klik Nuffnang

Thursday, August 2, 2012

Paprik Udang & Jemput2 Roti



Assalammualaikum buat semua pengunjung dan slmt berpuasa
Sekejapnya masa berlalu....dah nak masuk pertengahan Ramadan....tentu ramai ibu-ibu yg dah mula buat biskut raya.Mama belum mula lagi.....tunggu mood rajin...lagipun thn ni plan nak buat sikit je....dkt2 rayapun sempat. Untuk entry hari ni nak kongsi menu udang.......kalau udang mmg sentiasa ada dlm peti ais sbb udang selalu ada dijual, manakala seafood lain susah nak dpt di sini. Mcm sotong...dah dkt 3 bulan tak da, yg ada sotong besar dah siap potong frozen punya, kerang mmg tak da...ketam dan lala adalah juga sesekali. Udang pula biasa masak lemak kuning....goreng kunyit ..itu yg disukai tp kali ini nak masak paprik .


Resepi Paprik Udang ambil dari blog CMG tp resepi asal dari blog K.Ina KL;T.kasih berkongsi resepi. Paprik ni masakan Thai jadi biasa dlm masakan pasti ada bahan sos ikan, cili Thai , daun limau purut dan serai yg menambah aroma dlm masakan. Resepi penuh spt dibawah;

Paprik Udang
Sumber; DTS @ CMG Asal dari Blog K.Ina KL
Oleh; Dapurmamasya

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 ekor udang bersaiz sederhana, dibersihkan
1/4 bahagian red capsicum, didadu- x letak
1/4 yellow capsicum, didadu - x letak
1/4 green capsicum, didadu
1 biji tomato, potong 8
10 tangkai sweet pea - ganti brokoli
1 biji bawang besar, hiris bulat
1 pokok daun ketumbar, dikerat- x letak
2 helai daun limau purut
2 batang serai, dititik
2 ulas bawang putih, cincang halus
6 biji cili padi merah thai, diketuk
3 biji limau kasturi, perah jusnya
Sedikit air
Secubit gula
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

BAHAN SOS :-
3 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili thai
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar sos ikan
1 camca besar kicap manis

CARA MEMBUATNYA :-)
Udang digoreng selama 30 saat, angkat dan toskan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, serai dn bawang besar hingga wangi. Masukkan udang dan kacau rata.
Masukkan capsicum (semua jenis), bahan sos dan juga air, kacau rata dan biar mendidih. Tambah daun limau purut dan sweet pea. Masak sekejap. Tambah cili padi dan daun ketumbar.
Masuk sedikit gula dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan rasa, jika kurang masin boleh tambah sos ikan sedikit lagi.
Angkat dan alih dalam bekas sesuai, tabut hirisan daun bawang sebelum dihidangkan....


Dan rasa paprik udang ni sedap....cukup rencahnya......

Jemput-jemput Roti


Ada lebihan bun KFC, syg dr terbuang sbb tak da sapa mkn jadi buat jemput roti mkn cicah sos. Anak2 mmg suka kalau kuih2 goreng.....kalau kuih manis mmg tak begitu mkn.Sepjg Ramadan ni kuih manis baru sekali buat tp jemput2 dah beberapa kali sbb ni lagi laku.

Jemput2 Roti
bahan2
Roti 8 bun kecil/roti sandwich 7 kpg
ikan bilis 1 jemput- tumbuk sikit
2 helai daun bawang- potong pendek
sikit garam
1 1/2 cwn air panas - utk rendaman roti
2 sb tepung gandum - atau secukupnya

Cara
Rendamkan roti dg air panas.bila sejuk masukkan lain2 bahan.lenyek2kan adunan dg senduk.biarkan beberapa jam.Goreng dg minyak secukupnya.

8 comments:

  1. jemput2 roti tak penah la buat.bagus gak idea ni.

    ReplyDelete
  2. sedapnya udang.. tp kat rumah udang takleh masak selalu.. cian kat abg haziq dia suka tp kalau mkn alergi.. kalau mkn kang siaplah naik gegata.. smlm pn kita berbuka ngan jemput2 gak.. wt jemput2 kelapa setengah kg tpg cicah ngan sambal sardin... dah tak mkn nasi.. berbuka simple2 je skrg ni.. waktu suntuk nak memasak..

    ReplyDelete
  3. Salam Mama,
    dtg sini mesti terliur. semuanya sedap2 belaka. paprik udang umi suka, jemput2 lagilah suka :D

    ReplyDelete
  4. dah lama sangat tak layan padprik kak..biase kalau makan kat luar je order..
    tak pernahmakan cucur roti, sdap nampaknye..

    ReplyDelete
  5. eh kak sama menu saya tadi buat jemput2 roti. anak2 x mkn kulit roti, syg nak buang campur tepung jadikan cucur crabstick. ;)

    ReplyDelete
  6. sedapnya tgk paprik udang akak ni.kat sana susah dpt seafood ke kak? kat sini semua yg frozen jer la..susah nk jumpa yg fresh.masa dok Dhaka dulu puas mkn seafood dan ikan fresh sebab dekat laut dlm.Dah tu murah pula memang puas mkn udang galah masa dok sana dulu tapi bila dtng sini tak jumpa udang galah fresh pun.

    ReplyDelete
  7. salam mama cyggg ..jrg zila buat udang masak camnie..biasanya black peppr..nampak sedap plk kak.:)..jempt2 roti tue nnt zila nk try jgk la..:)

    ReplyDelete
  8. assalam Mamasya
    tu la sekejap je kan, dah hampir pertengahan ni, tak sabaar nk tunggu biskut2 mamasya, mesti cantik dan sedap2
    udang ni feberet husben, tp sy tak makan, kalu masak tengok je lah he he

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2