klik Nuffnang

Thursday, July 28, 2011

Nasi Ketumbar @ nasi hijau



Entry kali ni nak kongsi resepi nasi ketumbar yg dimasak 2 minggu lepas, baru sampai giliran nasi ni update di blog.Rasanya dah ramai yg mencuba nasi ni. Baru perasan resepi nasi ketumbar masa jln2 ke blog K.Ina. Daun ketumbar beli dah seminggu....masa beli tu tak plan nak masak apa...jadi bila tengok resepi nasi ketumbar terus teringin nak cuba sbb bahan2 semua ada di rumah.



Nasi ni sesuai hidangan buat tetamu sbb warna hijaunya yg menarik itu...anak-anak panggil nasi hijau...

Nasi Ketumbar
Resepi asal Q'ien @ MyR copy dr K.Inakl@Tertunailah hasrat hati

Bahan-bahan:

3 pot beras basmathi
3 sudu besar mentega - guna minyak sapi
1 biji bawang merah - dimayang halus -letak 4 biji
1 inci halia - mayang - tambah
3 biji bawang putih - mayang -
3 batang daun ketumbar -diblender halus dan tapis
sedikit garam
pewarna hijau
1 kiub ayam

Bahan tumis

1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 camt lada hitam
5 biji buah pelaga
Bahan hiasan

Bawang goreng
Hirisan daun ketumbar
Badan panggang
nota
bahan tumis dan bahan hiasan ikut spt http://mothercooks.blogspot.com/

Cara-caranya:
1. Basuh beras dan toskan.
2. Cairkan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan rempah tumis hingga wangi.
3. Masukkan bawang merah, bawnag putih dan halia dan goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam.
4. Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
5. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa. Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.



Nasi ni selain mkn dgn kari makan juga dgn ayam bakar yg juga letak daun ketumbar....ayam masak apa...nanti entry akan dtg ya. Hari ni tuan rumah sibuk sikit....masak kuih utk pot luck dan acara mkn-mkn..jumpa lagi next entry!

2 comments:

  1. Alahai!...tambah lapo kak cek tgk Nasi Ketumbar ni..teringin nak buat..tapi kat rumah ni kalau masak nasi cam ni sume macam kurang je nak makan...ada pulak kak cek yg lebih2 makan...
    hu hu...
    Tak pun joint kejap lah makan ngan mamasya..best ni ..:)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum mamasya..
    nasi ketumbar nie mmg sedap... suka sesangat ngan resipi nie.. mmg best!

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2