz pun rebus tulangnya dulu baru masukkn tumisan sup....Kalau org melaka panggil "tumis atas darat"....mmg sedap kalau perah ngan limau...

    ReplyDelete
  2. menu sup tulang juga ye..malam tadi pun saya masak sup tulang, tapi main bubuh segala n bubuh perahan limau, alhamdulillah licin sekilo ...segarr bersahur sup2 macam ni kan..

    ReplyDelete
  3. Salam mama,
    cam menariklah resepi ni nanti nak try jugak. wah cekodok tu mengancamlah. smlm berbuka kat rumah kawan dpt mkn cekodok yg sedap tp masih teringin lg nak mkn hihi.. kena buat sendirilah nanti :)

    ReplyDelete
  4. sup tulang mmg feveret suami ngn anak2...kalo style sup siam ni saya suka sebab rasa pedas2 gitu tapi hubby lak suka style sup tulang biasa tu, tk letak cili padi dan limau...

    cekodok tuuu...buat teringin je...esok nak buat gak. hehehe...

    ReplyDelete
  5. saya suka sup mkn dgn sambal kicap. hehe.. style org johor kot. :D

    ReplyDelete
  6. Aduhaiiiiiiii...sedapnya sup ni kak

    Semalam beli sup tulang kat pasar juadah. Adalah dalam 2-3 ketul kecik je letak. Sup je yg banyak. Harga rm7. Balik rumah berkobarnya nak hirup sup tapi bila dah rasa. mak oiiiiiiiiiii... tawarnya kuah sup , daging kat tulang keras ya Rabbi, pastu pedasnya :-(

    ReplyDelete
  7. jap lg nak sruh my wife masak sup tulang,
    tq to recepi..

    ReplyDelete
  8. Best ny sup tulang ala thai..mahu cuba..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.