klik Nuffnang

Tuesday, August 7, 2012

Talam Pandan Gula Merah Utk Pot Luck Iftar




Assalammualaikum buat semua....moga sihat sejahtera dan terimakasih berkunjung ke blog ni.
Pada ptg Jumaat lepas kami sekeluarga dan rakan2 Msia yg lain Iftar beramai2 di Rumah Msia. Untuk kuih bagi juadah berbuka...pot luck... masing-masing diminta bawa kuih. Mulanya tak da idea nak buat kuih apa....jadi cari di internet kuih-muih yg belum pernah cuba...berkenan dgn kuih Talam Pandan Gula Merah dari blog k.Paty. Talam ni tidak menggunakan santan dan spt komen k.Paty kuih ni kombinasi kuih kosui dibhg bawah/hijau dan seri muka gula merah utk bhg atas. Cuma kuih mama punya nampak tak basah...tak secantik mcm kuih k.Paty...mungkin kukus agak lama. Untuk resepi spt di bawah..t.kasih k.Paty kongsi resepi;
Talam Pandan Gula Merah
Sumber; Paty's Kitchen
Oleh; Dapurmamasya (guna loyang 7' x 10')

bahan
bhg bawah
3/4 cawan gula putih masak dengan 2 cawan air hingga mendidih...ketepikan

dalam periok berasingan campurkan;
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
air daun pandan (kisar 4 helai daun pandan dengan 1 cawan air)- guna pandan paste
secubit garam
1 sudu teh air kapur
sedikit pes pandan
Gaul semua bahan rata...tuangkan air gula tadi dan kacau rata....letakkan atas api perlahan dan kacau hingga bancuhan mula nak likat (jangan pekat sangat)...kukus dalam bekas kaca atau acuan kecil selama 20 minit. - mama kukus 15 min je

bhg Atas
1 cawan gula merah
1 cawan air

masak gula merah dengan air sehingga sula hancur dan biarkan sejuk.
2 biji telur
1 cawan tepung
2 tsdb tepung hong kue.
Campurkan bahan gula merah dengan bahan diatas tadi. Gaul rata tapis dan masak di atas api kecil sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan pertama tadi dan kukus selama 20 minit. ( note dr mama; kalau kuih dah masak boleh kurangkan masa kukus ).Sejukkan sebelum dipotong.



Iftar 15 Ramadan di Rumah Msia


Gambar sebahgian yg hadir semasa majlis Iftar di Rumah Msia.ada program ceramah agama dan majlis perpisahan sebelum berbuka. ramai yg hadir utk Iftar thn ni...


Untuk lauk-pauk...masing2 masak, setiap ladies...ahli PERWAKILAN diberikan tugas utk masak lauk tertentu.semua lauk hingga nasi habis licin.....mmg meriah sambutan Iftar thn ni. Antara lauknya ayam masak kari, daging blackpepper, sayur campur, sambal telur,gulai ikan masin, ulam dan sambal belacan. Utk pot luck kuih mcm2 kuih ada spt karipap, onde2, puding dll....sayang mama tak sempat nak ambil gambar semua makanan...hanya ambil sikit gambar kuih itupun dah hujung...


yg paling seronok adalah Syakirah dpt jumpa kawan2.....

6 comments:

  1. Salam Mama,
    bestnya dpt kumpul ramai2 berbuka puasa mcm ni kan? ramai tak org Msia kat sana?

    ReplyDelete
  2. salam syg mama.
    best kan dapat berkumpul ramai2 camtue..meriah jew..kuih nampak sedap la..akk potong kuih tue sekata jew..klu zila senget trus hahhaa:)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Mamasya,
    seronok dpt berbuka puasa ramai2 kan, kuih tu plk nmpk sedap sangat.yatie mmng suka kuih2 mcm ni..

    ReplyDelete
  4. Kuih lagi...Rajin betul buat kuih utk potluck. Menarik jek bila dah susun dlm pinggan kan...Biskut2 raya ada?

    ReplyDelete
  5. meriahnya...ramai betul msian kat sana... kuih talam yg mamasya bawa pun nmpk sgt cantik dan kemas

    ReplyDelete
  6. assalam mamasya..hmm mesti bau harum semerbak talam pandan ni..seronoknya dapat berbka ramai2, meriah jer tengok mesti terubat rndu kat kampung halaman..

    Er..chumel jer anak dara kecik sorang tu..menten ayu jer syakirah tu..tubit2 sket

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2