Pages

Wednesday, January 30, 2013

Creamy Choc Oreo.....yummy mcm Aiskrim



Assalammualaikum buat semua.....moga sihat sejahtera.T.kasih buat semua pengunjung blog mama ni.
Hari ni baru dpt betul-betul on line sbb sejak 2 hari lepas line internet ada problem....perlahan sgt.nak bwpun tak dpt. Entry cuti yg lepas tu kebetulan dah ada dalam draft dptlah publish. Hari ni talian dah elok.....mama nak kongsi dessert yg mama baru buat beberapa hari lepas.....tak sabar nak kongsi dengan semua iaitu Creamy Choc Oreo.


Wpun cuaca masih sejuk disini..suhupun dlm belas2 djh 'C saja. Tapi sbb teringin nak merasa dessert ni.....mama buat juga....sejuk2pun layan dessert yg mcm ais krim ni dan rasanya.... mmg yummmy. Anak2pun suka...maklumlah ada coklat dan biskut oreo, abg yg sulong mkn 2 cwn....minta lagi...sedap katanya.


T.kasih byk Jom Masak yg sudi berkongsi resepi ni.Utk kawan2 yg nak mencuba bolehlah tengok resepi di bawah;

Creamy Choc Oreo.
Sumber; FB Jom Masak
Oleh ; Dapurmamasya

Bahan
fresh cream - ganti whip cream
crunch oreo - Biskut oreo - patahkan
sos choc ( blh guna ganache atau sos choc dlm botol)
choc utk diparut- Choc bar
buah2 an (stoberi & anggur atau apa saja)- potong kecil

Cara
~ beat fresh cream hingga kental
~ pipekan fc kedalam bekas
~ pipekan sos choc
~ ltk kan oreo crunch
~ lapiskan cream lagi
~ pipekan sos choc, ltk buah potong & parut choc secukup nya
** sesuai dimakan sejuk

cara buat sos choc Jom Masak
~ 1/2 cwn serbuk koko
~ 1/2 cwn susu pekat
~ 2sdb mnyk masak
~ 2sdb susu cair

cara
~ campurkan semua bahan....masak kaedah d/boil hingga sebati larut....blh guna

mama buat...susunan dlm bekas;
paip Whip cream
Oreo
Fresh cream/Whip cream
Choc sos
Fresh cream/Whip cream
Choc sos
Choc bar & buah2an

Choc sos
Utk choc sos mama guna resepi topping jimat; boleh buat 1/2 adunan;
1/2 cwn serbuk koko- ayak
1 cwn gula
2 1/2 cwn air /susu cair - guna fresh milk
1/2 cwn tpg jagung
2sb majerin - mama ganti dg minyak jagung

Cara
Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur ngan api kecil, sentiasa dikacau. nota dapurmamasya; topping dah sebati dan nampak mula pekat, bolehlah tutup api dan terus kacau.sejukkan dulu sebentar sebelum digunakan.


bahan2 digunakan.tak da fresh cream mama gantikan whipping cream. whip cream beli yg debu, senang simpan boleh guna sikit2.

utk 1 peket whipping cream hanya tambah sikit susu dan pukul sampai kembang.rasanya sederhana manis.


little chef mama tlg tabur choc....


Creamy Choc Oreo... utk abg2 Syakirah


mama punya....

yummy mcm aiskrim...


Sedap dan sesuai sbg dessert utk dihidangkan buat tetamu....

18 comments:

  1. hmm.. memang nampak sangat sedap..

    ReplyDelete
  2. sedap nie mama..zila dh cuba jgk...diorg semua suka..rajin syakirah menolong:)

    ReplyDelete
  3. salam mamasya- teringin tak boleh nak kontrol dah ni:) Little chef tu cute sungguh:)

    ReplyDelete
  4. serius teringin nak buat jugak... terliur sesangat ni mama...

    ReplyDelete
  5. emmmmm dapnya mama...faa nk segelas boleh?hihihi

    ReplyDelete
  6. sedapnya....teliur yan di buatnya....banyak lagi tu...boleh minta satu bukan apa nak merasa he heee.....

    ReplyDelete
  7. dapat segelas mmg terduduk ni mamasya heee

    nk gtau jubah dah sampai belum sempat try lagi ni

    ReplyDelete
  8. super duper yummy...glurpppp...sedapnyaaa...;)

    ReplyDelete
  9. Kat malaysia ada tak whip yg debu tu ye... kalau ada memang mudah...

    ReplyDelete
  10. Mmg sedap nie.....teringin plak nak mencubanya....:-)

    ReplyDelete
  11. Salam Mama,
    Umi singgah jamu mata tengok creamy choc oreo.. mm sedap tuu.. ada lagi tak? hehehe

    ReplyDelete
  12. Salam Mama..minta izin copy resepi nie ye..

    ReplyDelete
  13. wah...sedapnya...bahan2 ada..cuma tak ada fresh fruits...mmg nampak menyelerakan...mau mkn lebih 1 gelas ni kalau dapat...

    ReplyDelete
  14. tergoda! hihihi...simple dan mudah...balik keje nak buat ni.

    ReplyDelete
  15. Sy da try buat sos 2.cmne erk kalau nk sos 2 cair?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti, kalau nak cair mungkin tambah sikit susu cair dlm whip cream dan pukul rata.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.