Pages

Tuesday, September 18, 2012

Lepas Ayam, Daging Blackpepper pula



Assalammualaikum.....moga semua sihat dan sejahtera
Sebelum citer ttg resepi hari ni, nak kongsi sikit citer semlm.....dlm tgh hari tu, bunyi org bising kat jln dpn bgn apt, dah selalu dengar bising gini biasa berlaku sbb berebut parking atau ada kemalangan wpun hanya bergesel kereta...terus jadi gaduh besar, riuh rendah bunyinya.tak kira lelaki mahu perempuan....dah bergaduh, ramai2 pula dtg tengok...kdg2 ada yg guna kayu, ada yg turut masuk campur tp ada yg tolong leraikan.Berbalik kisah semlm, mama intai dari balkoni....masa tu ramai pula org dr bgn2 lainpun dok intai dr tingkap dan balkoni masing2....nampak ada yg tengah berlari ke tempat kejadian.Nampak motor dan kereta di situ....mmg gaduh besar bunyinya, bibik mama cakap kesiannya pemandu motor tu kena pukul...dahlah bawa brg, langgar sikit tu..kena pukul....mamapun tumpang kesian pemandu motor kena pukul sbb ingatkan mcm biasa kes kemalangan. Tapi.....kisah sebenarnya...kebetulan mr husben lalu kat situ....tanya apa kesnya.bukan kemalangan tp org tu curi motor....jadi pakat kejar motor itu, pencuri itu dpt dihalang oleh org ramai bila pemiliknya jerit pencuri....apalagi mmg kena belasahlah pencuri itu...aaaa...dr kesian terus cakap...padanlah mencuri....jgn nak mencuri lagi...

Berbalik kpd resepi hari ni lepas ayam blackpepper, entry hari ni nak kongsi pula resepi daging blackpepper yg dimasak masa Ramadan lepas, gambarpun dah kongsi di sini ...baru sempat update resepi. Mama tambah sikit bahannya sbg penambah rasa.t.kasih buat empunya resepi.

DAGING BLACK PEPPER
Sumber;Resepi Nannie
Oleh; Dapurmamasya

BAHAN-BAHAN :
500 grm daging batang pinang
4-5 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan- x letak
1-2 sudu besar kicap manis
1 cawan air
1 biji cili capsicum
1 biji cili merah

BAHAN DIMAYANG HALUS :
2 biji bawang merah
3 biji ulas putih
2 cm halia
1 biji bawang besar
mama tambah; sedikit bunga lawang kulit kayu manis & cengkih semasa menumis. dah tambah juga sikit lada hitam yg ditumbuk.

CARA MEMASAK :
- Bersihkan daging dan potong kecil-kecil kemudian diperap dengan sos black pepper selama 4 jam . Simpan daging didalam peti sejuk bahagian biasa/fridge bukan dibahagian beku/freezer.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dimayang halus kecuali bwg besar dan kacau sampai terbit bau wangi . *Masukkan bawang besar , sos tiram , minyak bijan , kicap,lada hitam dan kacau lagi kemudian masukkan semua daging yang telah diperap tadi . Masukkan cili capsicum serta cili merah , air dan kacau serta biarkan daging ni mendidih sehingga kuah menjadi sedikit dan daging menjadi empuk.Jika daging masih kurang empuk tambah air lagi dan biarkan daging masak lagi .
-Biarkan kuah menjadi sedikit dan sekali sekala Kacau semua bahan sehingga rata dan rasa dulu garamnya jika kurang masin baru la ditambah garam .
notes; tak tambah garam sebab masakan ni dah masin dari sos yang diguna.
*Nota Dapurmamasya; mama hanya masukkan bwg besar dan capsikum bila daging dkt nak empuk.utk elakkan terlampau layu


Kalau daging blackpepper pasti ramai yg sukakan...sesuai utk sekeluarga sbb tak pedas...tambah berkicap itu yg buat budak2 suka.
t.kasih buat semua yg tinggalkan komen...nanti akan buat kunjungan balas...

18 comments:

  1. wahhhhhhhh.... sedapnya daging black paper tu... cili capsicum tu yg penambah seri... nyum nyum... tengah lapar ni... nak tunggu lunch time baru nak bedal bekal.. hehehe

    ReplyDelete
  2. assalam Mamasya
    memang sedap makan dgn nasi putih kan..kalau ada daging mesti buat jg cuma dirumah daging jarang2 sekali je beli..

    ReplyDelete
  3. mamasya..sedapnya lauk ni..makan dgn nasi panas2...adehhh.Ngencesss.Tapi anak2 x suka sgt sbb ada balck pepper..tu pasai jarang masak camni...kalo masak kicap lajuuu je...dasar anak jawa..x lepas dgn kicap..huh..

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak nak pulak kena dengan nasi panas-panas puhhh berpeluh

    ReplyDelete
  5. salam mamasya, Liza dtg bawak nasi panas ni...hihihihi

    ReplyDelete
  6. Salam...blog yang saya suka. thumbs up.

    ReplyDelete
  7. Ringkas tetapi sedap kan Mamasya..

    ReplyDelete
  8. Salam Mamasya....Nekcik fobia sikit kalau masak daging nih..tak pandai den..sebab tak mau empuk..macam selipar jepun depa kata!!

    ReplyDelete
  9. salam kak,
    resepi best ni kak, klu ada black pepper ni mmg ada class kat tekak saya..hehe..tgk pic akk ni pun dah semacam je mahunya..tp takde stock daging laa..

    ReplyDelete
  10. isk...ni yg x tahan ni...hari tu tertunggu ayam blackpepper...la ni dgg pulak dah...pas ni mmg x leh diet la fiza...yer la dah masak lauk pauk yg sodap2...lg gumuk la ana...huhuhu...

    ReplyDelete
  11. Salam Mama..
    sedapnya daging blackpepper tu. mkn ni dgn nasi panas2 pun dah cukup sedap.

    ehh kat sana pun main belasah org jugak ye. tp mmg patut pun sbb org tu mencuri. isk3

    ReplyDelete
  12. semua yang mamasya masak buat saya kecur liur...tu sbb slalu sgt sy dtg cni belajar masak2...;) T.Kasih ya mamasya!!!!

    ReplyDelete
  13. Waaa...drooling family tk mmg suka daging blackpepper ni...simple tp sedap!kalau letak capsicum mmg btambah lajat!

    ReplyDelete
  14. Waaa...drooling family tk mmg suka daging blackpepper ni...simple tp sedap!kalau letak capsicum mmg btambah lajat!

    ReplyDelete
  15. Wallaaa..daging black pepper...uiiii sedapnyaa..

    ReplyDelete
  16. Bole x mkn ngan nasi hujan panas

    ReplyDelete
  17. Bole x mkn ngan nasi hujan panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, tp lagi sedap kalau nasi hujan panas mkn dg daging rendang hitam

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.