klik Nuffnang

Wednesday, August 8, 2012

Ketam Masak Merah & Kerabu Daun



Assalammualaikum buat semua.sekejapnya Ramadan berlalu....dah masuk 2/3 Ramadan....tinggal 1/3 Ramadan lagi....moga kita sama2 menggunakan kesempatan Ramadan yg masih berbaki ni sebaiknya...
Untuk entry hari ni nak kongsi lauk ketam yg dimasak pada hari sabtu lepas....dah lama juga tak masak lauk ketam. Tak da idea nak masak mcm mana ketam...nak masak cili takut pedas nanti anak2 tak dapat mkn....masak lemak dah selalu buat....akhirnya berkenan nak cuba resepi dari Dj iaitu ketam masak merah...biasa ayam masak merah...kali ni ketam pula.T.kasih Dj berkongsi resepi.

Ketam Masak Merah
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Oleh; Dapurmamasya

bahan-bahan :
6 ekor ketam (dibersihkan dan direbus bersama garam dan serai ketuk hingga 3/4 masak & toskan)
2 sudu makan cili giling
sos cili secukupnya
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos tiram
sedikit kicap manis
3 helai daun limau purut
sedikit air asam jawa
garam dan gula/madu secukupnya
sedikit hirisan daun sup dan daun bawang

bahan-bahan kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas

Cara-cara :
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan dan kicap manis. Kacau sebati. Kemudian masukkan air secukupnya.
Apabila sudah mendidih, masukkan ketam, daun limau purut, garam, gula/madu dan air asam jawa. Kacau rata-rata.
Apabila sudah masak, tutupkan api. Taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkan panas-panas.


Ketam Masak Merah...sedap rasa rencahnya itu.anak2pun suka tp mama yg kena kopekkan isinya....makan ketam ni yg lecehnya nak kena kopek dulu baru dpt mkn....bila mkn kejap je licin....

Kerabu Daun


Hari yg sama buat juga kerabu daun.Kerabu antara menu yg tak pernah miss bila bulan puasa.kalau kat Msia suka buat kerabu mangga/kacang botor/kcg pjg/sotong tp kat sini itu semua tak da...sotongpun tak da skrg...sbg ganti guna daun gargil.

Kerabu Daun
1 ikat daun/kacang botor - guna daun gargil - potong halus
1 ekor ikan kembong/1/3 ikan makarel/tamban rebus/bakar-ambil isi dan tumbuk
1/ 2 cawan kelapa digoreng hingga kuning dan tumbuk kasar
4 ulas bawang merah - dimayamg halus/tumbuk kasar
2 biji cili merah/hijau dibuang biji dan potong tipis
sedikit bunga kantan - pilihan
1-2 biji limau nipis - utk perah
1 biji tomato - potong kecil
garam,sedikit lada sulah dan gula secukup rasa.
Cara-cara
Campurkan semua bahan.utk kelapa boleh guna kelapa kering, caranya campur dg sikit air panas.kacau dan masukkan dlm microwave/kukus sekejap.angkat, kacau dan barulah digoreng dlm kuali.


nilah daun gargil...ulangtayang sbb pernah tayang sebelum ini.sedap mkn ulam cicah sambal. harganya cukup murah 1 LE/50sen utk 3 ikat.

9 comments:

  1. akk dua dua sedap..terutama yg ketam tue..dh lama x beli ketam kak..klu belipun cuma msk lemak jew..he hhee x pernah nk cuba msk2 lain..mesti sedap klu msk camtu kan:)

    ReplyDelete
  2. assalam mama,sedapnya mr.crab..aish terliuq la pulak.Sejak bulan posa ni menu crab belum masuk list lagi
    Tak mahal ke hrga ketam kat Cairo?

    ReplyDelete
  3. lama tak makan ketam.Semlm beli kerabu tauge+pucuk paku kat Param..tp basi bila time berbuka tu..huhuhu sedih

    ReplyDelete
  4. Salam Mama,
    wah sedapnya ketam. kat sini jarang nampak ketam, ada musim tertentu juga agaknya. lepas ni kalau jumpa ketam nak belilah.. :)

    ReplyDelete
  5. sedapnya ketamm... baru je tgk kat blog kak nor.. hehe..
    kat rumah anak2 belum pandai nak perisi ketam ni.. mmg jarang beli sbb malas nak perisi kat dorang.. dulu beli sekali masing2 pun malas nak tunggu ibunya perisi... last2 dorang mkn lauk lain.. ketam2 tu mak bapak yg kenyang.. hehe...

    ReplyDelete
  6. Wah..ketam ada dlm fridge tu...kemarin ada pemborong dtg jual kat sekolah..blum msak lagi ni. X tau nak msak apa..
    Sakit gigi klau gigit kaki ketam yg keras tu hehe..

    ReplyDelete
  7. jom kita ganyang...skor tak cukup tu..

    ReplyDelete
  8. Salam Mamasya....errr bab ketam tu sy dok teruja ngat sbb pesen malas nak kopek ketam hehe.Tapi tang kerabu tu..adehhh ngencess la...copy print jap kerabu resepi ni.Nak cuba kerabu versen mamasya laksss....muahhh! thanks share wesepi...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2