klik Nuffnang
Saturday, July 16, 2011
Sardin & Sausage Roll
Assalammualaikum semua....slmt berhujung minggu. Entry ringkas kali ini sbb pasni nak rehat kejap...badan masih penat..seharian semlm penuh xtvt dan termasuk ke sukaneka family Day di Ain Soukhna..1 jam 1/2 perjalanan....seronok dapat berkumpul ramai dgn kwn2 Msia disini...mlm baru sampai rumah.Hari keluarga hari ni habis dan mlm semlm ada xtvt lagi tp kami tak dpt join sepenuhnya sbb pagi ni mr husben fly ke Rabat, Morocco utk beberapa hari tp akan transit di France 5 jam...sebelum ke Rabat. Jadi tinggal mama dgn anak2 untuk beberapa hari ni.
Berbalik kepada resepi mudah ...sardin roll yg dibuat ini beberapa hari lepas, mulanya buat utk minum ptg kami sekeluarga dan esokkannya buat lagi utk pot luck ke perjumpaan di rumah kwn.
Utk minum ptg tu rancang awalnya nak buat puding roti...tp rasa nak makan yg goreng2 pulak...nak buat pisang goreng, belum jumpa pisangnya di sini...tak da rasanya. Jadi buat sardin roll yg ringkas kegemaran anak-anak. Rasanya ramai yg selalu buat sbb mudah tp nak jugak letak resepi senang utk rujukan dan bagi idea kpd kwn2 yg nak habiskan roti atau yg masih mencari menu apa utk minum ptg nanti.
Sardin Roll
Bahan
1 tin sardin
1/2 labu bwg besar - potong kotak
3 telur - pukul telur ; tambah jika tak cukup
breadcrump - secukupnya
1/2 biji limau nipis
roti - canai bagi nipis utk kurangkan resapan minyak masa menggoreng
Cara utk inti sardin
1. Tumis bawang besar yg dipotong kotak hingga layu
2.Masukkan sardin dan sedikit air
3.Bila mendidih-perahkan limau utk hilangkan hanyir sardin
4.Lenyekkan sardin sampai sikit hancur.
Cara
1. Letakkan sardin di salah satu bhg hujung atas roti yg dah digelek, tak perlu letak byk sardin nanti susah nak gulung & gulungkan sardin di dalamnya, pastikan kemas.
2.Buatlah sehingga habis.Panaskan minyak dlm kuali.
3.Sapukan telur di bhg roti yg terbuka. celup roti dlm telur.
4.Golek roti dah dicelup telur dlm breadcrump...pastikan roti disaluti penuh breadcrump.
5.Goreng sekejap hingga garing...balikkan roti, roti cepat masak. Dah masak sejatkan minyak.
Kalau nak tukar inti sardin ke sosejpun boleh, sama caranya . Cuma sosej perlu di rebus sekejap.Gambar ni dari Fp Mamasya buat masa di Brunei dulu, guna roti pelangi...sosej roll nampak ceria.
Kalau sosej roll mmg kegemaran budak-budak, ingat masa birthday abg2 bulan April yg lalu semasa masih di Msia....hidangkan sosej roll...kejap je licin, buat lagi 2nd round.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum Ziela,
ReplyDeletewah mcm berjanji kita berdua hari nie...hehe...nur pun pagi tadi buat roti sardin utk sarapan pagi...
cantik gambar kat bawah dari pemandangan Dubai...teringin nk ke Dubai kalau ada rezeki...impian kena simpan dulu....hehe...
Selalu buat guna sosej je. nak try jugak le guna sardin
ReplyDeleteAssalamualaikum mamasya telur tu, boleh tukar tk dengan benda lain , sbab alahan. 😢
ReplyDelete