Pages

Monday, July 8, 2013

Baked Pasta Yang Sedap



Assalammualaikum buat semua. moga sihat sejahtera.Terimakasih buat semua yg mendoakan keselamatan mama sekeluarga dan rakyat Msia di sini. Mama doakan agar keadaan di sini cepat pulih, aman damai tenteran kembali....Ameen.
Mama teringat dulu mama sampai di sini sebaik sahaja revolusi tamat, sepatutnya dtg awal tp keadaan waktu itu, ditangguhkan utk datang. Masa sampai dulu Mei 2011...keadaan dah agak tenang masa itu.bila ke piramid dan kws pelancongan yg lain mmg langsung tak da org ...pelancongpun tiada. dan kini setelah 2 thn lebih di sini,berlaku lagi.....saat mama sekeluarga akan berangkat pulang ke Msia, mungkin satu kebetulan atau satu dugaan...hanya mampu berdoa moga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.


Tenangkan hati....mai mama citer ttg entry hari ni, oleh kerana tak kemana-mana....anak2pun sedang bercuti sek skrg....maka xtvt dirumah....masak...makan...makan. dan beberapa hari lepas mama masakkan salah satu food kegemaran mereka iaitu Baked Pasta. kalau bake pasta mmg favorit anak2....selagi tak licin...selagi itu akn tanya ada lagi tak. tambah abg yg sulong...dia kalau western food...tambah yg bercheese mmg suka sgt.


tengok tu sos putih dan cheese yg cair.....yummy...mmg sedap!


Oleh kerana anak2 suka baked pasta...mmg selalu buat, boleh tengok sini.Mama suka resepi baked pasta dari Dayang sbb simple tapi sedap. Dan biasa mama lebihkan sos putih....sbb lebih sos putih lagi sedap. Nak potong empat segi elok mcm gambar paling atas kena tunggu betul2 sejuk. Mama kongsikan semula resepi baked pasta di sini.

Baked Pasta
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Oleh: Dapurmamasya

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)- mama guna makaroni big ring saja tak campur lain
150 g minced beef/chicken - guna beef
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti- guna tomato paste- agak2 letak secukupnya
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit garam - mama letak juga gula secukupnya utk imbangkan rasa masam tomato
1 sudu besar mentega

Sos Putih : - mama buat 1 1/2 adunan
2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
sedikit garam dan gula
lain-lain : keju parut dan oregano

Cara-cara :
Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering.
Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.

Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih.
Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.(rasakan garamnya biar cukup agar rasa lemak2 sikit, mama tak letak gula).
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
Taburkan keju parut dan oregano.
Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya.
nota dapur mamasya;
utk sos putih tak tumispun butter,slice cheese koyak kecik2 dan butter terus masuk dlm susu.


tengah masak dlm oven...bgh atas tak garing sgt bakar sbbnya ada org dah tak sabar nak mkn...


sapa lagi...abg Syazrin...dok ulang alik tanya mama...bilalah nak masak.... dah masak bang tp masih panas...jab lagi dah boleh makan...


dah boleh hidang....sedap makan masa suam2...dg cheese dan sos putih masih meleleh....yummm.

17 comments:

  1. salam
    wow!!! sedapnye kak...

    ReplyDelete
  2. yummy kak..lama dh teringin nk buat..

    ReplyDelete
  3. nmpk menyelerakan....atasnya tu x tahan...!

    ReplyDelete
  4. mmg best masak bila ada org makan..
    kami ni cuma ber2..tu pun hb kurang mkn benda2 lain selain nasik...
    kalo terasa nk buat juga, bawa ke opis je la..habuan kekawan...

    mmg terliur abis ni ngan baked pasta ni..

    ReplyDelete
  5. Selamat berpuasa buat Mamasya sekeluarga di sana :) sedap tu pasta bakar, mmg kegemaran budak2 kat rumah ni juga

    ReplyDelete
  6. assalam
    sedapnya dgn limpahan cheesenya
    mesti la suka bila anak2 suka makan kan mama
    tak sabar nampak si abang tu
    SELAMAT BERPUASA

    ReplyDelete
  7. salam kak..

    em, menggiurkan la baked pasta tu..x berkelip mata tengok chez yang tebal tu..sedapnya..nyum2.

    ReplyDelete
  8. Salam Mamasya,
    Sedap betul rasanya melihat saja sudah sedap apa tah lagi merasanya hahaha..
    Selamat menyambut Bulan Puasa, Ramadhan Al Mubarak buat Mamasya dan keluarga yang dikasihi mudah2an ibadah kita nanti di terima oleh Allah SWT.Salam sayang dari Leah sekeluarga di Singapura :) Kami mula puasa esok telah di tetapkan oleh MUIS semalam.

    ReplyDelete
  9. Assalam mamasya,
    kita pun ada dengar dan terbaca berita kat mesir masih belum settle lagi..
    harap semuanya kembali aman.. Semuga keluarga mama dan rakyat mesir serta orang2 yang menetap di sana semuanya selamat dan dijauhi dari perkara2 yg tidak diingini..

    bake pasta memang anak2 suka..samalah macam anak2 kita..suka sangat makan western food..boleh berulang2 makan satu hari..:)

    ReplyDelete
  10. Salam Mamasya,

    Yong doakan semoga akak sekeluarga selamat disana.
    Sedih melihat news kat AlJazeera (ke depa nie over cerita)?
    esp. news semalam pasal tembak mati kat masjid.

    Ramadhan Kareem dari Yong Kingdom of Bahrain

    ReplyDelete
  11. selamat berpuasa kak,semoga dipermudahkan urusan...uisshh, takleh tahan tgk baked macaroni ni..seriuss teringin terus

    ReplyDelete
  12. sedapnya bila nak rajin buat ni...geram jek dpt tengok...

    ReplyDelete
  13. Salam Mamasya,
    Terima kasih atas perkongsian resepi ni.. dah buat & sedap sgt..

    ReplyDelete
  14. cheese tu guna cheese apa ye kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna grated cheese. kalau slice cheesepun boleh...koyak2 dan tabur atasnya.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.