Pages

Saturday, May 18, 2013

Fontana Trevi & Castel Romano ( Rome Pt 3 )




Assalmmualaikum buat semua
Nak sambung kisah percutian ke Rom. Masih kisah hari ke 2 di Rom, xtvt sebelah ptg dan mlm pula iaitu ke Castel Romano Designer Outlet dan Fontana Trevi. Sebelah ptg kami ke station bus temini lagi utk dptkan shuttle bas ke Castel Romano Designer Outlet. Kebetulan dalam flyer bus city sightseeing Roma ada diiklankan bas Shooping tour ke Castel Romona dan jadual bas kesana. hanya 4 trip pergi dan 4 trip balik. Kami ambil bas pukul 3 ptg (ada pukul 10pg, 12.30,3 ptg & 6.45ptg). tiket bas beli dlm bas.masa pergi tak ramai penumpang.


dah dalam bas...melepasi bgn.


perjalanan ke Castel Romano Designer Outlet ambil masa dalam 40 min.


melepas kws menghijau..


dah sampaipun


kws ni terdiri dari deretan kedai dlm satu kws..terdapat kira-kira 90 kedai pelbagai jenama di sini.


dalam kws Castel Romano...ala2 tembok Istana dulu-dulu


yg byk kedai pakaian. ada satu kedai pakaian tu bila mama masuk sales girl di kaunter bg salam pada kami... mama terus jawap wpun heran juga di sini....negara omputih ada sales girl yg nak bg salam pada pelanggan Muslim yg masuk ke kedai.tertanya2 dalam hati girl ni asal dari negara mana,bila paling tengok muka dia.... mama agak dia mungkin asal dari Pakistan tapi dari segi gaya mcm orang Italy.


ada kerusi rehat depan kedai jika nak berehat.masa kami pergi tak ramai sgt org.


menarik scooter diubah suai jadi gerai skaf.


gerai jus dpn kedai Levis


comeikan gerai jus lemon bentuk mcm lemon ni..


mama jalan2 cuci mata...tak shoppingpun. survey brg2 dapur kat sini...mahal juga. lebih murah beli di Cairo masa sales. hanya beli sport shoes utk abg sulong.


kedai pakaian sukan....jumpa made in Thailand, made in Vietnam tp jenama terkenal.


cantikkan bunga


kedai coklat


ingat nak beli juga coklat kat sini utk anak2 tp tengok harga...rasanya di airport lagi murah.


bunga2 dan candy..


tak lamapun di Castel Romano Designer Outlet sbb kami kejar nak balik dg bas pukul 5 ptg.ramai betul org nak balik dg bas pukul 5 ptg sampai penuh 2 bas. sbb kalau terlepas bas kul 5 kena tunggu bas pukul 8 mlm....lama tunggu.nasib baik dpt seat.


Lepas balik hotel sekejap, keluar lagi nak ke Trevi Fountain pula. tengok peta dekat, jadi kami jalan kaki.....tp rupa2nya jauh menapak....lenguh kaki berjalan.


melepasi hotel....pekerja hotel sporting posing bila diambil gambar.


jumpa lagi kereta mini....berkenan betul mama dgn kereta ni...comeii.


lepas kereta mini, terserempak bas mini.....saiznya kecil je.


Trevi Fountain (Fontana di Trevi)....sampai juga setelah menapak jauh dan bertanya org arah ke situ.


ramai betul orang di kws ni...cukup terkenal di Rome



Trevi Fountain, mata air yang paling terkenal di Rome, legenda mengatakan bahawa sesiapa yang membaling duit syiling ke dalam kolam itu akan kembali ke Rom.


bergambar kenang-kenangan.


pergi belah siangpun boleh ke sini tp kalau mlm lagi cantik viewnya.


lepas ambil gambar ikut jalan lain utk balik ke hotel....tukar view


then singgah kedai aiskrim yg berdekatan dg Trevi Fountain.ada 40 lebih jenis aiskrim dlm kedai ini. Rome mmg terkenal dg aiskrim Itali atau gelato. masa memilih aiskrim....girl yg jual bgtau aiskrim yg mana boleh dimkn dan tidak boleh. terkejut juga mama mcm mana dia tahu apa yg halal dan tidak. bila dia perkenalkan dirinya...barulah mama faham...rupanya dia org Islam asal dari Albania.....mama ingatkan dia org Itali. bila nak keluar kedai mama bagi salam....senyum dia sambil jawap salam.



Ais krim...gelato ni rasanya mmg yummy sbb... creamy dan sikit2 sticky.ada pelbagai perisa.byk kedai di sekitar Rom jual aiskrim tp pastikan kandungan aiskrim halal sebelum order.


masa balik ikut jalan lain.....menapak balik....


entah apa nama tempat ni...ada pelancong ambil gambar...mamapun ambil juga


view Palazzo delle Esposizioni waktu malam...dewan pameran, pusat kebudayaan neoklasik dan muzium di Via Nazionale St.


waktu malampun gerai2 makanan dan minuman masih dibuka.
nantikan part 4..hari ke3.episod terakhir

7 comments:

  1. Assalam mamasya..bestnya jenjalan cuci mata..saya bab berjalan makan angin camni memang suka sangat.
    Cuma tadak rezeki nk makan angin sejauh ni..
    Terima kasih lah sbb sudi share kat blog..boleh juga tumpang tengok hehe..

    Psstt..awat la pi tutup muka mamasya yg ayu tu..tingin gak nk tengok..
    Kompom comel lote..menengokkan shakirah dan abang2nya pun dah tau mamanya mesti 'segak'(bahasa utara yg menggambarkan cantik molek)

    ReplyDelete
  2. Salam MamaSya...bestttnya...cantiknya pemandangan...kereta mini tu kalau kat penang ni selalu dah tgk...he he he...tapi mmg cantik2 sungguh pemandangan rasa cam fiza pun ada sekali kat sana...he he he...***berangan kejap...

    ReplyDelete
  3. Salam mamasya. Sakan jalan ni kak. Btw mmg klu g Italy org kata jgn miss mkn gelato aiskrim. Huhu!!!!nyaman bah

    ReplyDelete
  4. Salam Mamasya,
    Wah bestnye jalan2 kat Rome kan. senang tak nak cari makanan halal kat sana? aiskrimnya mahal tak? pernah terbaca somewhere ada pelancong mkn aiskrim kena caj mahal sampai tak logik harganya

    ReplyDelete
  5. Salam Mamasya...
    bertuahnya dapat tengok n pijakkan kaki kat negeri orang...cantek tempat tu...suke.

    ReplyDelete
  6. mama, zila pun bekenan keta tu..hehehe..best luas pemandangan..

    ReplyDelete
  7. Assallamualaikum Mamasya..

    wah kakkk..berjalan sampai ke malam yer. Cute arrr kedai jus lemon tu..hihiii.. Pas tu kan, bnyknyaaaaaaaa aiskrim tu.. Macam2 perisa dan warna nampaknya tu. Buat rambang mata jer time nak pilih perisa tu kan..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.