klik Nuffnang
Tuesday, April 12, 2011
Happy Birthday My Boys!
Ptg ahad baru ni mama buat makan-makan sikit meraikan sekaligus 3 hero mama yg lahir bulan April....Syakim, Syafiq dan Syazrin, umur mereka selang 2 thn setiap seorang.
Manakala abg sulong lahir bulan Mei dan Syakirah bulan Jun...berderet 3 bulan anak2 sambut birthday. Birthday Syafiq, hero mama yg no 2 yg dah lepas..Syakim dan Syazrin belum lagi tp buat majlis sekaligus pada mingu ini jimat masa dan tenaga..
Happy birthday my boys!Moga anak-anak mama berjaya dalam hidup..bila besar menjadi insan yang berguna dan anak yang soleh...Amin.
Bertemakan bola sepak...hero mama semuanya peminat bola sepak,tiap ptg main bola dgn anak2 jiran. Tu yang plan awal-awal lagi nak buat kek padang bola utk mereka. Seronok anak-anak bila mama buatkan mereka kek padang bola sepak....
Happy 10th birthday Syakim ! 16 April
Syakim minta hadiah jam utk birthdaynya...mama ckp ok, dlm hati terlintas yg dia mungkin minta jam spiderman ke...spongebob ke mcm jamnya yg sebelum ini. Syakim nak jam apa ? Syakim nak jam rolex boleh tak mama ? aaa...jam rolex...amboi-amboi anak mama minta hadiah bukan main...kalah jam abah ni!Tunjuk jam yg murah kat dia di kedai.... tak nak lah pulak. Tukar fikiran nak beli set bola sepak...kasut bola..hand glove utk goal keeper dan stokin utk main bola..bola ..dah peminat bola...semua bola..bola....
Happy 8th birthday Syafiq ! 8 April
Syafiq tak minta hadiah apa2, sbb dia baru beli remote car...kongsi guna duit dia sikit ..kumpul duit belanja sekolah dan selebihnya duit abah. Ni remote car entah yg ke berapa...main sekejap lepas tu bosan ...kereta pun tertanggal satu satu...
Happy 6th birthday Syazrin ! 25 April
Syazrin yang paling pendiam...belum minta apa-apa hadiah utk birthday...tunggu dia nak minta apa nanti...
Sebiji kek utk 3 birthday boys. baking 1 1/2 adunan cho moist cake utk kek sebesar ini.
Syakirahpun tumpang posing dgn kek birthday abang-abangnya...2-3 kali juga dok nak cuit kek ni...geram dia dgn pemain bola tu....
Untuk menu birthday, masak ringkas saja...lagipun ajak tak ramai. Pilihan menu, makanan kegemaran anak-anak...
Sebelum potong kek..sebelum makan...baca doa dulu...
Antara menunya brownies, sosej roll,fries & sticky caramel chicken....
Mee udang dgn setnya...
Spaghetti .........
dessert; puding kastad berkuah dan ice krim....
Sosej roll dan sticky caramel chicken, menu yang digemari budak-budak...
Kami jemput tak ramai, maklumlah harijadi budak-budak je...hanya jemput anak-anak jiran, jiran dan kenalan terdekat....
Hasil kerastangan...
Setelah sekian lama tak buat kek aising sejak balik sini, barulah utk birthday ni merajinkan diri godek aising.Birthday thn lepas beli aja kek birthday mereka..sambut kami anak beranak. Kali ni puas hati sbb dapat buat sendiri kek harijadi untuk anak-anak tersayang....
Label:
Kek (Hasil Deko),
Kisah famili
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
happy birthday boys! senangnya sambut ramai2..
ReplyDeletekek padang bola..3 hero pun pakai jersi bola yer..happy birthday utk 3 hero
ReplyDeletehappy besday boys...cantik kek mama buatkan tu...
ReplyDeleteHappy birthday buat anak2 mamasya. Tiba2 teringat pulak anak2 ira pun berderat sambut birthday dari bulan Ogos hingga Disember, pening betul!
ReplyDeletehappy birthday boys.. bertuah dpt mama yg pandai masak.. semuanya sedap2 tu, kek pn sgt cun gitu.
ReplyDeleteTahniah mamasya. jeles nih tgk skill masak yg hebat tu.
wahh, sedapnye kek ngan hidangan sume tuh...tgk resepi je mst saye pun kobar2 nk msk jugak...nk mntk byk resepi nih...pandainye buat kek..hepy besday to all the boys...moga panjang umur & dimurahkn rezki...
ReplyDeletehappy birthday to the 3 boys in the house! hehehe... senangkan buat sekaligus... semua bulan april ye.. samalah ngan acik ratna... tp belum tiba masa lagi.. kalau idak leh tumpang sambut sekali ngan 3 boys yg ensem2 ni.. hehe... meriah majlis walaupun majlis kecil2an.. makanan pun sedap2 semua..
ReplyDeleteAssalam mama,
ReplyDeleteHappy birthday to your heroes!!
Semuga membesar dengan sihat cerdas, cergas & berjaya di dunia & akhirat insyaallah..
wah cantiklah mama buat kek padang bola untuk anak2 tercinta...tengok gamabr atas sekali macam twins lah pulak hehe..kita ingat kembar 3..
memang senang sambut sekali ..budak2 memang suka birthday gini..my kids pun suka tapi mama dia orang yg malas nak buat & jemput orang..hehe
thank u for the wishes untuk kita tu ya ma..
Selamat hari lahir utk 3 boys tu. Menu sedap2 belaka ye....bukan anak2 jek suka, ibu2 & ayah@ & jiran2 pun suka....
ReplyDeleteHappy birthday to all the boys ,ma cantik hasil kerja tangan ma,sy kalau deco alamat hancus heheh
ReplyDeleteHappy birthday to your boys!!!!..
ReplyDeletebole buat pasukan football,, dah jadi half team..Boys must b excited dpt kek mcm tu.
Seronoknya tengok all the food juga. Semua sedap2. Kita tumpang terliur je la..Untung maknya rajin memasak and pandai masak..