Pages

Saturday, July 6, 2013

Rezeki dpt Nasi Arab & Jus Mangga



Assalammualaikum buat semua.
Mulanya nak ucapkan terimakasih buat semua yg doakan keselamatan mama sekeluarga di sini.Alhamdullilah kws tempat mama tinggal selamat...tiada apa2 berlaku.apt mama tinggal pula spt kebanyakkan bgn kediaman di kws ini mmg sentiasa ada pengawal dan penjaga bgn.pintu masuk apt mmg dikunci sebelah mlm....maka selamatlah sikit.Mama hanya intai dari balkoni rumah.....tengok kedai2pun dah dibuka belah siang dan malam, kenderaanpun dah mula sibuk dan nampak yg perempuanpun ada berani keluar malam shopping kedai2 di sini.Mama pula tak keluar kemana-mana.tak berani...elok dirumah saja dengan anak2. Stok makananpun mmg ready ada di rumah utk seminggu dua ini.
Berbalik pada tajuk entry, waktu lunch semalam....takpa di sangka dpt panggilan tel...bgtau nak hantar nasi kerumah. ada staf Arab mr husben menghantar sedulang nasi Arab yg masih panas dan sebekas jus mango ke rumah. isterinya yg masak nasi itu katanya. bersusah payah beliau menghantar nasi dg motorsikal ke rumah kami.Alhamdullilah rezki mama sekeluarga dpt mkn nasi Arab.


Sebotol jus mangga yg diberi.Kalau jus...atau aser org sini panggil, asli tanpa campuran ais....hanya disejukkan dlm peti ais.jus mangga ni masih berketul mangga dlm bekas itu...mmg sedap . Di kedai buah biasa jual jus dlm botol besar gini dan ada satu lagi saiz botol saiz kecil sedikit kalau nak bawa balik minum di rumah.


nasi dah siap terhidang dlm pinggan dg segelas jus mango.mama tambah timun mkn dg sambal...dah boleh jamu selera.


Suasana dpn rumah ptg Jumaat 5/7/2013.....agak lengang....dah nak mlm sikit baru byk kenderaan.

Mama kongsikan sebgh aktiviti penduduk di sini. gambar yg diambil beberapa bulan lepas masa singgah nak beli buah.


Budak Arab ni kerja jual buah.....mungkin tlg keluarga dia...suka bila diambil gambarnya.


ada juga gerai menjual pelbagai jenis roti.roti merupakan makanan utama org disini.


roti yg baru masak...nampak masih kembang. roti disusun atas papan utk dijual di gerai atau diedarkan di tempat lain.


penjual sayur dg anaknya yg diletakkan di bekas sayur.elok je anaknya duduk dalam bakul itu....tak merengek nak keluar.wanita Arab ni beriya2 minta mama ambil gambar dia dg anaknya.


sdg bg minum anaknya....dahaga sgt dah lama duduk dlm bakul itu.


lagi gerai buah....mmg byk gerai2 buah di tepi jln.


melepasi kedai teddy bear....ada teddy besar atas motor, Syakirah cakap ni abah bear....

Penutup entry; mama doakan agar keadaan cepat pulih aman kembali.semua rakyat Msia disini selamat. juga aktiviti harian penduduk yg mencari rezki dapat berjalan spt biasa.....apatah beberapa hari lagi Ramadan bakal menjelang tiba.Salam mesra dari dapurmamasya.

11 comments:

  1. Assalam MamaSya...fiza baru ja jenguk blog MamaSya...fiza pun doakan moga keadaan disana kembali tenang cam biasa....moga famili MamaSya dilindungi oleh Allah dan sentiasa dibawah jagaanNYA....amin....

    ReplyDelete
  2. Harapnya kembali aman tenang dan damai...
    Sdapnya jus tu..pekat likat lgi tu..

    ReplyDelete
  3. sedapnya nasi arab..jus tu bikin terliur saja..

    ReplyDelete
  4. Semoga mssir kembali aman...
    Dan mamasya sekeluarga sihat dan selamat

    ReplyDelete
  5. mmg sedap jus mangga mereka...terasa pekat dan likat.

    ReplyDelete
  6. semoga keadaan disana bertambah baik lah ya mamasya
    baru sedap nak makan nasi arab kan..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah.... mamasya sihat sekeluarga...

    memang jus mereka sedap, terasa buah2an didalamnya, kemudian paling tak boleh ingat roti kebab memang sedap ...

    ReplyDelete
  8. kak tengok sekali lagi gambar tu ada kristal dibelakang terasa cukup ralat tak beli kristal bentuk giza... bukan apa masa dibazar tempoh hari kami terus menerus diikut dibelakang sambil meletak barang ditangan kami dan kemudian "halal" ... kami dah diberitahu jgn sesekali ambil hanya biarkan... jadi ambil jalan mudah terus sahaja ke dalam bas...

    ReplyDelete
  9. salam Zila..
    Ratna doakan keadaan di sana segera kembali spt biasa.. mcm2 perkara berlaku berada di Mesir ye zila.. masa di Brunei dulu sentiasa aman je kan... pengalaman buat Zila sekeluarga.. kami di sini mendoakan moga semuanya kembali tenang.. tambah2 lagi dah nak berpuasa sehari dua lagi ni...

    ReplyDelete
  10. sy juga doakan semua umat islam di seluruh dunia hidup dlm aman & dlm lindungan Allah. Nampak sedap jus & nasi arab tu...

    ReplyDelete
  11. Bukan setakat jus mangga jea fresh, segala jus kat pdg pasir memang umph kan kak? depa blend tak berkira punya. pernah yong tengok ari tu orange juice yang medium size depa dok blend 3-4 biji.. perghhh

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.