Assalammualaikum buat semua...moga sihat sejahtera selalu. Dkt sebulan baru mama dpt update blog. tkasih buat semua yg singgah dan tinggalkan komen...terharu baca komen bila ada yg rindukan entry dari mama.....rasa bersemangat pula nak update blog. Mama akan cuba update setakat yg termampu....harap jgn jemu singgah dapur mamasya.
Untuk entry kali ini nak kongsi menu yg mama masak untuk famili week end ini....iaitu Southern Yellow Chicken Rice atau Nasi Ayam Goreng. Nasi yg berasal dari Selatan Thai ini pernah femes dlm thn 2010-2011....ramai yg dah mencuba....mamapun pernah cuba dulu dan juga masak utk jamuan open house raya.
Terasa nak mkn nasi ini sbb dah lama tak buat....dah beberapa kali nak msk tp asyik tertangguh. Minggu ini barulah merajinkan diri....masak pada hari sabtu utk lunch. masak 4 cwn + seekor ayam....licinnn....anak2 bertambah mkn....sedap mama masak... komen anak2....sukanya mama bila dpt pujian dari anak-anak.
Mamapun tak puas makan nasi ni...tambahan anak2pun suka, jadi hari Ahad...bersemangat msk lagi Southern Yellow Chicken Rice untuk dinner....dua hari berturut2 masak nasi ni. msk lewat ptg.....biar dinner mkn nasi yg panas2.Kali nipun bertambah anak2 makan...mmg berbaloi masak.Buat yg belum pernah cuba, bolehlah mencuba spt resepi di bawah.tkasih buat yg berkongsi resepi.jom lihat resepi:
Nasi Ayam Goreng@ Southern Yellow Chicken Rice
Sumber; Cik Manggis@Jom Masak Jom Makan & Tummy@ 3hungrytummies
Oleh; Dapur Mamasya
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam
* 1 sudu besar serbuk kunyit
* 1 sudu besar rempah kari*
Caranya
ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.
Bahan Utk Masak Nasi
1 sudu rempah kari 1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis ,2 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga lawang,
sedikit kiub ayam sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves
4 cawan beras basmathi-cuci toskan (boleh guna beras jasmin)
4 1/2 cwn air - tambah jika kurang
1/2 cwn susu cair - resepi asal guna santan
minyak utk menumis - mama guna minyak sapi + minyak masak
Cara-Caranya:
Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.
Masak nasi hingga masak.
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.
nota Dapurmamasya; Mama campur minyak sapi dg minyak semasa menumis.garam serta kiub ayam dimasukkan selepas air dan kacau, barulah disusun ayam.Bila nasi kering...perlahankan api dan letak aluminium foil atas periuk dan barulah ditutup dgn tudung periuk. Ni memastikan nasi masak sepenuhnya dgn wap.
nasi baru nak kering....kalau nasi agak mentah...boleh tambah sikit air panas.
nasi dah masak......
Siap terhidang Southern Yellow Chicken Rice ...mkn dg ulam dan sambal belacan.boleh juga mkn dg sambal hijau,atau sambal spt nasi ayam dan salad...terpulang kepada citarasa masing-masing.mama msk juga kurma daging mkn dgn nasi ini, tp kalau mkn tanpa kuahpun dah sedappp....
Nampak sgt menarik Mamasya.. Insyaallah boleh cuba nanti.. TQ for sharing..
ReplyDeleteSedapnya..boleh dicuba nti
ReplyDeletesaya yang tak minat nasi ayam pun boleh terpikat, nanti boleh cuba...
ReplyDeleteSalam mama...seronok tgk mama start update blog semula. Kalau di sini orang panggil nasi komok @ Khao Mok..mmg sedap. Ada di jual di sini..maklumlah langkawi dekat dgn selatan Thai. Boleh cuba resepi ni nanti utk anak2..selalunya beli je, tak pernah masak lagi.
ReplyDeletesalam syg mama..letak pewarna ke tak kat nasi tu..nk cuba buat lh..fav suami nsi2 mcmne.
ReplyDeletesedap ,,, nanti mama qs nak cuba
ReplyDeletewah bagus nii..nekcik tak suka nasi ayam yg biasa tu......klau camni rasa rempah rempah ok kot..lagi pun senang...suka tengok nasinya panjang....
ReplyDeletewaaaah.... boleh cuma ni. anak2 biqqmama mesti suka
ReplyDeletewallaaa...tak tahan tengok set nasi ni...punya la menyelerakan...
ReplyDeleteserupa resepi nasi ayam komok.... mmg sedap... dah dua kali gak buat.. anak2 mmg suka... TQ resepinya ziela...
ReplyDeleteboleh cuba weekend ni. nampak mudah dan sedap..<3<3
ReplyDeleteSalam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
ReplyDeleteJika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)
Cantiknya jadi nasi dalam periuk tu.. nak cuba juga lah. thanks for sharing resipi ;)
ReplyDeleteUbahsuai rumah. Plumbing, pasang tile, tabletop, mengecat dll call 0182233854 khaidir
ReplyDeleteyummeehhh ni..
ReplyDeletemama.. besnyer.. tak sabar nak buat malam nanti...
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletecantik nasi nya menjadi panjang2...
Look yummy!! Nyum3
ReplyDeleteLook yummy!! Nyum3
ReplyDeletehmm sedapnya.............saya adalah seorang kuliner akan tetapai saat ini saya takut gemuk. tolong kasih solusi Obat Pelangsing paling ampuh dong...
ReplyDeletenampak sedap plk nasi ni..idea yg baru utk raya tahun depan.hahha..InsyaAllah
ReplyDelete