Assalammualaikum buat semua.....moga sihat sejahtera dan dpt menunaikan puasa.
Hampir setiap hari pasti ada menu ayam kat rumah sbb lauk ayam yg anak2 paling suka. dan bila hari2 masak ayam dah tak da idea nak masak ayam apa.kalau tanya anak2 ayam nak masak apa...pasti akan jawap ayam bakar.Jadi utk memenuhi selera mereka nak ayam bakar...buat lagi ayam bakar tp kali ni buat ayam percik pula.
Resepi Ayam Percik Istimewa ini diambil dari buku masakan lama mama. Kelainannya sbb ada letak daun limau purut dan buah keras bagi menambahkan rasa ayam percik ini. Ikut resepi asal semua bahan dimasak sekaligus tak payah tumis tp mama tumis sbb guna santan segera.....santan segera tak pecah minyak bila dimasak.Resepi spt dibawah;
Ayam Percik Istimewa
Sumber; Sajian Di Perantauan
Olahan; Dapurmamasya
Bahan2nya
1 ekor ayam - potong 8 atau ikut citarasa.
1 1/2 biji kelapa (ambil 1 mangkuk santan pekat) - guna santan debu dan buat sed pekat je
(Bahan2 * ditumbuk atau dikisar)
*1 inch halia
* 1/2 inch kunyit segar
*3 labu bwg bawang
*6 ulas bawang putih
*5 tangkai cili kering/1 sb cili kering dah blender
*12 biji buah keras - letak 6 biji je
6 helai daun limau perut- potong halus
3 batang serai di titik saja
2 helai daun kunyit (siat)- x letak
1 biji limau nipis
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Cara2nya
Panaskan minyak di kuali besar, tumiskan bahan yg diblender sampai agak garing.
Masukkan santan,daun limau purut, serai, garam dan gula.Kacau hingga mendidih.
Masukkan ayam, tutup kuali dg tudung periuk...biarkan merenih dg api sederhana hingga ayam 1/2 masak.
Keluarkan ayam dan atur atas tray bakar.ambil sikit kuah percik sapu atas ayam.balikkan ayam dan sapu lagi dg sikit kuah.jika bakar dlm oven, bakar dg api atas bawah 180'C.bakar hingga masak.
Utk kuah teruskan masak sekejap sehingga kuah agak pekat.tutup api
Semasa menghidang perahkan limau atas ayam dan siram dgn lebihan kuah percik.
seronok bila tengok anak2 berselera mkn dgn lauk yg dihidangkan....sedap tak bang ayam percik ni....sedappp.....
Bamia Kambing
Pada hari yg sama masak lagi bamia....kali ni guna kambing pula dan buat kuah pekat sikit. Resepi boleh klik sini. Anak2 biasalah kalau tengok ada lauk campur sayur gini....cari gali korek ambil daging dan kuah sahaja.....
Hari tu teringin nak makan ayam percik, beli kat bazaar ramadhan tapi memang takde rasa ayam percik langsung.
ReplyDeleteseddaapnye...semua sedap2 belaka
ReplyDeleteAssalam kak ziela,ayam nmpak sedap,kambing tuh pon nmpk sedap betui..bamia klo dpt cich roti ke mmg sedap tuh,ngan kuah pekat2 gitu..
ReplyDeletesalam syg mama,
ReplyDeleteklu kt johor color merah ayam percik tue..tp mmg x sedap la sambalnya..zila suka beli kt gerai kelantn or ganu..sbb percik diorg putih ..kuah pun sedap..kena dgn tekak nie..x pernah cuba buat lg kak:)resepi akk nie pun nampak sedapp:)
Sedapnya ayam percik...sy & hb suka ayam percik. Sy suka juga kambing tp hb tak suka kambing. Biasalah tu ada persamaan ada perbezaan.
ReplyDeleteAssalamualaikum Mama,
ReplyDeleteDari FB jalan2 ke blog pulak, perhhhh sedapnya...
Senang kerja kita kalau anak-anak bagitau apa yang diorang nak makan kan Mamasya.... lama tak memercik ayam, bamia kambing belum pernah buat, kena cuba resepi ni Mamasya...
ReplyDeleteSalam Mama,
ReplyDeletesedapnya ayam percik tu.. :)
oh ya, umi dah try resepi sup tulang siam yg mama post haritu mmg sedap sangat. umi tumpang copy paste resepi ya, senang nanti nak refer.. eh tp bukan umi yg masak, hubby yg masak. dia suruh bgtau terima kasih kat mama sbb share resepi yg lazat ni :D
wa kak, saya geram tgk bamia tu..sbb tak pernah buat lagi..
ReplyDeleteSedap percik mama nii..Nekcik pun suka percik homrmade ni..kalau bli bnayak hangus!!
ReplyDelete
ReplyDeleteassalam mamasya
duk wat biskut ke?
sedap nengok ayam percik, anak sy selang 2 hari duk beli ayam percik ni
bila ntah nak cuba sendiri he he
Nice blog :)mantap nih :)
ReplyDeletesalam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...