Pages

Sunday, April 19, 2015

Pulut Kuning & Rendang Hitam Daging



Assalammualaikum semua....moga pengunjung dapurmamasya sihat sejahtera dan dilindungi Allah selalu.lamanya dapurmamasya tak update, hampir 5 bulan menyepi....maaf semua....masa dan keadaan tak mengizinkan mamasya utk aktif di blog spt dahulu. pada yg masih sudi berkunjung blog dapurmamasya....terimakasih mamasya ucapkan ...utk yg nak mencuba resepi dr blog mamasya dipersilakan...
Untuk entry kali ni....mamasya nak kongsi Pulut Kuning & Rendang Hitam Daging yg mamasya hari ini untuk birthday anak-anak yg disambut pada bulan April....tak da kek bday hanya sempat msk pulut kuning.
Sejak balik Msia, baru kali ni mamasya merajinkan diri masak pulut kuning.....maklumlah nak kukus pulut ambil masa juga dan nak masak rendangpun bukan sekejap....tp puas hati bila dihidangkan famili cakap sedap...Alhamdullilah.



Untuk masak pulut kuning, mamasya rujuk blog Teratak Mutiara Kasih sbb mudah guna sukatan cawan...tkasih Lina kongsi masak pulut ini.Utk resepi boleh rujuk di bawah :
RESEPI PULUT KUNING
Sumber : lina pg

Bahan - Bahan:
5 cawan beras pulut
1 asam keping
2 sk serbuk kunyit
3 cawan santan pekat
Garam dan gula

Cara - Cara:
Beras dicuci bersih dan ditoskan.
Bancuh serbuk kunyit dengan air anggaran melebihi paras beras pulut. Masukkan asam keping.Gaul supaya beras pulut rata dengan warna kuning.Rendam semalamam
Toskan beras, keluarkan asam keping (jgn kukus ngan asam keping sekali lak)
Sementara itu panaskan pengukus.Masukkan beras pulut dalam loyang pengukus (lapik dasar kukusan dgn daun pisang (tutup lubang sket-kang bolos abes beras pulut tuh)
Kukus beras pulut (pastkan air pengukus sudah mendidih ya) selama ~20minit (beras separuh masak)
Sementara itu, satukan santan pekat, garam dan gula.Kacau sekejap atas api hingga naik wap.JANGAN SAMPAI MENDIDIH NANTI PECAH MYK LAK.Tujuannya untuk steril santan - supaya pulut kuning tahan lama.
Selepas 20 minit, angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas yg besar.Tuangkan santan sedikit demi sedikit ke atas pulut, kacau sebati.Buat hingga santan abes.Pasni kia akan nampak pulut nampak cam basah2 gitew.Proses ni (ARUN )
Biarkan sekejap (dalam 8-10min) supaya pulut sebati ngan santan
Masukkan semula dalam kukusan, kukus selama 20-30min (hingga pulut kuning betul2 masak)
Note:
Tujuan meletak asam keping supaya pulut kuning akan cantik dan berkilat


Manakala utk daging, mamasya masak guna resepi yg biasa digunakan iaitu Resepi Hitam Daging boleh klik sini ...resepi letak kerisik ini mmg sedap kena dg selera mamasya sekeluarga. pada yg belum mencuba ...bolehlah mencuba....


Ini saja entry kali ni...InsyaAllah kita jumpa lagi......

9 comments:

  1. assalam mama..

    lamanya menyepi..mama sihat?

    best juga makan pulut kuning dengan rendang tu..;D

    ReplyDelete
  2. Selamat ulang tahun utk anak-anak Mamasya yang sambut birthday April ini... saya cukup berselara nak makan kalau jumpa gandingan mantap pulut kuning dengan serunding tu.... yummy!

    ReplyDelete
  3. Salam mamasya..rindu nk tgk menu baru yg best2 dri mamasya.. jadi lapar ni tgk pulut kuning tu hehe.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Mamasya sudi cuba resepi pulut kuning ni..
    Lupa lak nk wish hepi besday kat anak2 lahir bulan april hihi..semoga menjadi anak yg soleh

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum kak...lama x bersua kat sini...hihiii.alhamdulillah dah muncul ngan pulut kuning..

    ReplyDelete
  6. As Salam Mamasya...

    Sama la kita..lama tak hapdet blog..keadaan tak mengijinkan..
    Hari ni saje jalan2 sana sini...wahhh behhnya pulut kuning...
    Ni yg malas jalan pondok owang time posa..semua rasa nak...hehehe

    ok mamasya..take care keep sharing key..muahhh!

    ReplyDelete
  7. tumpang tanya..masa nk kukus beras tu...beras sudah di masok kan ke dlam loyang..masa kukus tu kna tambah air tak dlam loyang??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.