Pages

Friday, July 29, 2011

Ayam Panggang Ala Bangkok



Assalammualaikum semua... Kali ni terbang jauh dari Cairo ke Bangkok mencuba ayam panggang Ala Bangkok....tp singgah di Kuantan intai dapur K.Ummi yg makin femes sejak muncul di majalah dgn resepi-resepi yg menarik...sbb K.Ummi telah mencuba resepi Ayam Panggang Ala Bangkok ni. Kenal k.Ummi di alam maya ni sejak thn 2008 lagi masa duk Brunei ..dulu selalu dok ber YM dgn K.Ummi kongsi citer pasal masak2 tp belum berkesempatan nak bersua muka...bilalah dpt dating dg k.Ummi...moga k.Ummi terus maju jaya.
Berbalik resepi Ayam Panggang Ala Bangkok ni, buat sama hari dgn nasi ketumbar....kedua2 resepi menggunakan daun ketumbar....nak habiskan daun ketumbar itu yg masak terus ayam bangkok ni sambil mencuba resepi baru...boleh tambah koleksi resepi ayam bakar di dapur mamasya.



Suka buat ayam bakar sbb senang sediakan bahan, perap...masuk oven...lagipun ayam bakar mmg favorit anak2..meratah.Ayam panggang ala bangkok nipun anak-anak suka. T.kasih k.Ummi kongsi resepi ayam panggang ni.
.
AYAM PANGGANG ALA BANGKOK
Resepi : Majalah SAJI
Sumber; K.Ummi@Home Sweet Home

Bahan:-

1 ekor ayam - potong 2 - bakar 6 bhg chicken leg
15 gm kunyit. (akak letak 2 cm)
80 gm serai (akak letak 3 btg)
30 gm bawang putih (akak letak 3 ulas)
20 gm batang ketumbar
10 gm serbuk lada putih (*akak letak lada putih biji yg dikisar)

Bahan Perapan:-

30 gm sos cili (*akak letak 2 sb. cili kisar)
15 gm sos ikan (letak 1 sudu besar)
20 gm pati ayam (*akak xda stok, letak yg serbuk 1 kiub)
4 gm sos tiram (letak 2 sudu besar)
35 gm gula (letak 2 sudu besar)
50 ml santan
1 sudu besar madu
10 gm garam

Bahan Sos:-

30 gm cili merah - cincang halus (akak letak 3 tangkai)
15 gm bawang putih - cincang
50 gm cuka (letak 3 sudu besar)
1 sk. sos ikan
15 gm air gula (akak letak gula 2 sb + air panas sikit)
6 tangkai cili padi -cincang halus

Cara-Cara:-

Bersihkan ayam dan toskan airnya.
Kisar lumat kunyit, serai, bawang putih, batang ketumbar dan lada putih.
Kemudian gaulkan kesemua bahan perapan dengan bahan kisar. Perap ayam selama satu jam.
Kemudian panggang ayam selama 20 minit di dalam ketuhar (akak tambah masa agar ayam kelihatan sedikit garing). Balik-balikkan ayam agar masak sama rata sambil disapu lebihan bahan perapan.
Untuk sosnya, campurkan cukal sos ikan dan air gula. Cincangkan cili merah dan bawang putih. Satukan kesemua bahan tadi dan hidang bersama ayam panggang.



Tak buat sosnya sbb dah ada sambal tp letak juga resepi sos utk rujukan.Slmt menjamu mata dgn Ayam Panggang Ala Bangkok ni......

9 comments:

  1. simple n nampak sedap tuuu... anak2 mesti suke menu gini kan

    ReplyDelete
  2. sedap ni mamasya!!
    memang ngam dengan any nasi berperisa..yum yum

    ReplyDelete
  3. Assalam Mamasya, waaah baru balik dr Bangkok eh..hehee. Terima kasih kerana rajin selongkar dapur akak tuh...dah kemas balik dah kan..hehe. Aah la kan, dah lama x YM, masa sangat terhad dan berlalu sekejap je kan...ntah bila dpt bersua muka kita berdua ni kan...hehe... Salam Ramadhan al Mubarak buat Mamasya dan keluarga nun di rantau...Salam maaf juga dari akak..muaahh!

    ReplyDelete
  4. mamasya..hari ni kak cek dtg ngan Mapin Blueberry lak...nak share makan ayam panggang bangkok lak...uuuuu...sedapnya....bau harum ayam panggang menusuk ke hidung...tak tahannnn...:)

    ReplyDelete
  5. as-salam
    wah sedapnya ayam panggang ni mabeles..:)

    ReplyDelete
  6. salam mamasya sedapnya nampak kak.. leh tambah koleksi ayam panggang ni untuk juadah berbuka nanti

    ReplyDelete
  7. Mamasya... bestnye ada ayam panggang.. Ni nak masuk bulan Ramadhan ni mesti banyak org kat sini menjual ayam panggang percik kan.. Raya tahun ni di sana lah ye ma.. Salam Ramadhan utk Mama sekeluarga.. Peluk cium utk anak dara mama yg tomei tu yer..

    ReplyDelete
  8. Sedapnye mama..... berkilat2 paha ayam tu.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Mamasya....

    Banyaknya Lauk pauk...Berselera Tengok...Yg Mana Satu Jadi Pilihan Ni??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.